Friday, May 10, 2013

Kejayaan yang sebenar.





usaha bukan faktor kejayaan, Kerana tidak semua orang yang berusaha akan berjaya tetapi orang yang ikhtihar, usaha, tawakal, dan reda ialah ciri manusia yang berjaya.yakni ciri yang allah kata manusia yang berjaya.

Ikhtihar, usaha, tawakal, reda ialah ciri orang yang berjaya tetapi usaha tidak semestinya membuahkan kejayaan.


Suasana di perpustakaan.

“hem….,” nazrul mengeluh panjang.

Memandang rizal. Sedang tidur di sebalik buku yang berdiri tegak.

Perasaan semakin malas untuk belajar.

“kenapa Nazrul. Engkau macam ada masalah saja,”

“mana tidak. Aku cemburu dengan rizal. Pagi kerja dia tidur. Malam main-main, tetapi keluar result exam. Perfect. Exlent. Bila masa dia belajar pun aku tedak tahu. Aku yang belajar bagai nak rak.. result tak gempak mana pun,” alif yang tersenyum.

“tension,” Nazrul menyambung. Penat..
            
            “kejayaan tidak semestinya benda yang wujud. Tidak semestinya berdasarkan kertas,” alif mula bersuara.




  “maksud engkau,” nada nazrul seperti berminat apa yang alif hendak sampaikan.
Bukan usaha yang menjadi penentu kejayaan.
           

Orang dahulu kata usaha tangga kejayaan. Berusaha pasti Berjaya. Orang yang Berjaya sebenarnya ialah orang yang selepas berusaha dan iktihar dia bertawakal kepada allah. 

Bahkan dia reda apa yang allah beri.
             
                Mereka sebenar tinggi tawakal kepada allah.

Orang yang Berjaya tidak mengharapkan kejayaan. Tetapi orang yang berjaya ialah orang yang yakin hanya allahlah yang layak memberinya kejayaan. Dia yakin bahawa bukan usaha yang menjadikan dia berjaya. Yang bagi dia sukses ialah allah tuhan semesta alam.

Bukan usaha yang menjadikan dia berjaya. Tidak sesekali.

     Kerana apa??

Berapa banyak orang yang berusaha tetapi dia tetap failed.(gagal) golongan ini banyak kita akan lihat di universiti. Mereka iktikad bila mereka berusaha WAJIB allah memberi mereka sukses. Kejayaan.


            

      Pada hakikatnya orang yang berjaya yang sebenarnya ialah orang yang melakukan empat perkara ini.

1 Orang yang sentiasa berikhtihar. Mencari jalan untuk berusaha. Bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang dialami. Study group. Menambahkan masa belajar. Ikhtiharnya pelbagai aspek.

2 Selepas ikhtihar dia akan berusaha untuk melaksanakan semua yang dia ikhtihar. Ikhtihar lebih kepada daya kita berfikir. Manakala usaha ialah benda yang zahir. Seperti daya yang kita lakukan untuk mencapai apa yang kita target. Usaha ini ialah kekuatan tubuh badan kita.

3 Tawakal. Orang yang beriman sentiasa bertawakal kepada allah selepas berhempas pulas berusaha sedaya upaya. Orang kedah kata habis reng..

Seperti dalam surah ali Imran (3:160)

Hendaklah hanya kepada allah saja orang mukmin itu bertawakal.

Orang mukmin yakin dengan bertawakal allah akan memberinya kejayaan. Baik di kejayaan di dunia mahupun sukses di akhirat.

4 Yang terahir ialah redha. Sesungguhnya kita hanya makhluk allah yang tersangat lemah. Allah yang menentukan segala-galanya. Kalau allah sudah tetapkan kejayaan kita maka dengan izin allah sukses itu akan datang juga.

Surah al-bayyinah (98:8)

Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepanyaNYA

Yakinlah. Selepas kita sudah melakukan tiga perkara di atas maka kita ialah orang yang berjaya. Walaupun kita gagal di dalam peperiksaan. Tidak Berjaya dalam sesuatu pertandingan. Tetapi hakikatnya kita sudah melakukan semua ciri yang allah kata manusia yang berjaya.
            
            Allah akan memberikan kejayaan kepada kita pada jalan yang kita tidak sangka-sangkakan. Kejayaan itu bukan atas apa yang kita fikirkan. Kejayaan yang sebenar ialah apabila kita melakukan semua ciri-ciri manusia yang berjaya. Mungkin di akirat kelak baru kita perasaan bahawa kita tergolong dalam kalangan orang yang berjaya.


No comments:

Post a Comment