Sunday, May 12, 2013

CaHaYa iBaDaT

 Teryakin
(sangat-sangat yakin)


*Di Stadium Bukit Jalil. Anugerah Bintang Popular Berita Harian. (ABPBH)

            
Hujan cahaya yang sangat lebat. Lautan manusia yang membanjiri kawasan stadium. Bunyi jeritan manusia seperti guruh di langit. Sangat menggerunkan.


Manusia yang datang bagai air yang mencurah di tebing sungai. 

Seperti tidak akan berhenti derasnya.

Mereka ingin melihat artis kegemaran mereka menerima anugerah bintang popular.

“saya bersyukur dengan anugerah yang saya dapat ini. Sesungguhnya semua rezeki ini datang dari allah,” sambil menunjuk ke arah langit yang hitam gelap.

“allah yang maha besar. Terima kasih kepada emak dan ayah saya yang banyak memberikan galakkan dan kata semangat. Dan tidak lupa juga kepada semua peminat saya yang mengudi. I love u you all,” menunduk tanda hormat.


Antara ungkapan yang tidak asing lagi bagi seorang artis apabila memenangi sesuatu acara atau anugerah.
Mereka sering menyebut ‘syukur’, ‘allah yang maha besar’, tetapi masih tidak serupa bikin.
            Mereka masih tidak menutup aurat.
Ada artis ini yang berpakaian seperti lady gaga.
Dalam ucapannya masih lagi ucapan seorang yang beragama islam. Allah yang berkuasa memberi dia award tersebut.


Bersyukur.. nikmat allah yang banyak..


Tetapi di mana silapnya.




Kenapa dia tidak melakukan apa yang di tuntut islam. Seperti tidak berpakaian yang seksi. Berpakaian yang labuh. Berpakaian yang tidak menampakkan tubuh badan.


Nampaknya hanya bibir yang melafaz tetapi anggota badan masih tidak beramal.
            

Masih merasakan dengan cara berlakon hidup dia akan sentiasa diberkati oleh allah.


Adakah setiap hari dia berkata dengan kata-kata yang memuji allah, Dia akan terlepas dengan azab seksa allah??
Jadi dengan ucapan di hati cukup untuk dia dikatakan beriman??


Tidak..


Tidak sesekali.
            Manusia itu perlu beramal bukan hanya melafaz..
Seperti kata pakar motivasi.
Seseorang yang menunjukkan sikap yang positif akan diikuti oleh manusia lain berbanding orang yang hanya menyembut dengan lidah tetapi tidak beramal..


Dahulu ketika rasullulah tidak dapat mengerjakan umrah akibat dihalang oleh orang musrikin mekah lalu turunlah wahyu mengatakan bahawa orang yang tidak jadi menunaikan umrah perlu membayar dam. Dengan cara menyembelih bintang berkaki empat.

Lantas nabi menyebut dengan lidah kepada sahabat agar membayar dam..
           
Tiada seorang pun daripada para sahabat mengerjaknnya.


Lalu nabi menceritakan perkara ini kepada aisyah.
Maka aisyah menyuruh nabi muhammah s.a.w melakukan ibadat membayar dam tersebut.


Selepas nabi menyembelih binatang berkaki empat barulah para sahabat melakukannya.

Maka orang yang menjadi contoh tauladan akan menjadi rolemodel berbanding manuisa yang sering menang pidato tetapi kufur dengan nikmat allah. Tidak beramal.
            

Di sini saya bukan hendak mencerikankan dengan beramal tetapi point saya ialah bagaimana hendak beramal..


Kunci bagi pintu gerbang beramal ialah yakin.
Hanya orang yang yakin sahaja yang beramal dengan apa yang nabi muhammad sampaikan.


Yakin adanya hari pembalasan.


Yakin kita akan mati dan di hidupkan bagi menerima segala amalan yang kita lakukan di dunia.


Yakin kepada allah..
            

Yakin akan apa yang nabi muhammad sampaikan.


Surah al-baqarah(2:286)
Dia mendapat(pahala) dari kebajikan yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya

Jadi mulalah beramal dengan memaksakkan tiang keyakinan kepada allah.

Kita beramal bukan kerana orang atau sekadar menunaikan kewajipan yang allah suruh tetapi beramal dengan yakin.


Yakin bahawa apa yang allah suruh pasti ada kebaikan.

Hikmah yang tersembunyi.


Keyakinan dapat memberi kita kekuatan untuk beribadat.


Keyakinan seperti udara(oxygen) yang menyokong proses pembakaran zat makanan untuk memberikan manusia tenaga.
Bak kata cikgu saya semasa kecil


( air support combustion) dalam pelat melayu jawa.


Ha...tersenyum.



Teringat pulak guru sains saya ini…


Moga allah berkati hidup semua cikgu saya.


(mungkin yang last ini lari topik sedikit) :p
~2045, 12/05/13~
           

No comments:

Post a Comment