Hafiz berjalan menuju satu lorong. Lorong itu disimbah oleh
cahaya lampu mentol yang berwarna kuning. Lantas di berhenti di sebuah gerbang
pintu besi yang sangat tebal. Cuma ada ruang kecil di tengah-tengah bahagian pintu itu. Tersingkap
lampu berwarna merah sebelah pintu itu. Lampu itu bertukar warna hijau sebaik
sahaja sekeping kad dilandaskan di dalam satu lubang yang berwarna merah.
“Sudah, aku tahu engkau tidak gila. Aku dah lihat engkau punya rekod perubatan. Semua dalam keadaan yang positif.” Hafiz membuka pintu besi. Cahaya lampu menembak-nembak badan syahirah yang kurus kering.
Hafiz duduk di sebuah kerusi menghadap
syahirah. Kedudukannya di belakang cahaya menyebabkan syahirah tidak dapat
melihatnya. “sabar itu sebahagian daripada iman.” Hafiz mencalitkan senyuman.
Senyuman yang mempunyai beribu maksud yang tersirat mahupun yang tersurat.
“Semua peristiwa kematian ahli keluarga engkau sudah
termaktub di luh mahfuz. Engkau perlu menerima kenyataan. Mengapa engkau
berlakon seperti orang gila pada hal awak manusia normal.” Hafiz membokongkan
badan sambil kepalanya di letakkan di atas lantai jari-jemari. Dia memulakan
perang psikoligi ke atas syahirah. Dia kelihatan tenang kerana mempunyai banyak
pengalaman.
Syahirah bermain-main dengan setiap halaian rambutnya.
Kemudian menepuk-nepuk lantai seperti sedang memuja tuhan. “ha.... aku ini
orang gila.”
“ketahuilah bahawa sebelum terciptanya makhluk, Allah sudah menetapkan kematian keluarga kamu. Sejak zaman azali lagi.” Kata-kata yang lembut dilirikan supaya dapat dilantun-lantunkan di dinding hati syahirah agar hatinya mahu menerima kenyataan. Kematian keluarganya. Mati kemalangan.
“Peristiwa ini seperti seorang tuan ladang yang mempunyai hutan. Hutan itu dipenuhi dengan kayu-kayu yang pelbagai saiz. Besar,kecil, kurus,pendek dan lain-lain. Lalu tuan ladang itu mengambil kayu miliknya dan membuat satu tanda. Kemudian dia meletakkan kayu itu di kawasan ladang yang dimiliki bersama-sama kayu yang lain.
Sampai satu masa yang ditetapkan. Tuan tanah ini mengambil kayu tadi lalu dia memotongnya. Adakah layak kayu ini untuk membantah?” sengaja hafiz menimbulkan persoalan di minda syahirah supaya dia berfikir. Supaya dia kembali ke dunia yang nyata. Berani menerima Qada’ dan Qadar yang Allah tetapkan.
“Semua makhluk di langit dan di bumi ialah milik Allah. Semuanya akan kembali kepadaNYA. Cuma waktu yang membezakan kita kembali kepada yang ESA. Sedangkan malaikat izrail juga sampai satu masa dia akan mencabut nyawanya sendiri. Dengar ke tidak, izrail juga akan mencabut nyawanya sendiri. Maka tinggallah allah yang maha perkasa.” Perang dingin yang semakin sampai ke klimax.
Kita hanyalah hamba yang dimilki oleh Allah s.a.w. Allah mahu menguji keimanan kita kepadaNya.
Sejauh mana atau setaat mana kita dalam menempuh rancau kehidupan dunia.
Yang menciptakan mati
dan hidup, untuk menguji kamu, siapaka di antara kamu yang baik amalannya. Dan
dia Maha perkasa, Maha pengampun.
(Al-mulk)
>67:2<
“Sedarlah cik syahirah bahawa anda sedang diuji. Ujian ini
ialah tanda allah sangat sayang kepada anda. Allah mahu cik syahirah kembali dekat
denganNYA, ingin menghapuskan dosa-dosa yang cik syahirah lakukan. Allah tidak
pernah zalim kepada hambaNya tetapi manusialah yang menzalimi diri mereka
sendiri.” Syahirah membatu. Dia hanya melihat doktor hafiz di hadapannya.
Hatinya sangat tenteram dengan bicara yang di hantar hafiz ke telinga syahirah.
“Terimalah hakikat surat takdir Allah.” bunyi jeritan telefon
bimbit memecah kebuntuan bilik. Kelihatan no yang tidak di kenali oleh doktor
hafiz. “Bit” punat yang berada di tengan-tengah telefon mengeluarkan bunyi
sebaik sahaja punat itu ditekan. Wajah doktor hafiz berubah. Bilik itu sunyi,
seperti malaikat melalui kawasan itu.
“ya, dia sebenarnya tidak gila. Syahirah masih waras. Dia
Cuma tidak dapat menerima hakikat perkara yang berlaku ke atas keluarganya.
Insyaallah saya akan usahakan supaya di dapat mencampakkan tekanan perasaan
yang di hadapinya jauh ke hujung laut kesusahan.” Gembira.
Syahirah memijakan kakinya di pintu pondok pengawal. Dia
sangat rindu akan cahaya langit yang berwarna biru. Warna yang dapat
menenangkan hati seorang hamba yang
dalam kesempitan.
“ bos, ini ada surat yang memerlukan pengesahan daripada cik
syahirah. Tentang perancangan pembinaan flat yang mempunyai 20 tingkat itu.
Ingat ke tidak. Ala... yang dekat putrajaya.” Kita hidup syahirah berubah
selepas panggilan telefon yang di buat oleh peguam ayahnya. Peguam itu hanya
mahu pengesahan daripada hafiz tentang masalah kesihatan yang di hidapi oleh
syahirah.
Ada udang di sebalik batu. Ada segunung hikmah tentang
peristiwa kematian keluarga syahirah. Bapanya telah meninggalkan berbilion wang
kepada syahirah. Akhirnya beliau menjadi
pengurus kepada rakan kongsi ayahnya.
Semua ini belum di di
gabungkan dengan wang insuran yang di
terima oleh syahirah. Akhirnya dia bergelar jutawan cilik. Syahirah kembali
membina sebuah keluarga bahagia bersama-sama doktor hafiz.
Dia dapat juga menerima kenyataan akan peristiwa hitam
keluarganya. Kini dia lebih cekal. Pengalamanlah yang menjadi kompas dia
bangkit daripada tatihan apabila terjatuh dalam bidang perniagaannya.



No comments:
Post a Comment