Saya mendapat ilham
hendak menulis artikel ini ketika menghadiri satu majlis ilmu. Membicarakan
tentang ilmu fekah. Fekah yang bermaksud kefahaman. Kefahaman yang kita sebagai
manusia faham untuk melakukan ibadah kepada allah.
Yang menariknya..
Bab yang sedang
disyarahkan ialah tentang menjaga kebersihan masjid.
Iaitu kita diharamkan melakukan kekotoran di dalam dan di
kawasan masjid. Mamang kita semua pernah dengar tentang adap ini. Cuma yang
hendak ditazkirahnya ialah wujud satu kilaf dimakna terdapat pencanggahan
pendapat ulamak. Tentang hukum meludah di dalam masjid.
Ada ulamak mengatakan haram bagi seorang insan yang bergelar
manusia meludah di dalam masjid ketika solat. Ada satu pendapat pula mengatakan
harus meludah di dalam masjid ketika
seseorang sedang menunaikan solat. Tetapi ada syaratnya. Syaratnya ialah jirim
atau air liur itu mestilah binasa/musnah sebelum hingkap di lantai masjid.
Menarik bukan.
Bagaimanakah cara untuk memastikan air liur kita musnah sebelum sampai ke
lantai masjid ketika kita solat??
Ulamak kata dengan cara kita meludah di tempat yang ada
angin. Senang cerita di tempat ada kipas angin yang berkaki. Jika kipas angin
di atas kepala itu tidak pasti, kerana ia menghala ke bawah. Yang saya
maksudkan kipas angin yang berkaki ialah kipas yang anginnya mendatar.
Maka jika kita meludah
air liur itu akan jadi wap air.(water vapour). Jadi ia tidak akan memberi kesan
kepada lantai masjid. Cuma yang diharamkan di sini apabila meludah dan air liur
itu jatuh dalam bentuk yang setempek/sebekas.
Teliti, ada unsur sains
disini. Ulamak mengetahui wujudnya wap air didunia ini. Dimana-mana ada wap air
yang kita tidak dapat lihat dengan mata kasar. Maka jika air liur ini binasa
sebelum singgah di lantai masjid ia dinamakan wap air. Ia tidak dinamakan air
liur. Manakala jika ia jatuh setempek maka ia dinamakan air liur bukan lagi
water vapour.
Sangat pandai para
ulamak menjatuhkan hukum. Mereka bijak berfikir apa yang orang awam seperti
kita tidak berfikir.
Sekadar coleteh atau
pandangan persendirian.


No comments:
Post a Comment