Betul aku sesat...




Sedih..


Bila manusia itu dengan senang-senang mengeluarkan gelombang bunyi orang itu salah. Orang ini terlalu jumud. Si dia itu sesat. Tidak mengikut trend pelajaran masa sekarang. Sekarang semua perbuatan yang kita buat mesti ada pulangannya.


Jika kerja mesti ada gaji.


Jika belajar mesti ada sijil,

Bila buat kebaikan pasti ada ganjarannya.
         
             Ramai kata kita kena ambil dua-dua sekali. Ambil dunia dan akhirat. Kita tidak boleh ambil satu sahaja. Dunia kita pegang akhirat kita gengam. Tetapi dalam sehari berapa kali dia memikirkan akhirat.


Adakah dia pernah dalam satu hari berzikir sekurang-kurangnya seribu kali?

Jika tidak pun adakah dia istiqomah bertasbih sekurang-kurangnya 500 kali?  


          Apa jumlahnya terlalu banyak??



Habis itu berapa kali kau berzikir kepada allah. Tadi bukan main kau kata dunia kita pegang akhirat kita gengam.


“ ala apa susah. Asalkan kita tunaikan solat lima kali sehari semalam, bayar zakat, berpuasa di bulan ramadhan and tunai haji bila kita sudah pencen. Itu sudah memadai bukan.” Mengakat kening.


          Mengeleng kepala.


“kalau macam itu apa salah kalau allah letak sahaja kau di syurga yang kosong. Tiada bidadari, makan pun cukup-cukup untuk hidup, tiada istana dan mahligai untuk berseronok.” Mengakat kembali kening tanda membalas.


“kenapa kau cakap begitu.” Tidak berpuas hati.


“cukuplah allah bagi syurga yang kosong. Hanya tanah syurga yang kau dapat. Kan kau bertuah sebab tidak masuk api neraka yang panasnya beratus kali lebih daripada dunia. Itu kan cukup. Macam amalan yang ala kadar kau kerjakan di dunia.”


          Kau jangan terlampau kuno. Ini semua trend kehidupan masa kini. Ramai je tok lebai yang sudah tua baru melangkah kaki ke masjid. Akhirnya dia jadi tok imam.


Take the advantages…


“itu bukan akhirat di gengam tetapi akhirat di karam.”


“Aku rasa sebenarnya bukan aku yang sesat tetapi kau yang sesat.
Sejak bila pula islam menyuruh kita bila sudah tua baru pergi ke masjid??


Adakah trend yang kau ikut ini betul?”
Memanah ke arah anak mata.



“betulah ini cara yang mak bapak aku ajar.  Belajar bersungguh-sungguh. Jadi orang yang Berjaya. Kalau boleh nanti bila kerja gaji 5 angka kosong di belakang wajib.
Lepas itu beli kereta  mers, rumah mesti banglo yang luasnya kalau boleh 2 hektar. Rumah ada swimming pool. Everything complete.


          Ini yang mak bapak aku ajar masa aku tadika. Jadi aku pegang dengan kata-kata emak akulah.


Syurgakan terletak di bawah tapak kaki emak.


Reda allah terletak pada reda ibu bapa.


Kau ini kalau sudah terpesong, terpesong lah. Jangan hendak banyak cakap.” Meninggikan suara. Seperti tidak mahu lagi mendengar nasihat orang sekeliling. Merasakan hanya diri dia sahaja yang benar.


“aku hendak Tanya??


Siapa kata aku sesat.?? Kau pernah jumpa tuan guru yang mengajar aku?”


“aku tidak pernah jumpa.”

“habis macam mana kau klasifikasikan aku orang yang sesat?”


“Sebab emak bapak aku kata kau sesat. Kawan-kawan dan cikgu sekolah kata kau sesat. Heboh satu kampong”

Memegang tangan kerana hendak pergi tanpa diskus.

          “ha.. lepaskan aku.” Satu penumbuk di lepaskan.
“aduh.” Terkesima. Terduduk menahan sakit sambil melihat sebatang tubuh yang berjalan dengan angkuh. Siap meludah tanda kita orang yang hina. Tiada harga diri untuk dihormati.

 Tiada belas kasihan. Umpama darah saudara sendiri halal untuk di bunuh.



# orang kata kita sesat. Bila tanya kenapa sesat?? Diam tidak tahu kenapa cakap kita sesat. Just cakap sebab dengar orang lain kata kita sesat. Sudahlah hati dirobek-robek dengan pisau. Tidak cukup dengan itu bagi penumbuk lagi.


Tidak apa. Aku tidak marahkan kau sebab kau tidak tahu apa yang aku tahu.
Tidak sesekali aku berdendam kerana kau aku anggap sedara seislam aku. Kalau ditakdirkan aku tergolong dalam salah seorang yang nabi cakap mampu memberi syafaat di akhirat kelak, aku akan menarik dirimu daripada terus menerus dijamah oleh api neraka.


Aku tidak sanggup melihat orang yang aku kenal di dunia masuk ke dalam api yang terlampau perit tidak terkata.
Walaupun kau pernah membuat dosa kepada aku.

#@Inilah yang orang kata ciri-ciri orang yang ganjil. Karektor orang-orang yang sesat. Bila dia tidak membalas apa yang orang kata kan kepada dia. Walaupun dia sedang melakukan kebaikan ia umpama seekor lalat ataupun kuman. Langsung tidak dia Nampak.



Tetapi jika dosa dan kesalahan dialah orang yang pertama sekali mencari microscope. Jika dosa itu sebesar kuman kalau boleh dia hendak hurai lagi bagaimana ciri kuman itu. Bagaimana kitarannya. Hidup dalam suasana yang bagaimana.


         Padahal jika ikut hokum zahir. Benda itu is nothing. Useless.
Hem..
I

nilah majoriti tangapan orang sekarang.

Bak kata cendiakiawan, dunia akhir zaman semua serba terbalik.

Yang baik di keji yang buruk dipuji.

Yang lelaki mahu jadi perempuan begitu juga sebaliknya.

Dunia dipuji akhirat dikeji.

Tetapi kita tidak boleh salahkan mereka kerana mereka melakukan kesalahan/dosa dalam keadaan mereka jahil. Sedangkan jika kita berilmu melakukan dosa dalam keadaan kita mengetahui.
Lebih berat kita yang mengetahui daripada manusia yang jahil..


Inilah antara ilmu yang diajar tuan guru/ ustaz dan lectures saya. Bersangka baik setiap masa. Tidak tahulah kalau ada JUGA orang kata ‘husni z’on’/bersangka baik ini juga sesat.

No comments:

Post a Comment