FaKta BiN AnGkA



Berpasang-pasangan



            Dunia tidak terlepas daripada sunahtullah. Yakni segala peraturan allah.

Semua benda mahupun kehidupan ditakdirkan sejak azali lagi sentiasa berpasang-pasangan. Bulan bersama bintang. Langit berpasangan dengan bumi. Lautan tidak asing dengan laratan. Serta banyak lagi.

Bagi saya ini merupakan dalil aqli bahawa pasangan bagi fakta ialah nombor.

Bagi setiap abjad mesti ada angka. Mereka saling lengkap melengkapi. Dengan ada mereka berdua maka lengkaplah ilmu di dunia.

Kita lihat fizik comtohnya.
            
           Fizik bergerak seiring dengan nombor. Tiada fizik yang tiada nombor. Begitu juga ilmu sains yang lain. Biologi,kimia, hatta kita lihat dalam al-quran mukjizat yang terbesar sekali bagi orang islam. Setiap ayat diikuti dengan nombor.

Begitu kuatnya bukti bahawa fakta dan angka dicipta untuk menyempurnakan ilmu dunia dan akhirat.





Saya rasa nombor itu ada kaitan dengan abjad yang tertulis.

Ia seperti fakta itu ia boleh kata seperti sesuatu yang tersurat manakala angka atau nombor ini dikatakan sebagai sesuatu yang tersirat.
            

         Nombor ini tidak ramai orang yang perhalusi. Orang hanya mengagap nombor ialah sekadar nombor. Tetapi sebenarnya nombor ialah salah satu daripada cabang ilmu allah. Nombor bukan sekadar nombor tetapi ia ialah ‘key’ untuk membuka sesuatu sesuatu gerbang khazanah allah yang tidak ramai mengetahui. Ianya terlalu abstrak.

Seperti di dalam surah as-sajdah (32:4)

Allah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada diantara keduanya dalam enam masa, kemudian dia bersemayam di atas arsy. Bagimu tiada seorang pun penolong mau pun pemberi syafaat selain dia. Maka apakah kamu tidak memerhatikan.

lihat, disini allah berfirman. Dia yang menjadikan langit dan bumi dan keduanya dalam enam masa.


Terdapat angka enam.

Ini bermakna untuk menguatkan sesuatu fakta atau abjad angka perlu digunakan. Ia seperti sebuah bank yang banyak menyimpan wang dan barang yang berharga.

























 Sebuah bank pasti akan di letakkan camera cctv, serta bilik kebal. Seperti dalam cerita mission imposible. Sebuah bank meletakkan pelbagai aksesori yang berteknologi tinggi untuk melindungi wang atau barang kemas. Jadi mengapa ada pengawal keselamatan. Bukankah wang di dalam bilik kebal itu dilindungi dengan kecanggihan teknologi yang kita tidak dapat sangkal akan keupayaannya. 


            

          Bahkan teknologi ini mempunya potensi sifar kesalahan atau zero error.

Mengapa perlukan pengawal keselamatan.



Sebab untuk memperkuatkan lagi keselamatan bank tersebut.
Untuk meninggikan peratusan keselamatan bank.

Orang kedah kata ‘kemasceh..’

Sebenarnya fakta yang mengatakan allah yang menciptakan langit dan bumi sudah kuat tetapi untuk mendouble atau mentriplekan hujah tersebut maka nombor dimasukkan. Untuk memperkemaskan kebenaran.
            

       Dan tidak lupa juga di akhir ayat surah sajdah tadi mengatakan ‘tatazakkarunn' iaitu bermakna kalian yang mengambil pengajaran.

Di sini allah menurunkan ayat tersebut bagi mengatakan allah yang maha mencipta langit dan bumi untuk menusia berfikir tentang ciptaannya. Ini yang tersurat.

Tetapi kita tidak lupa bahawa wujudnya angka di dalam ayat ini.
Seperti allah juga ingin kita sebagai hambanya mengambil berat tentang semua nombor yang telah allah turunkan.

Semua yang allah cipta sempurna. Nombor-nombor juga antara ilmu yang menyempurnakan ilmu yang allah turunkan.

Jadi mesti ada hikmah mengapa, kenapa, dan apa sebab nombor ini allah turunkan sebagai mukjizat.
            
          Allah jugalah yang maha mengetahui.
Kita sebagai hamba allah perlu berusaha dan beriktihar mencari asbab dan hujah agar kita dapat mencungkil serba sedikit tentang ilmu yang allah berikan kepada kita.

Saya hamba allah yang serba kekurangan hanya mampu untuk mengemukakan sedikit teori angka. Sesungguhnya hanya allah yang mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada  di bumi..

Sesungguhnya teori dan buah fikiran ini datangnya daripada allah. Saya sedikit pun tiada upaya untuk terus berhujah melain hujah yang allah berikan kepada saya.

Wallahualam.

~UHIBBUKUMKAFILLAH.~
mencari semangat untuk menulis.. 


No comments:

Post a Comment