Thursday, November 17, 2011

Kelapa campur kopi ???

           

      Kelapa ialah antara pokok yang mempunyai banyak manfaat.  Dari hujung akar sehinggalah daunnya. Ciptaan ilahi yang sangat berguna kepada manusia. Air kelapa boleh menjadi penawar bagi demam panas dan batang kelapa pula boleh di buat titi.

Pokok kelapa = islam ????????

Mengapa ana kata begitu? Pokok kelapa mempunyai batang yang kuat untuk mencari cahaya. Apabila pokok ini tumbuh dengan subuh ia akan mengeluarkan cabang-cabang buah yang banyak. Kalau kita lihat pada pokok kelapa, buahnya mempunyai banyak peringkat.


Ada yang muda selain yang tua.

Perumpamaan kepada pokok kelapa .....

            Mari kita renungkan. Ambil air kelapa yang masih segar dan tuangkan ke dalam gelas yang kosong. Kelapa yang tidak di cermari ini kita dapat lihat kejernihannya, suci tanpa kotoran. Kita tidak meragui apabila kita meminumnya.inilah islam sangat suci. Bermanfaat jika penganutnya pandai menggunakan air kelapa.


Kopi + gula campur air kelapa

            Mari kita ambil kopi dan sekilo gula. Bahan-bahan ini kita masukan ke dalam segelas air kelapa yang kita sediakan tadi. Lihat dan lihat. Setiap saat yang berlalu air dalam gelas tadi berubah menjadi hitam. Hitam apabila kita dengan sengaja memasukkan kopi ke dalamnya.


Air kelapa moden
           
Kita boleh mengibaratkan kajian kita tadi dengan keadaan kita sekarang. Islam yang tercemar gara-gara penganutnya sendiri. Air kelapa yang sangat berkhasiat tadi berubah menjadi penyakit, kerana apa? Kerana penganutnya berterusan membuat dosa. Dosa yang mengubah pandangan orang terhadap islam itu sendiri. Kopi itu boleh dikatakan seperti kopi. Sangat hitam lagi pahit.

                       
                       Firman allah dalam surah al-maidah
Pada hari ini Aku sempurnakan agamamu untukmu,dan telah aku cukupkan nikmatku bagimu, dan aku redha islam sebagai agamamu
(5:2)

Sudah terang lagi bersuluh, kuah mesti tertumpah ke nasi, jauhari jualah yang mengenal manikam.

Islam ialah agama yang cukup indah, sangat sempurna jika semua umatnya mempraktikan setiap syariat yang telah nabi muhammad ajarkan.

Jika air kelapa tadi tawar apa salahnya kita menambahkan gula untuk menyedapkan minuman kita. Bila air ini sudah sangat lengkap, jadi bolehlah orang di sekeliling kita mendapat manfaat. Juga boleh di beri kepada orang non-muslim. Barulah ia menarik minat mereka yang jahil untuk mendapatkan resepi daripada kita.

Jadilah kelapa yang asli  
           

             Marilah kita sama-sama memartabatkan agama islam. Jom kita tunjukkan kepada agama lain, islamlah agama yang terbaik di alam semesta ini. jauhilah perbuatan yang boleh menambahkan kopi di dalam air kelapa kita.

            Moga kita dapat minum kelapa yang tidak dicemari oleh mana-mana parasit yang boleh merosakkan keindahan agama islam.


No comments:

Post a Comment