Thursday, February 21, 2013

Sebagai Pengajaran

Dan orang lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab dengan apa yang telah mereka usahakan, (juga sebagai) satu hukuman pencegahan dari Allah. Dan ingatlah allah maha kuasa lagi bijaksana.

"assalamua'laikumwaramatullah." Memandang ke kanan

Sekali lagi memberi salam dan memandang ke kiri pula.

     selepas membaca doa bersama-sama imam.

saya terpaku.

memandang ke arah satu sudut. Seterusnya menyebabkan saya terus tawaf satu masjid. Tetapi tawaf saya tidak berjalan dengan bahu kiri bertentangan dengan kaabah bahkan sebaliknya.

     "Aku rasa aku letak dekat situ tadi. Macam mana boleh berlaku macam itu."




Saya terus ambil wuduk dan menunaikan solat sunat dua rakaat....
selesai solat saya menuju ke seorang pak cik.

"Pak cik ada nampak seluar track saya ke tidak. Saya letak di bawah rak al-quran tadi."

Pak cik itu hanya terkesima....
"Pak cik ini siak masjid ini ke??? Ada nampak beg sandang saya ke tidak.."

   satu lagi tembakkan soalan mengenai sepasang cuping telinga pak cik yang menjadi siak masjid....

"Ya Allah... Apa hendak jadilah. Seluar track pun ada orang hendak kebas...
bukannya seluar jin....

       kalau ye pun hendak kebas janganlah kebas boxer aku....

seluar d*l*m. Tidak mungkin dia hendak pakai seluar kecil aku...

armm.... geli gila.... bercampur geram. " hati aku bisik.

tetapi yang lebih menyedihkan brother yang bertanya dengan pak cik tadi ialah orang yang musafir.... 
habis semua barang dia...


(macam inilah muka saya. Hendak marah... ermm... Tidak boleh.)
 

     terpaksalah saya pulang ke rumah mengunakan kain pelekat.
per.... segan orang tengok-tengok....

ada budak tengur.
"abang baru sunat ke???"
saya gelak saja.. 

kalau malam boleh cover lagi ar......
ini tengah hari....

      cuma saya kena tunggu rakan-rakan lain. Dalam seluar tadi ada kunci rumah... Jadi sekarang saya tidak bolehlah hendak buka pintu...

Tunggu punya tunggu sampailah hendak masuk maghrib...

"Aku rasa macam hendak sumpah-sumpah saje orang yang ambil seluar aku ini. Kalau hendak curi janganlah ambil kunci rumah.....

terasa hendak mencarut, maki hamun....'
 hanya hati yang berkata-kata.

"sabar... sabar... cobaan"
memandang ke arah langit. Dari tadi ada cik TA...(matahari) sampai dia hendak tidur(tenggelam)..

saya pergi lah masjid. Solat maghrib dan melangkah ke satu tempat...

        "hendak tak nak kenalah berjalan dengan hanya guna kain pelekat ini pergi ke gerai mamak.. sebab kawan saya selalu lepak dekat situ."

menyusahkan betul.....

pencuri.....

saya kenalah berjalan sejauh 2 hingga 3 kilometer untuk sampai ke kedai mamak itu..
adalah awek gelak-gelak. terasa macam dia tengah sembang pasal saya sahaja.
mana tidaknya mereka semua itu berpakaian seluar.
saya pakai kain saja...

sudahlah kena melintas jalan raya.. 
orang ingat orang gils mana lah....    


kalau sudah gian hendak mencuri...
curilah dekat mall ke??

dekat bank ke???
ini dekat masjid yang orang tahu masjid itu rumah allah....

masa azan isyak lah saya baru hendak bertapak di rumah....
         
    Jadi kalau brother-brother yang hendak menunaikan solat. kalau pakai kain jangan letak seluar anda di belakang atau tempat yang anda tidak nampak. Sebaik-baiknya letaklah di hadapan tempat anda solat.....

memang menjadi suatu pengajaran kepada saya.... 



               


No comments:

Post a Comment