# Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
# Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
# Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
# Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
# Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.Saya betul-betul tidak sangka rupanya UAI sebenarnya lahir daripada sekolah aliran menengah. Bersekolah inggeris. Selain itu selepas tingkatan 6 beliau berjinak-jinak dalam bidang muzik. menjadi guitaris dalam sebuah band bernama 'band boy'.
Selepas membuat beberapa persembahan muzik di stadium kumpulannya mendapat tawaran membuat rakaman album. Beliau menarik diri kerana tidak mahu menjadi popular. UAI hanya bermain guitar sekadar suka-suka.
Aktif juga dalam bidang sukan berbasikal. Pada zaman 1980an.Beliau juga pernah berkerja makan gaji dengan khabar Utusan dan berhenti kerana ingin mendalami ilmu agama. Sebenarnya beliau ingin mendalami ilmu agama selepas berjumpa dengan rakannya yang dahulunya seorang punk. Rambut terpacak-pacak di tengah....
Hilang 5 tahun. kawan UAI rupa-rupanya pergi ke patani untuk belajar ilmu agama islam. Ketika UAI bertemu kembali dengan rakannya, beliau sedang mengajar orang daripada luar negara tentang agama islam. Daripada syria dan jordan.begitulah permulaan UAI berjinak-jinak ke pondok-pondok.
Di sini saya membuat kesimpulan bahawa keputusan beliau menolak menjadi artis ketika dahulu memang sangat berbaloi. UAI kini lebih dikenali sebagai penceramah bebas bukan sebagai pemain guitar. UAI popular sebagai orang yang menyampaikan dakwah bukannya sebagai orang yang menjadi penghibur tidak tentu arah. Berkat dia menolak tawaran untuk merakamkan lagu dalam bandnya Allah ganti dengan sesuatu yang lebih baik.
"Jika kita tinggalkan yang haram insyaallah yang halal akan datang kepada kita." Cuba bayangkan UAI belajar "matan jurumiah" ketika usia 25 tahun.... pe... 25 tahun... tetapi sekarang sudah mahir berbahasa arab.
ops....
matan jurumiah itu sebuah kitab yang menjadi asas bahasa arab. Macam buku ABC budak sekolah rendah. mengajar asas bahasa arab. Di sini bukanlah saya hendak memperkecilkan UAI tetapi ingin memberi semangat kepada orang-orang di luar sana...
Jika UAI berumur 25 baru hendak mendalami agama kenapa kita yang masih muda tidak boleh melakukan seperti UAI.
saya tabik ar... UAI.
No comments:
Post a Comment