Sunday, February 17, 2013

Mintak Couple

Menghintung hari demi hari. Bulan bertukar bulan. Minggu bertukar minggu....

     Aku kini sedar.. usiaKu semakin bertambah.

Kini aku sudah melangkah ke alam pekerjaan sementara..

Nak kata kerja yang gempak??? hem.. biasa saje.

      kerja dekat satu sekolah agama... integrasi..




pada 14 feb. tengah aku sibuk melakukan kerja aku. Tiba ada seorang budak perempuan datang.

"abang saya nak mintak couple.."
ni ape kes...

    jantung aku berdegung kencang. sekencang taufan katerina..

hormune andrenaline aku keluar mencurah-curah seperti air yang mengalir di sungai...

"ape lah budak ni mengarut. aku tak kenal dia pun."

aku pun buat tidak nampak dia... diam membatu. seperti mayat. sebab jantung aku tidak dapat berdegung selepas hormone adreneline yang dirembes terlampau 'overdose' kot.



            adik yang saya hormati. kalau adik baca ape yang saya tulis ini maka dengar lah baik...

yang pertama

adik seorang yang sudah mumaizz tahu membeza antara baik dan buruk...
dan saya rasa adik sudah baligh.

     adik itu sekolah integrasi.. tergolong orang yang pandai. pakai tudung pun labuh. jadi mengapa hendak bercouple..

bagi saya 10 kebaikan bercouple..

"janganlah engkau menghampiri zina"

ini antara ayat al-quran yang masyur. Janganlah engkau menghampiri zina. Kita tidak berzina pun tetapi dalam al-quran kata menghampiri..

   saya bukanlah hamba yang tersangat baik tetapi permintakan adik saya lihat tidak memberi apa-apa kebaikan kepada saya.

yang kedua pulak..

saya pernah memberi nasihat kepada orang lain supaya jangan bercouple.
jadi insyaallah saya akan pegang nasihat ini sampai bila-bila. tidak lah nanti orang cakap "cakap tidak serupa bikin"



lagi pun saya tidak suka terikat dengan mana-mana wanita. 

 




No comments:

Post a Comment