setiap kali kita melangkah pasti kita akan berjumpa dengan manusia yang aneka ragam.
setiap daripada mereka pasti ada pengalaman yang dikongsikan. suka,duka,pahit,manis.
sebenarnya orang yang selalu melakukan kekhilafan sangat berharap agar kita tidak mengulangi kesalahan yang mereka lakukan.
mereka mahu kita mendapat manfaat daripada kesalahan mereka.
orang kata jauh perjalanan luas pengalaman. memang tidak dinafikan pujangga itu benar. berjalan dan berjalan. berjumpa dengan manusia yang mempunyai pengalaman yang tersendiri. acapkali pengalaman ini akan dikongsikan kepada orang yang mereka percayai.
maka wahai manusia sekalian. selagi ada kekuatan. Berjalanlah, merantaulah, carilah pengalaman agar menjadi seorang yang matang pemikiran. ambil manfaat daripada orang yang mempunyai selautan pengalaman hidup agar allah reda.
memang orang kata manusia yang normal pasti akan melakukan kesalahan, dosa. tetapi dengan pengalaman yang diceduk daripada air lautan yang masin ini dapat meminimakan kesalahan yang bakal kita lakukan.
Jika kita melakukan kesalahan juga, kita akan melakukan kesalahan yang baharu. kesalahan yang tidak pernah orang lakukan kerana kita sudah mendengar nasihat orang ang melakukan kesalahan yang lama tadi. maka apabila kesalahan yang dilakukan baharu maka kesalahan ini dapat dikurangkan.
No comments:
Post a Comment