Sunday, December 30, 2012

sayang cikgu


Masyarakat sering mengwara-warakan,
Guru itu seperti lilin,
Membakar diri untuk anak muridnya,
Itu semua hanya nista semata-mata,
Tembakkan huruf yang tidak berasas,
Erti seorang guru itu dalam tafsirnya,
Jadi marilah kita menyelam ke,
Air terjun ANGEL.

Ya mua'lim
diriMU yang sebenar seperti,
matahari,
mengorbankan gasMU,
untuk mendidik kami yang jahil,
membawa sejuta rahmat dan berkat,
Matahari yang sentiasa memancarkan cahaya,
Penting untuk proses fotosintesis,
Penting untuk menghasilkan pelajar yang pintar.



Ustazah dan ustaz
Bunyi tapak kakimu kami tunggu,
Sinaran mataMU kami rindui,
Simfroni nadaMU kami ingati,
Kerana,
Ini semua adalah formula,
Didalam kimia untuk menghasilkan,
Kunci yang bewarna perak,
Untuk kami membuka,
Gerbang kejayaan dan keunggulan,
Untuk kami terus melangkah kehadapan.

Cikgu dan manusia yang bernama guru,
tanpaMU siapalah kami.


No comments:

Post a Comment