Sunday, December 30, 2012

BaDaR


Layakkah kami ya Allah,
Memegang panji agamaMU,
Sedangkan kami berpakaian maksiat,
Masih memakai kasut keduniaan,
Adakah setitik keikhlasan kami??
Semasa kami menyebarkan nur agamaMU.

Kami sedar,
Kami masih mengejar duniaMU,
Mungkin lidah ini selalu menebarkan  hikmah,
Tetapi,
Sejauh  manakah?
Amalan kami 'BERKADAR TERUS'
Sebanyak mana kami berjual-beli denganMU,

Dalam melakukan kebaikan,
Kami melakukan kesilapan,
Dalam menyelesaikan masalah,
Kami masih dirundum masalah,
Dalam melangkah kehadapan,
Kami juga  tersungkur,
Kami adalah manusia biasa,
Tiada maksum sebagai pangkat kami,
Tetapi,
Kami ialah khalifah MU.

Tekad kami tetap sama,
Menyimbah alkali kepada,
Insan yang berasid,
Moga mereka ini kembali kepada fitrah,
 kembali kepada semulajadi,
Amar makruh nahi mungkar,
Prinsip utama kami,

Moga nasab perjuangan kami tidak akan pernah,
Terputus hinggalah,
Izrafil meniup sangkakala,
Dengan izin ILAHI….
Dan semoga umat seratas,
Dalam rahmatNYA…

UHIBBUKUMKAFILLAH


No comments:

Post a Comment