Sunday, December 30, 2012

Pencinta keamanan,


Kami memang berbeza,
Pakaian hitam sebagai lambang kami,
Sentiasa berjalan seperti panglima perang,
Petah berkata-kata,
Dan tidak lut menerima cacian,
Kerana cacian itulah yang mematangkan kami,

Disini kami memohon maaf,
Jika tindakan kami menggores,
Qalbu umat seratas,
Kami hanya menegak,
Dan melaksanakan perlembagaan seratas,
Sebab itu jugalah kami digelar,
Ahli Lembaga Pengawas,

Melaksanakan program tugas kami,
Memberi pertolongan juga amalan kami,
Agar cikgu dan,
Rakan-rakan  hidup di,
Tanah seratas dalam keadaan aman sentiasa.
Dan semoga anda menjaga keamanan,
Sebagaimana kami,
Kerana kami mencintai keamanan.

antara karya pelajar yang dihantarkan kepada editor majalah sekolah


No comments:

Post a Comment