Alhamdulilah. Hari ini isi majlis ilmunya sangat menyucuk qalbu.
Penceramah mengatakan bahawa salah satu pegangan ahli sunnah wal jamaah mengatakan bukan doa kita yang menyebabkan sesuatu peristiwa itu berlaku tetapi sesuatu peristiwa itu berlaku kerana RAHMAT dan kemurkaan allah.
Subhanallah. Sebenarnya setiap perkara yang terjadi berlaku kerana adanya rahmat allah.
Contohnya…
Kalau kita berdoa..
Ya allah.. bagilah aku semua A dalam peperiksaan SPM.
Kita sebagai pengikut ahli sunnah wal jamaah mestilah beriktikad bahawa bukan doa kita yang menyebabkan kita dapat semua A tetapi disebabkan rahmat allah S..W.T.
Kata-kata pencaramah ini seperti senapang M-16.
Tembakkannya memang terkena pada hamba yang penuh kelemahan ini.
Sesungguhnya saya juga pernah terdengar sebuah hadis qudsi yang mahfumnya berbunyi bergini.
Allah S.W.T mempunyai 100 rahmat. Daripada 100 rahmat ini, hanya satu rahmat yang allah berikan kepada makhluknya yang hidup di dunia. Manakala 99 rahmat lagi allah simpan untuk hamba-hambanya yang beriman pada hari kiamat kelak. Sesungguhnya dengan 1 rahmat ini jugalah yang menyebabkan seekor ibu singa menjaga anaknya.
Ya allah.
Begitu besarnya rahmat yang engkau berikan kepada kami hambamu yang terlampau banyak melakukan dosa.
Walau kami melakukan dosa tetapi tidak sedikit pun rahmat ini hilang daripada kami.
"ya allah jadilah kami semua hambaMU yang setiasa bersyukur dengan setiap nikmat yang engkau berikan kepada kami. Walaupun nikmat itu sebesar satu neutron yang lebih kecil daripada satu atom."
No comments:
Post a Comment