Sunday, December 30, 2012

Dibawah langit perjuangan

this is a very speciAL article


Kami berada dibawah langitMU.
Sentiasa berjuang demi agamaMU YA Allah.
Mencari sinar cahayaMU
Memerangi kegelapan yang menghancurkan..

Kami bertekad untuk berjual beli denganMU,
Mengharapkan titisan rahmatMU,
Agar garisan luka di jasad ini,
Bisa sembuh,
Agar titisan air mata dalam,
Dalam penguzlahan ini.
Menjadi minyak yang mengubat,
Keperitan KU.

Kami khalifahMU,
Berjuang dibawah langitMU,
Menghunuskan tinta hitam,
Yang berlari di atas lantai yang suci,
Berkompaskan ilmu yang diajari,
Oleh guru yang muktabar,
Ditemani oleh sahabat,
Yang melaungkan ombak semangat,
Ohhh,
Dibawah langitMU,
Ya rahman, ya Rahim..

Ini semua sejuta perjuangan,
Demi agamaMU,
Bangsa dan Negara.

Bukan merebut kepujian,
Dalam selembar kertas,
Tidak sesekali mendapatkan pujian,
Dengan ilmu yang dipelajari,
Tetapi untuk mendapatkan,
Se-zarah keredaanMU.
Dan,
Kejayaan alam musyahadah,
Dan alam ghaib yang kami percayai.

Ini semua perjuang hamba-hambaMU,
Maka banjirilah kami dengan kasih sayangMU,
Kerana kami tetap,
Berada dibawah langit perjuangan.
                                                            

No comments:

Post a Comment