Monday, December 31, 2012

Buat Umi Seratas

ini antara isi kandungan surat memohon maaf kepada pengetua seratas kerana kami melakukan demostrasi memboikot hari merentas desa selepas perpindahan cikgu-cikgu seratas dengan mengejut.

kadang-kadang tergelak juga baca surat ini. sekadar pekongsian.


Assalamua'laikum. Moga puan sihat selalu.
Disini saya ingin meluahkan perasaan yang tersimpan nun jauh di dalam hati saya.

Saya lebih suka mengelarkan diri saya anakanda kerana merupakan salah seorang pelajar sekolah SMS Raja Tun Azlan Shah. Di sini saya ingin memohon beribu-ribu kemaafan terhadap kesalahan saya beserta rakan-rakan.

Sebelum saya meneruskan bicara, saya begitu teringin sangat menggunakan perkataan Umi kepada puan yang saya hormati. Mungkin diri ini sebenarnya tidak layak untuk memanggil puan dengan gelaran umi kerana seorang pelajar yang biasa. Tiada keistimewaan tambahan pula tidak pernah mengharumkan nama sekolah ke peringkat daerah mahupun negeri. Anakanda mengelarkan umi untuk melepaskan hajat yang tersimpan didalam hati. Anakanda memohon ampun jika umi tidak selesa dengan gelaran yang anakanda gunakan.

Saya wakil kepada rakan-rakan memohon agar umi maafkan kesalahan kami. Selepas mendengar maklumat daripada kedua-dua belah pihak barulah anakanda-anakanda sedar kesilapan kami. Ketika inilah barulah anakanda sedar tindakan kami itu salah. Tidak rasional. Terlampau mengikutkan perasaan.

Kepada umi yang tersayang.. pernahkah umi  melukai hati seseorang??



Pernahkah Umi melakukan kesalahan??


kita manusia wajib melakukan kesalahan. Ini ialah hukum alam yang tiada siapa yang boleh pertikaikan. Kami bukanlah makhluk yang maksum, terhindar daripada melakukan kesalahan. Tetapi kami ialah insan biasa. 

sabda nabi yang mafhumnya berbunyi begini…

orang yang baik/soleh bukanlah orang yang tidak pernah melakukan dosa mahupun kesalahan, tetapi orang yang soleh ialah orang yang apabila melakukan kesalahan lantas dia bertaubat kepada Allah. (meminta maaf kepada manusia).
           

            Anakanda tahu hati seorang perempuan senang terguris. Mudah terluka. Tidak dapat anakanda bayangkan bagaimana hati seorang umi yang sering mengambil berat terhadap anaknya, selalu datang melihat anak-anaknya terluka. Dilukai oleh anakandanya sendiri. Dikhianati oleh orang yang begitu dia sayang. Mungkin perasaan itu seperti gunung yang menimpa ke atas bahu manusia. Sangat berat dan pedih. Sangat menyakitkan hati.


Umi yang sentiasa dalam rahmat Allah, daripada sepasang anak mata umi itu, anakanda tahu umi banyak menangis kerana kami. Sentiasa memohon kebaikan kepada kami. Mahu anak-anak umi berjaya di dunia dan akhirat. Tangisan itu tidak pernah umi tunjuk kepada anakanda sekalian kerana tidak mahu anak-anak umi kesedihan. Bagi umi cukuplah hanya umi yang menangis. Tetapi mata umi tidak dapat berbohong. Kami anak-anak umi sangat menghargai kehadiran umi ke seratas ini. Anggaplah semua yang berlaku sejak kebelakangan ini sebagai satu ujian kepada umi.


          Umi yang sangat dicintai, seorang anak yang baru lahir, yang sedang belajar erti sebenar kehidupan pasti akan melakukan kesalahan. Bayi yang sedang bertatih pasti akan jatuh. Pasti akan tergolek. Bayi itu pasti acapkali melakukan kesalahan. Tetapi ada hikmah disebalik peristiwa itu, kerana dari situlah bayi itu berlajar berjalan dengan betul. Kemudian belajar berlari dan seterusnya. Begitulah keadaan anakanda dan rakan-rakan. Kami sedang belajar. Belajar apa sebenarnya erti sebuah kehidupan. Sentiasa mencari jawapan daripada persoalan yang timbul. Kadang-kadang kami tidak dapat mengawal emosi seorang remaja yang sedang membesar. Ingin mencuba setiap benda yang baru.


     Ketika bayi itu membesar, pasti dia pernah menumpahkan air. Menarik pasu dan lain-lain kesalahan. Sampai satu tahap sang umi yang penyayang ini kena bersabar. Bersabar dan terus bersabar kerana apa?? Kerana dia memahami bahawa bayi ini sedang belajar. Walaupun bayi ini telah memecahkan pasu bunga yang dia sayang tetapi dia harus akur dan reda dengan perangai Si cilik ini. Begitulah keadaan dengan anakanda sekalian. Jadi, umi bimbinglah dan ajarlah kami, andakanda umi ini. Ajar dan tegurlah setiap kesalahan kami.



     Umi yang sentiasa tersenyum, adakah bayi yang sedang belajar ini akan tinggalkan oleh ibunya di tepi jalan atau dipisahkan daripada rumahnya??
Pasti jawapannya tidak, ibu yang menyayangi bayi ini tidak akan meninggalkan bayi ini bersendirian tanpa teman, tanpa arah tuju, tanpa bimbingan. Anakanda yang hina ini memohon agar janganlah umi membiarkan anak-anak umi tanpa bimbingan. Anakanda-anakanda umi masih mengharap umi melimpahkan kasih sayang umi kepada kami. Kami masih mengharap jasa baik umi. Tambahkanlah rasa kasih sayang umi kepada kami semua. Anakanda sekali dahagakan perasaan kasih sayang seorang umi yang penyayang.


       Umi yang sangat anakanda hormati, seorang ayah yang sentiasa bermain dengan anaknya, sentiasa bersama dengan anaknya dalam keadaan yang senang mahupun susah. Orang yang sering mengambil berat terhadap anak-anak, pasti akan kecewa. Rasa terkilan apabila ayah ini menghilang tanpa sebab. Menghilang tanpa diketahui puncanya. Ayah ini hilang secara mengejut. Maka apakah perasaan seorang anak itu. Pasti rasa kurang selesa. Perasaan ingin tahu menghantui diri. Jujurlah wahai umi yang penyabar. Bagaimanakah perasaan umi apabila kehilangan seseorang yang kita sayang. Orang yang kita cintai sepenuh hati, tiba-tiba tiada lagi disamping kita. Pasti sedih. Perit bahkan payah untuk kita terima hakikat. Anakanda tidak berniat untuk membuat umi sedih dengan mengimbas kembali sejarah hidup umi tetapi hanya untuk dijadikan contoh sahaja.



          Jadi begitulah keadaan anakanda-anakanda sekalian. Hilang seseorang yang sangat bermakna tanpa sebarang khabar berita yang boleh menenangkan hati. Maka ketika seseorang itu sedih, tidak dinafikan dia akan melakukan sesuatu perkara yang luar biasa. Perkara yang tidak pernah terfikir oleh sesiapa. Tetapi sebenarnya, anak ini tidak sedar pun dengan tindakan yang telah dilakukan. Dia hanya sedar apabila ada orang yang menegurnya. Ada orang yang mahu membetulkan cara dia yang sedang mengikut perasaan. Dari situlah seseorang anak ini belajar. Belajar daripada kesilapan.


        Umi yang sentiasa diredai oleh Allah. Selepas umi berbicara, barulah dapat anakanda sekalian berfikir. Berfikir dan berfikir. Apa yang haq dan apa yang batil.
Anakanda bersyukur kerana dapat umi yang penyayang.Umi yang sentiasa menegur kesalahan anak-anaknya. Moga Allah mengabulkan doa anak-anak umi. Doa supaya Allah memberikan kami pemimpin yang beriman. Pemerintah sekolah yang mengikut Al-quran dan As-sunnah. Pemimpin yang tahu menjaga keaiban seseorang.. Anakanda yakin bahawa umilah orang yang Allah kurniakan kepada kami selepas doa kami dimakbulkan.

Umi yang sentiasa berkorban, anakanda memohon agar janganlah umi membiarkan anak-anak umi keseorangan, tiada bimbingan. Bukalah buku baru. Buangkan yang keruh dan ambillah yang jernih. Janganlah umi bersedih dengan kejadian yang anak-anak umi lakukan. Mungkin ada beribu-ribu hikmah disebalik kejadian yang berlaku.

            Disini anak memohon maaf sekali lagi jika coretan anakanda ini melukai hati umi yang tersayang. Siapalah anakanda ini untuk membuat surat yang terbaik untuk umi orang yang terhormat. Rasai anakanda ini terlalu kerdil untuk memberikan surat kepada umi yang merupakan pengetua sekolah SBP. Anakanda rasa seperti tidak layak untuk surat ini dibaca oleh pengetua yang sangat berdedikasi ini. Sekali lagi anakanda memohon maaf jika ada terkasar bahasa sepanjang penulisan anakanda ini. Mungkin ada kesalahan ejaan pada surat ini, jadi harap umi tidak marah. Andakanda juga berharap agar umi tidak marah dengan kehadiran surat ini.







Ini ada sedikit teguran anakanda yang jahil kepada seorang umi yang penyayang. Moga kita dapat saling tegur-menegur. Kesilapan anakanda umi telah tegur. Maka ingin menegur sedikit kesilapan umi. Mungkin umi tidak tahu dan tidak sedar akan kesilapan umi ini.
Abdullah penulis surat ini bukanlah nama sebenar. Anakanda tidak mahu meletakkan nama sebenar bukan kerana anakanda takut, cuma anakanda ingin menjaga niat sebenar anakanda.Niat anakanda Cuma ingin memohon kemaafan dengan hati yang ikhlas. Jika anakanda letak nama yang sebenar mungkin akan anakanda rasa riak. Ingin menunjuk baik kepada umi. Jadi bagi mengelakkan perasaan mazmumah ini maka biarlah Abdullah menjadi nama anakanda… UHIBBUKUMKAFILLAH…….

Daripada anakanda yang sering melakukan kesalahan

………………………………
(Abdullah)

No comments:

Post a Comment