Bismillahirrahmahnirrahimm.
Bermaksud 'dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Kalimah-kalimah
ini sudah acapkali mengisi rongga-rongga telinga umat islam mahupun non-muslim.
Jika kita perhatikan didalam al-quran, kalam basmalah terjahit di setiap permulaan
surah kecuali surah at-taubah yang diturunkan sewaktu perang.
Kita lihat
kembali, mengapakah di dalam al-quran bermula dengan lafaz yang teragung ini.
Sedangkan ayat yang pertama turun ialah iqra, bacalah. Jadi mengapa
surah al-alaq ini tergam dengan ayat basmallah terlebih dahulu.
Inilah bukti atau reason bahawa rahmat yang Allah berikan kepada manusia
itu tersangatlah luas lagi banyak. Allah seperti mahu penyampaikan kepada semua
'an-nas' bahawa carilah rahmat aku wahai manusia sebab rahmat aku terlampau
banyak. Sehinggalah didalam al-quran wujudnya surah ar-rahman.
Rahmat tuhanMU yang manakah
yang kau dustakan
55:13
Allah seperti mahu bertanya
kepada manusia nikmat yang mana manusia mahu nafikan daripada Allah? Tidak cukupkah
nikmat kehidupan yang dimiliki oleh manuisa di dunia ini?
Adakah manusia sudah
berputus asa dengan nikmat tuhan yang mencurah-curah seperti air di di lautan
yang sentiasa mengalir.??
Tidak pernah berhenti walaupun sesaat.
Rasa sedih yang mendalam
Manusia sentiasa diuji dan teruji. Perasaan sedih dan sentap sering
terpahat di hati manusia. Sedih dengan layanan kawan-kawan yang sentiasa
memulaukan kita.
Tertekan dengan keputusan peperiksaan yang sentiasa kurang
memuaskan.
Kesedihan ini akhirnya menyebabkan kita berputus asa.
Akhir kita terasa seperti mahu membunuh diri.
Dan mahu lari daripada masa yang membelenggui hidup kita.
Teringat saya dengan hadis rasullulah yang mahfumnya berbunyi
seperti ini
Allah
s.w.t mempunyai 100 rahmat. Satu rahmat Allah terdapat di dunia. Yang mana
rahmat ini menyebabkan sang singa sangat menyayangi anaknya yang kecil. Dan 99
rahmat lagi di simpan untuk hamba-hambanya di hari akhirat.
kita fikir kembali, 1 sahaja rahmat Allah sudah membolehkan manusia
saling kasih dan sayang-menyayangi. 1 rahmat tuhan menyebabkan turunnya hujan
yang membawa rezeki kepada semua makhluk..
adilnya Allah dengan menyimpan 99 rahmatnya untuk memberikan kepada
hamba-hambanya yang beriman.
Hambanya yang setiap saat beribadah semata-mata
kerana Allah. Yang terasa dunia ini adalah penjara untuk dirinya yang mahu
menjaga ketakwaannya.
Jadi patutlah
Allah memberi 99 rahmatnya kepada orang yang beriman.
Jadi memang terbuktilah rahmat Allah ini banyak.
Kita sebagai manusia harus berusaha bersungguh-sungguh untuk
mendapatkan rahmat Allah yang sentiasa turut dari langit dunia…
akhir kata daripada saya
yang ditujukan kepada anda semua termasuklah saya
LA TAHZAN…………………..



No comments:
Post a Comment