Wednesday, March 14, 2012

Cobaan



 
Ujian,cubaan, semua adalah tujuan manusia hidup didunia. Manusia tercipta untuk menuju ke gaung ujian yang akan membawa kita ke hutan kenikmatan yang tersimpan di lembah akhirat.
             
Seringkali kita alpa dengan ujian yang mendatang. Kita berfikir uijan yang diberikan oleh Allah terlampau berat. Beratnya seperti seluruh langit terpikul di bahu kita.
Kenapa Allah bagi aku musibah macam ini yeee. Allah itu tidak adil!!!!
Tuhan itu tidak sayang dengan aku…..
          
  Wahai manusia. Tenanglah hatiMU. Berfikir sejenak.
Bukalah al-quran yang terdapat di rak rumah anda. Surah al-mulk ayat yang ke-2

   Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu. Siapakah diantara kamu yang lebih baik amalanya. Dan dia  Maha Perkasa, Maha pengampun.

    Sudah jelas landasan kita di dunia ialah menghadapi ujian yang telah diberikan. Seperti sebuah landasan kereta api yang sentiasa berjalan bergerak mengikut jalan yang telah disediakan. Maka apabila jalan yang disediakan baik dan teratur, lumrah alam pasti kereta api itu akan selamat.
Begitu juga manusia. Jika kita mengikut cara penyelesaian yang betul pasti masalah kita akan selesai.

            
 Jika kita bertanya kepada kawan mahupun ahli keluarga kita yang terdekat. Ataupun insan yang berada di sebelah anda. Adakah dia pernah menerima uji.
     
    Saya pasti 100 peratus jawapannya pasti ya..

     Kita boleh membuat rumusan… bahawa
Lagi lama usia seseorang maka lagi banyak ujian yang diterimanya.

Seperti graf yang tertera.

                                  usia/umur (tahun)
                                                                                                                       bilangan ujian (nombor bulat)


  


Kita akan mendapat graf seperti di atas. Umur perpendicular to bilangan ujian.
 


 Jika semua manusia wajib menerima ujian maka adakah anda masih tidak boleh menerima ujian yang diberikan. Gerakkanlah jari-jari anda untuk menulis jawapan pada kertas yang putih yang diberikan untuksetiap kita  mengisikan jawapan. Kertas amalan yang tiada keraguan baginya.
   



Adakah manusia akan dibiarkan mengatakan, "kami  telah beriman," dan mereka tidak diuji.
29:2
   
Sekarang. masihkah kita  mengaku kita beriman sedangkan kita masih belum diuji dengan ujian yang tersangatlah besar..
   

Ada ulamak mengatakan bahawa janganlah kita berdoa kepada Allah untuk mengurangkan cubaan yang telah diturunkan tetapi mintalah agar Allah menambahkan iman dan takwa supaya kita tabah melalui onak duri ujian yang lara..
   
 Jadi redalah dengan ujian yang anda terima.
 

No comments:

Post a Comment