Dunia ini tidak lari daripada kejahatan.
Di setiap tempat yang baik pasti ada secalit kuasa jahat. Seperti dalam filem. Orang
yang baik pasti akan dizalimi oleh seorang yang jahat. Adanya malaikat maka
wujud jualah syaitan yang terkutuk.
Dalam
hidup kita seharian pasti pernah orang membuat sesuatu kejahatan. Fitnah,
dajjal kita, memalukan diri kita. Sehingga satu tahap kita rasa hendak membalas
perbuatan dia. Rasa hendak tumbuk saja dia. Rasa macam hendak tarik saja rambut
dia. rasa… err sangat marah.
masa itulah syaitan memainkan peranan dia
sebagai penghasut. syaitan mula berbisik-bisik supaya kita membalas balik
perbuatan dia.
Dalam
islam ada satu hukuman yang dinamakan qisas iaitu membalas kembali perbuatan
yang telah dilakukan oleh seseorang. Jika seseorang dibunuh maka pembunuh itu
mesti dibunuh. Jika mata seorang insan buta maka orang itu kena juga buta. Semua
anggota badan yang hilang maka kena balas kembali perbuatan tersebut.
Menyakitkan hati
Pernah ke hati ini
disakiti?? Pasti pernah kan…
Adakah anda benci orang yang menyakitkan hati anda.
Jika jawapannya YA..
So
Sampai bila anda hendak membenci dia…
Sampai mati…
Dalam surah asy-syura 42:40
Dan balasan suatu kejahatan dengan kejahatan yang setimpal, tetapi
barang siapa yang memaafkan dan berbuat baik kepada orang yang jahat maka
pahalanya dari Allah. Sesungguhnya, dia tidak suka orang-orang yang zalim.
Sesiapa yang
memaafkan dan berbuat baik dengan orang yang berbuat jahat dengannya maka
pahalanya dari Allah.
Al-quran yang terpateri 1400 tahun dahulu mengajurkan supaya kita
memaafkan manusia yang melakukan kejahatan kepada kita. Mungkin orang yang
melakukan kejahatan kepada kita tidak sengaja, mungkin dia tiada niat cuma hendak
mempermainkan kita.
Kerana jika kita membalas
kembali perbuatan tersebut, mungkin perbuatan kita itu lebih teruk daripada
kejahatan yang dia buat kepada kita. Maka, perbuatan itu mungkin akan
menyebabkan kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang zalim.
Membenci perbuatan tersebut
Kita yang
sudah terkena perbuatan tersebut rasa sakit hati, maka kenapa pula kita hendak
membalas perbuatan itu. Kita sakit hati bila 'dia' kutuk kita, caci kita maka
kenapa kita hendak mengumpat orang itu.
Kalau dah sakit hati dengan perangai yang buruk itu,
Kenapa??
Kenapa dan kenapa perlu kita balas??
Kan lebih baik kita mendiamkan diri. Bersabar. Banyakkan bersabar kerana
Allah berada dengan orang-orang yang sabar.
Jangan kita hendak membalas perbuatan tersebut kerana kita perlu yakin
bahawa suatu hari nanti pasti Allah akan membalas kejahatan itu. Jika tidak di
dunia maka Allah akan membalasnya di akhirat. Sesungguhnya balasan Allah jualah
yang tersangatlah adil.
Tiada yang adil selain balasan Allah s.w.t
Penutup
Orang kutuk, orang perli, orang caci, orang mengata, orang mengumpat
semua ini kita biarkan Allah membalas perbuatan mereka. Kita sebagai hamba,
lebih baik memohon keampunan kepada mereka. Mungkin mereka melakukan kejahatan
tanpa mereka sedari.
Yakinlah kebaikan
yang anda lakukan.



No comments:
Post a Comment