Kalau kita perhatikan sekarang ini wujudnya satu budaya yang baru.
Budaya ketika beribadat kepada Allah. Adat yang tercipta tanpa kita sedari. Ia
seperti peyakit virus yang semakin menular dan berjangkit. Seperti tiada siapa
yang mampu mencipta vaksin untuk mengubati penyakit itu.
Budaya orang yang sudah
berumur WAJIB ke masjid mahupun surau.
Ketika muda mereka sering alpa dengan dunia yang tiada harga bagi
seorang yang mengetahui. Mereka sibuk hingga tidak dapat mengenal rumah Allah.
Bagi mereka hidup hanya sekali. So kita kenalah enjoy sepuas-puasnya..
nanti kalau sudah tua, banyak penyakit, hendak berjalan pun tidak larat. Haa
masa itulah yang terbaik untuk mengimarahkan masjid.
Saya lihat sendiri. Remaja
zaman ini lebih suka melepak dan berbual kosong di tepi jalan. Kadang-kadang
memalukan orang melayu sebab bangsa melayulah mijoriti yang lepak di tepi
jalan.
Kan lebih baik lepak didalam
masjid dan berniat iktikaf. Itukan lebih baik daripada membuang masa duduk di
tepi jalan. Kalau jarang-jarang tidak mengapa, tetapi hari-hari kita tengok
muka itu jugak. Tidak ada muka lain.
Sabda nabi yang mahfumnya begini. hadis
Satu daripada tujuh golongan
yang mendapat naungan Allah ketika tiada naungan selain naunganya ialah PEMUDA
yang hatinya terikat dengan masjid.
Perkara ini sudah terbukti
pada zaman ini. Memang masjid itu ramai Jemaah yang hadir tetapi kebanyakannya
ialah orang yang sudah lanjut usia.
Kalau ada anak muda pun hanya sebahagian kecil. Adalah dua tiga orang
remaja. Dan kalau ramai pun golongan muda. Hanya budak-budak yang belum tentu
mereka ini baligh. Budak yang umurnya dalam linkungan 6 hingga 12 tahun.
Persoalannya, di manakah
remaja kita. Bukankah remaja ini akan menentukan nasib sesuatu umat kerana
merekalah bakal menerajui Negara.
Jadi dimanakah pemuda yang
dimaksudkan didalam hadis ini.
Sebenarnya masa mudalah kita gunakan untuk mengamdikan diri kepada
Allah. Masa muda tubuh badan kita masih sihat. Tiada penyakit lagi. Apabila
kita beribadat sebenarnya dapat mencegah para remaja deripada melakukan
maksiat.
Sesungguhnya orang-orang yang ada di sisi tuhanmu tidak merasa enggan
untuk menyembah Allah dan mereka mensucikan-nya dan hanya kepada-nyalah mereka
bersujud.
7: 206
Seorang hamba sebenarnya beribadat tanpa kira tempat mahupun masa.
Menasihati seseorang walaupun dia merasakan dirinya sangat jahat. Walaupun
dia seorang yang jahil jika dia merasakan ilmu yang hendak dia sampaikan itu
betul maka teruskanlah memberi nasihat. Tidak perlulah remaja manunggu masa tua
barulah hendak mengamdikan diri kepada sang pencipta.
Beribadat bukan tunggu ketika kita sudah tua.


No comments:
Post a Comment