Law kana bainana
(andai rasullulah bersama kita)
Andai rasullulah bersama kita,adakah kita akan mengikut baginda.
Bersama memikul beban langit yang kelihatan.
Ha.. rasullulah
Kami tidak tahu,
Betapa pedihnya hati mu,
Melihat umatmu ketika ini,
Umat yang engkau sayang
Kini lalai dalam kehidupan.
Andai rasullulah bersama kita,
Adakah kita sanggup menemaninya,
Berenang ke dalam air yang berapi,
Berkuda di atas bumi merah,
Dan memanah orang yang riddah.
Andai rasullulah bersama kita,
Mungkin kita yang paling berdosa,
Lebih,
Mencari keenakkan dunia,
Membenci akhirat yang hanya…
Oasis di tengah padang pasir..
Dan hanya,
Bersahabatkan kepayahan..
Andai rasullulah bersama kita
Jahilnya kita,
Hanya mendalami ilmu sains,
Tanpa menyutik titisan,
Air agama yang bercahaya-cahaya,
Bermolekulkan permata yang utopia di dunia,
Musyahadah di akhirat.
gambar ulamak iaitu pewaris para nabi
Anda rasullulah bersama kita
Layakkah diri ini menjadi orang yang disayangi,
Jika kita sentiasa menghirup,
Gas-gas dosa yang meracuni,
Jantung yang mematikan hati,
Melumpurkan jasmani,
Merentap rohani…
No comments:
Post a Comment