Monday, January 2, 2012

Warkah perjalanan menuju cahaya 2012

assalamua’laikum. Alhamdulilah bersyukur saya kerana kita masih lagi diberi peluang oleh Allh s.w.t. untuk terus menjadi khalifah. Allah masih lagi beri kita peluang untuk bernafas, dapat memandang keindahan Alam yang tercipta, dan banyak lagi.


Kini umur kita semua sudah meningkat. ada yang sudah merancang untuk berkahwin bagi orang dewasa dan bagi para pelajar pula akan mengejar sesuatu yang pasti. Peperiksaan awam. Upsr, pmr dan spm.
            

 Memandangkan saya sudah mencecah 17 tahun maka spm ni, saya dan rakan-rakan mungkin berazam untuk mendapat straight A dalam Sijil Perlajaran Malaysia. Selain itu, moga Badan Dakwah Dan Kerohanian sekolah seratas akan terus maju dan menyuruh yang makruh, mencegah mungkar.


Yang paling penting moga tauhid kita semua dalam ibadah akan terpasak jauh ke dalam lapisan ke-7 perut bumi agar ia akan sentiasa teguh walaupun pelbagai ujian yang mendatang. semoga blog ini juga akan dapat memberi  manfaat walaupun sedikit supaya anda semua terutama saya dapat keredhaan Allah.
Nabi pernah bersabda yang mafhumnya berbunyi begini
Sampaikanlah dariku kepadamu walaupun sepotong ayat
UHIBBUKUMKAFILLAH
           

No comments:

Post a Comment