Monday, January 2, 2012

Bersyukur dengan keamanan negara malaysia

   
      Cerita ini bukanlah untuk mencapub diri saya tetapi untuk renungan kita bersama. Pertama kali dalam hidup saya bertemu dengan orang yang begitu tabah. Seorang yang tak lah nampak hebat tetapi dia kita boleh lihat ketabahannya. Mungkin susah untuk saya mentafsirkan bagaimana dia itu seorang yang tabah tetapi saya hanya mengikut bagaimana rentak kehidupannya. Salamat berdhobit.J


Malam itu bulan memancar cahaya yang terang menerang. Kelihatan punggung yang sedang merindui bulan. Bunyi cengkering menemani seorang pemuda yang bernama zulkifli. 

            
 Beliau sebenarnya sedang menuju ke pondok tempatnya belajar. Zul belajar di pathani,thailand. Dia memang dibesarkan di pathani.
Zul baru balik dari sembahyang jenazah. Dia hanya berjalan kaki untuk pulang ke pondok. Hati dia masa itu terasa suatu aura yang sangat berlainan. Seperti akan berlaku suatu perkara yang tidak diigini. Zul tetap meneruskan langkah perjalanannya. Di tangannya ada sebungkus telur yang dibeli di kedai.
             

     Suasana di sekeliling tempat tinggal zul seperti biasa. Tanpa disangka sekumpulan askar sedang berkumpul di sekeliling pondok tempat zul menginap. Semua askar mengacukan M-16 ke pondok. Mereka seperti satu bulatan cincin yang sangat bulat. Tujuan mereka adalah sama untuk membunuh pelajar pondok. Kerana mereka adalah orang yang mencari cahaya Allah yang kian manusia lupakan. Cahaya yang manusia anggap sudah tidak berguna lagi iaitu ilmu agama islam. Belajar membaca karangan yang di karang oleh ulamak yang mu’tabar.


Ilmu inilah yang menyebabkan kerajaan thailand ketika itu gusar. Mereka berkata orang yang memakai serban dan berjubah itu terrorist(pengganas). Padahal mereka takut apabila tertegaknya agama Allah maka kedudukkan mereka akan terancam. Mereka itu samalah seperti pemimpin orang musrikin mekah yang takut jika nabi muhammad menjadi pemimpin. Jadi mereka sangat membenci orang yang akan menjadi ulamak. Bagi mereka ulamak itu seperti virus yang perlu segera diperangi supaya tidak akan berjangkit dengan rakyat jelata dan akan membunuh sang raja yang menguasai seluruh anggota tubuh.
           

Sebaik sahaja zul menutup pintu. Satu suara hujan kedengaran. Bukan hujan dari langit tetapi hujan peluru yang berterbangan sekeliling pondok. Suasana pondok ketika itu seperti bumi sedang kiamat. Umpama malaikat israfil sedang meniup sangkala. Sangat menakutkan.
Peluru pertama mengenai kaki zul. Lantas tubuh zul jatuh sujud ke bumi. Masa ketika itu seperti sedang menangis kerana tidak sanggup melihat pelajar pondok mati. Satu saat ke satu saat seperti satu tahun ke satu tahun. Saat lama.
            
      “pang” sebutir peluru hanya melewati sisi badan zul. Kepantasan peluru juga menyebabkan satu peluru yang tidak tahu datang dari mana menembusi belakang rusuk zulkifli. Hampir mengenai jantung zul. Sahabat saya.
      Ketika  dia sedang parah, zul berkata kepada saya “masa aku nak mati dulu aku tak ingat harta tapi aku ingat solat aku yang tak qadar lagi. Puasa aku yang tak ganti lagi. Aku ni banyak dose lagi.” Ketika itu kami semua sedang menghirup kopi. Terasa kopi yang kami minum sangat pahit menggambarkan  seperti kami jugak dapat merasai sangat deritanya zul.
“kan aku duk pondok. Belajar macam mane suasana kat alam kubur. Aku mase tu macam berharap Allah masih nak bagi aku satu peluang untuk aku ubah hidup aku. Aku rase nak jadi seorang yang bertakwa.” Zul membuat muka serius walaupun dia seorang yang gemar membuat lawak.
             
Selepas beberapa minit. Suasana kembali sunyi sepi. Askar tadi sudah lari kerana tidak mahu meninggalkan bukti. “but,but” bunyi tapak but sedang naik ke atas lori.
Badan zul di sentuh oleh satu makhluk. Rakannya membawa zul menaiki kereta. Semasa zul sedang dalam perjalanan ke hospital wajib 3 atau 4 kereta membuat ‘follow up’ sebab depa tahu depan depa mesti askar dah tabur paku kat atas jalan raya. Kalau satu kereta tayar pecah bolehlah mereka tukar kereta. Askar thailand mahu semua yang di tembak mati tanpa dapat diselamatkan. Mereka tidak mahu satu mangsa pun di bawa ke hospital.

       “kalau kau tengok darah aku mesti kau terkejut, satu timba besar ada darah aku keluar. Aku macam tengah mandi darah. Lenjut baju aku.” Zul meneruskan cerita.
Keesokkan harinya keluar dalam ‘paper’ ZUL SI PEMBUAT BOM. Kerajaan thailand yang menguasai media mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan fakta. “aku duk pondok hari-hari baca kitab mane le ada masa nak belajar wat bom.” Kami semua tergelak sebab nada yang dilantunkan oleh zul bersahaje saje.
Lepas 3 minggu zul sudah kembali sihat. Dia sudah tidak tinggal di pondok pathani. Di pergi satu pondok yang sangat terkenal di perak iaitu pondok pak tea. Satu pondok yang terletak di pengkalan ulu. Ceruk.
           
           Sebaik sahaja pak tea meninggal dunia, zul tak tinggal lama hanya setahun dan dia bertekad untuk mencari ulamak yang lain. Dia merasakan dia perlu mencari guru yang lain. Akhirnya dia ke pondok tauhid,sik, kedah. Berguru dengan antara 3 ulamak tertua di kedah. Tuan guru haji salleh bin haji musa. Baba kami semua.

Moga kita dapat bersyukur dengan keamanan yang telah Allah anugerahkan di negara malaysia. Tiada pergolakkan seperti di negara jiran kita thailand mahu pun indonesia. Kita para pelajar juga boleh berlajar tanpa rasa terancam.
           
     Pengalaman ini saya kongsikan bukan untuk mencapub tetapi untuk menjadikan pengajaran buat kita yang bernama manusia. Moga Allah redha. UHIBBUKUMKAFILLAH.


No comments:

Post a Comment