kaku
di atas lantai. Tidur selepas pulang dari kerja. Kelihatan titisan cahaya yang
melindungi tubuh itu. Air yang begitu harum baunya. Cecair yang terhaydrat
daripada seorang hero.
“nazrul
tolong selimutkan ayah.” Satu suara yang menyuruh datangnya daripada dapur.
Kedengaran juga bunyi gemesik bahan makanan yang sedang dimasak dengan kasih
sayang.
***************************************
Nasihat
yang diberi masih tersimpan di dalam karung kepala yang sentiasa dibawanya.
Kata-kata itu seperti sahabat yang memberi dorongan. Datang daripada seorang
ibu yang melahirkan, menjaga dengan sempurna dan di pakaikan dengan pakaian
kasih sayang yang tiada tolok bandingnya.
“Belajar,
dan jadilah insan yang berbakti kepada agama bangsa mahupun negara.” Itulah
amanat emak. Sentiasa mahu menjadikan anak-anaknya lebih berjaya daripada orang
lain.
Kata
itu mengingatkan aku bahawa nabi pernah bersabda.
Barangsiapa
yang mahu berjaya didunia mesti berilmu, barangsiapa yang mahu berjaya di
akhirat mesti berilmu, dan barangsiapa yang mahu berjaya kedua-duanya mesti
juga berilmu.
“Jadi
ilmu itu tersangatlah penting. Menjadi cahaya ketika dalam kegelapan, menjadi
bintang ketika bermusafir dan menjadi syifa ketika sakit. Bisik hati owais.
Dihadapannya kelihatan orang sedang bermain bola.
Indah
suasana di sekolah itu pada waktu petang. Kelihatan budak-budak sedang asyik menendang
bola. Mereka mahu menghilangkan perasaan tertekan semasa di sekolah. Selalunya
mereka akan berlawan mengikut tingkatan.
Sang
arjuna itu sangat ceria. Mengecopkan senyuman ketika dihadapan orang. Tetapi
seorang yang menanamkan rahsia di ladang hatinya. Baginya biar pecah di perut
jangan pecah di mulut.
Dia tidak mahu anaknya susah. Biar dia susah
asalkan anak-anaknya tidak menderita.
“Buat
apa itu cik abang manis. Teringatkan kekasih yang lama tidak berjumpa ke?
Biasalah kalau orang bercinta mesti ada termenungdan terkadang tersenyum
sendirian.” Si arjuna mencubit sisi perut anaknya.
Seorang
ayah yang penyanyang tetapi tidak menzahirkan perasaan itu. Mungkin malu kerana
anak-anaknya sudah membesar.
Kasih
sayang yang ikhlas itu boleh dirasai walaupun lenyap 5 pancarindera manusia.
“Orang
disini tidak hensem. Kalau letak tepi jalan orang pun tidak mahu ambil jadi
menantu.” Balas di anak.. sambil itu owais terasa waktu berputar sangat
perlahan.
Jelas
dia melihat gerakan yang dimainkan di bibir ayahnya. Cahaya yang terpancar sangat
lain apabila dilihat. Tidak siapa sangka, orang yang sentiasa tenang ini
mempunyai sejuta pengalam yang tidak semua orang mampu milikinya.
“tak
de, orang sedang fikir masa depan. Mase bila nak habis belajar. Nak sambung
berlajar. Nak bina masjid.” Bagus. Macam tu lah anak ayah.
“jangan
jadi macam ayah. Kerja kilang. Gaji tak seberapa. Tetapi ingat kalau dah besar
nanti biar kita kerja orang pandang lekih tetapi rezeki yang kita dapat
terjamin halalnya.” Si arjuna mengusap kepala anak. Seorang ayah yang baik.
“dulu
lepas srp, ayah kau berhenti belajar. Katanya nak bantu atuk cari duit. Biar
abang-abangnya Berjaya. Maka amru pun mencari rezeki untuk dicurahkan untuk
kebahagiaan keluarganya. Terutama sekali untuk abang-abangnya.”
Hasilnya
semua ahli keluarga shafi hidup dengan ijazah. Tinggalah seorang adik yang
berkorban untuk abangnya.
“sah.”
Tok imam melihat kiri pula. “sah.” Bersambung berpaling ke kanan.
“alhamdulilah.”akhirnya adik yang bernama amru pun di ijab kabulkan.
Perkahwinan yang simple tetapi penuh berkat.
Demi
mencari nafkah keluarga amru bekerja sebagai penjaga ‘airport’lapangan terbang.
Dia begitu tabah dalam mencari duit. Tidak pernah merungut. Akhirnya si arjuna
dapat perkerjaan tetap. Seorang pekilang.
Seorang
yang sangat baik hati. Sentiasa mengambil berat dengan rakan-rakannya.
Menjadikan kawan seperti ahli keluarganya. Jika kawannya meminta sesuata pasti
akan dipenuhinya.
Dalam
sekelip mata, nama dikenali ramai. Pekerja baru yang sangat peramah. Setiap
hari si arjuna ini pasti berkerja lebih masa untuk mendapatkan wang tambahan.
“lambat
abang balik hari ni. Banyak kerja ya?” Tanya si isteri.
“Biasalah sayang akhir-akhir
tahun ni mesti kerja lebih. Anak-anak nak masuk sekolah.” Sempat amru mencuit
batang hidung isterinya yang menawan. Si arjuna mahu intan payungnya hidup
lebih Berjaya.
Biarlah
dia menjadi gunung untuk didaki oleh anaknya untuk melihat pemadangan matahari
terbit sebelah timur. Baginya hati anaknya perlu dijaga seperti menjaga seorang
raja yang senang di serang musuh.
“hai,
si kacak. Awak begitu comel apabila tidur. Lebih comel lagi sebab engkau anak
ayah.” Satu bayangan menghampiri seorang budak yang sedang tidur. Satu objek tiba-tiba terbang kea rah si cilik
itu. Akhirnya sehelai selimut menutupi badan tubuh yang kaku di sofa itu.
Tidurnya sangat nyenyak.
**********************************************************
Satu hari, si arjuna dikhabarkan
terjatuh semasa berkerja. Kepalanya terhantuk lalu pengsan. Dia terpaksa di
bawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.
“macam
mana keadaan suami saya doktor. Semua baik ke?” perasaan cemas menhantui isteri
amru. Kerana dia sangat mencintai amru. Suamainya.
Doktor
tersebut mengoyakkan senyuman. Dia lantas duduk di hadapan sebuah meja.
Menhadap isteri amru. Kelitan doktor ini sangat tenang. Doktor ini seperti
kacungan warga cina.
“
jangan risau. Suami tuan dalam keadaan yang terkawal. Dia Cuma terlampau letih.
Mungkin sejak kebelakangan ini dia kurang rehat kot. Apa-apa pun, nasihat suami
awak agar selepas ini banyak berehat.
Jangan kerja berat-berat.” Doktor menyerahkan sehelai kertas.
Isinya
dengan nama-nama ubat yang perlu diambil di farmasi.
Kata-kata
si emak berputar seperti sebuah video klip. Hatinya terasa hendak menangis.
Pengorbanan ayah sangat banyak. Tidak terkira.
Kini
dia sedang bercerminkan huruf-huruf yang terpateri di setiap helaian buku.
“owais, macam mana. Engkau dah
bersedia.” Satu suara sedang terbang masuk ke dalam sepasang telinga owais.
Seperti dia kenal suara itu. Hamdan muncul dari kegelapan.
“sudah
semestinya.” Sambil menunjukkan ibu jari.
“kalau difikirkan macam baru
semalam kita bertemu untuk memasuki alam persekolah menengah. Diam tak diam
sudah lima tahun kita bersahabat. Aku ingin lagi sangat kita kena buat persembahan
malam bakat. Engkau takut sampai kaki
kau tak boleh nak jalan.” Usik si owais.
“tapi
aku tak de lah kena berlakon menjadi suami orang. Lepas tu sedap hati tampar
anak orang.” Hamdan mengeyikkan anak mata sebelah kanannya.
“itu
Cuma berlakon je lah. Tiada kena mengena yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia.” Anak mata ditutup sedikit.
“akhirnya
kita akan membawa haluan masing-masing selepas ini. Aku harap engkau tidak
lupakan aku. Moga kita tetap berkawan sehingga akhir hayat.” Hamdan
menghulurkan tangan. Lantas di sambut oleh owais.
“kawan untuk selama-lamanya.”
Serentak kedua sahabat itu melontarkan bicara. Suasana yang sangat mensyadukan.
Erti sebuah persahabatan di
sebuah asrama. Ikatan siratulrahim menjadi tali yang kuat sehingga tidak apat
di putuskan oleh pisau mahupun kapak. Kerana di situ ada satu kuasa yang ajaib.
Anugerah Allah.
Saat
di asramalah detik yang terindah. Apabila kita sudah dewasa ia menjadi rakaman
yang sentiasa berputar. Berputar dan berputar. Kadang-kadang ia akan
menyebabkan kita tergelak sendirian. Di situlah letaknya cinta pandang pertama
bagi seorang pelajar. Yang bezakan suasana semasa cinta itu???
Adakah
seseorang itu berterus terang akan perasaan cinta itu atau hanya membatukan
diri. Menyimpan perasaan itu.
***************************************
Akhirnya owais menjadi seorang
usahawan yang Berjaya. Berkat usaha arjuna dan emaknya dia menjadi jutawan yang
terkenal. Menjual kereta.
“ayah bangga dengan kamu owais.” Satu
tangan menepuk bahu owais.
“sebenarnya ini semua jasa ayah
juga. Walaupun hanya berkerja kilang tetapi ayah tidak pernah jemur untuk
mencari wang buat belanja kami sekeluarga. Semasa sakit, ayah kuatkan semangat
untuk tetap menuju ke tempat kerja.” Owais mencium pipi ayahnya.
“ayahlah seorang arjuna.”

No comments:
Post a Comment