kunci kejayaan
Setiap pekerjaan kita mesti bermula dengan
niat. Niat itu seperti nyawa bagi seorang manusia.
Setiap hari
kita akan beribadah kepada Allah. Kita solat, kita makan minum, hatta diam kita juga di kira beribadah jika ada
kebaikannya. Semua kerja ini mesti mempunyai niat yang ikhlas.
Kalau kita berniat untuk menunjuk kepada
anak adam maka mungkin juga kita akan syirik kepada Allah.
Sebab niat
kita ingin menunjuk-nunjuk kepada manusia. Samalah kita beribadah untuk
menunjuk kepada manusia. Maka ini dinamakan menduai Allah s.w.t.
Ada satu
hadis yang mafhumnya berbunyi bergini.
"Seorang
hamba datang kepada Allah dengan membawa amalan kebaikan. Apabila si hamba ini
berada di hadapan Allah untuk mendapatkan ganjaran pahalanya. Maka Allah
menyuruh si hamba ini meminta pahala kepada manusia yang selalu dia menunjuk-nunjuk.
Kalaulah kita
yang menjadi seperti hamba di atas.
Macam mana?????
Sudahlah kita
bogel. Apabila kita bertemu pencipta di suruh mencari manusia yang kita selalu
menunjuk-nunjuk. Manusia yang mungkin tidak boleh memberi syafaat pun melainkan
dengan izin Allah.
ikhlas
ikhlas maknanya ialah kita tidak meminta sesuatu balasan
semasa kita beribadah. Kita hanya berharap keredhaan Allah. Kita hanya berharap
pahala yang Allah berikan kepada kita. Maka pekerjaan yang kita buat juga akan
mendapat keberkatan.
Tanda ikhlas
Agaknyalah,
macam mane kita nak tahu orang itu itu ikhlas????
Adakah?
"betul
pak cik saya buat ini semua ikhlas semata-mata kerana Allah," kata bakal
menantu seorang pak cik azmi.
Orang di
atas ikhlas ke?
Bagi saya
lah. Orang di atas tidak ikhlas.
Orang yang ikhlas
tidak akan cakap dia seorang yang ikhlas.
Sedangkan ulamak
yang mendapat gelaran pewaris para nabu pun tidak dapat nak mentafsirkan
bagaimana seseorang itu di katakana ikhlas.
Jadi ikhlas itu memang susah untuk kita
manusia yang sering melakukan dosa tafsirkan. Hanya kita dan Allah sahaja yang
mengetahui sejauh mana keikhlasan kita. Setinggi mana kita mengharap pahala
keikhlasan kita.
Begitu tingginya
harga seorang hamba yang beribadah ikhlas kerana Allah.
Cara untuk ikhlas
Apabila kita melakukan sesuatu perkara kita
mengangap Allah itu maha melihat. DIA melihat setiap tindak tanduk kita. Sehinggakan
Allah mengetahui segala isi hati kita.
--à kita sembunyikan kebaikan kita. Kalau kita
nak bangun untuk solay tahajjud kita solat secara diam-diam. Kita seorang
sahaja berdatinng dengan Allah.
Ikhlaslah wahai teman
Ihklaslah wahai teman, kerana ikhlaslah kunci
kejayaan. Selagi kita mengikhlaskan diri selagi itulah Allah akan membantu
kita.
Kalau kita gagal dalam satu pekerjaan
tetapi ketika itu kita ikhlas maka tidak akan terpalit lumpur walaupun sedikit
rasa failed kita. Kerana kita lakukan pekerjaan itu semata-mata kerana Allah. Buat
apalah kita hendak malu.


No comments:
Post a Comment