Fitrah manusia itu pasti beragama.
Tidak boleh seseorang manusia itu tiada pegangan agama. Hatta, atheis(tidak
percaya tuhan) itu pun berpegangan dengan pegangan agama mereka. Iaitu tidak
percaya akan kewujudan tuhan. Sebenarnya agama itulah yang dapat menenangkan
hati sanubari kita.
ikan di laut
kalau kita perhatikan. Ikan di laut kalau di letak di sungai, 120 peratus pasti ikan itu akan hilang nyawanya. Kerana sudah lari dari fitrah seekor ikan air masin. Kerana ikan itu sendiri tercipta untuk tinggal di laut.
Begitu manusia. Bukan ilmu sains itu yang dapat mendekatkan diri kita kepada Ilahi tetapi ilmu agamalah yang memberi sinar cahaya yang menyuluhi jalan akhirat kita. Dari azali lagi allah sudah takdirkan manusia pasti akan tenteram dengan agama.
Maka apabila kita menyelam ke dalam lautan air tulisan ulamak zaman dahulu, barulah kita dapat merasakan molecule zarah air itu sendiri. Ulamak dahulu sudah meninggalkan cara yang terbaik untuk kita mendekati Allah.
Kita lupa akan kesemulajadian kita.
Bila kita berada di alam persekolahan maka para pelajar akan mengikut peraturan sekolah. Bila kita memandu kita akan mengikut lampu isyarat.
Mengapa dan mengapa?
Manusia tidak mahu mengikut kesemula jadian manusia
Mengapa?
Manusia mahu lari dari agama. Bila bercerita hukum agama
Allah, si insan berkata zalim.
Si pemerintah menghalalkan riba.
Tidak ke ini semua menjauhkan diri daripada allah.
Ikutlah hidayah Allah
Wahai saudara yang saya cintai sekalian. Janganlah kita terpedaya dengan kehidupan di dunia takut kelak kita akan menyesal di akhirat.
Bila kita letakkan dunia tempat
yang tertinggi tujuan hidup, maka jika kita gagal maka kita rasa macam hidup
ini sudah tidak bermakna.
Tetapi jika kita meletakkan akhirat tujuan kita,maka jika di dunia kita gagal, tetapi pada hakikat kita masih mempunyai peluang di alam yang sudah di janjikan oleh habibullah. Nabi muhammad. Syurga yang kekal abadi. Bagi penganut ajaran islam.
No comments:
Post a Comment