Thursday, October 6, 2011

sayangngilah umi dan abi kita


                  Hari ini cuaca di sangat baik. “emm tak sabar rasenya nak jumpa mereka. Orang yang teristimewa.” Kata-kata ini terucap dengan sendirinya di dalam hati abdul. Sebenarnya abdul sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya yang terletak jauh di timur tanah air.

                     *************************************

               


                 “Emak sihat, ayah belum balik lagi ye? Tak nampak pun motor ayah pun.” Abdul  terus memeluk uminya yang sedang berdiri di hadapan kuwak pintu rumahnya. Di wajah puan zainab terpancar cahaya kegembiraan selepas dapat melepaskan air kerinduan kepada anaknya yang selama ini berbuak-buak di empangan hatinya. “Hari ini ayah kamu kerja ‘over time’ mungkin dia balik dalam pukul 9 malam. Katanya nak cari duit lebih, maklumlah nak bayar yuran universiti kau yang tertunggak tu.”  Jawab umi dengan ringkas. Selama ini ayahnya bersungguh-sungguh nak mendaftarkan anaknya ke universiti petronas. Dia tak nak jadi macam nasib dirinya yang cuma ada sijil SRP. Ayah abdul hanya kerja di kilang minyak yang terletak 40 kilometer dari rumah yang sedang di duduki mereka sekeluarga. “umi abang ngah ngatuk ar. Panglima mahu beradu di kamar dulu ye.” Abdul sempat melakukakan memek muka manja di hadapan uminya. “tidur lah wahai panglima, nanti kirim salam dengan puteri cina yang panglima selalu ketemu di ruang mimpi panglima tau. Tanya kat dia, ibunda panglima ingin mengtahui  adakah  sang puteri sudi menerima  mahar? Kalau belum, ibunda mahu puteri menjadi ahli kepada keluarga kami.” Begitulah kehidupan bahagia mereka dua beranak. Ruang yang senggah di isi dengan gurau-senda  

                             ***********************************

          


                      Abdul terjaga dari tidurnya. Dia terus menuju ke tandas untuk mengambil wuduk dan mendirikan solat tahajjud. Hatinya terpana apabila melemparkan pandangan ke arah tubuh seorang lelaki yang tertidur di atas hamparan sehelai sejadah. “ayah, besarnya pengorbanan mu.” Di tangan ayahnya terdapat sehelai kertas. Jenis motorcar: LC, nombor pendaftaran: AKU 7721. “ayah besarnya pengorbanan yang kau hiasai di samping anak-anakmu. Ayat ini berulang mengisi kotak hati yang kosong. Dirimu tak mengeluh. Berkerja untuk membina mahligai kesenangan keluarga.” Butiran kaca keluar dari celahan mata abdul. Lantas pecah apabila mencapai lantai rumahnya.

                             ***********************************

           


                 Aku mengambil selimut dan membalut tubuh yang kaku di atas mesin jahit. Tersegam indah sehelai baju sejuk yang tergantung di celahan cermin tingkap. “ umi, kat sini cuacanya sejuk sikit ar. Tu yang abang batuk-batuk ni.” Keluahan suara abdul ketika menelefon uminya semasa hari pertama mendaftar di universiti.” Di bahu baju sejuk itu tertulis ‘yang teristimewa’. Lantas abdul berdiri. Mulutnya berkumat-kamit. Suara kecil esakannya mengisi ruang sunyi malam.

           

                “Ya Allah, ampunilah dosa umi dan abi ku. Engkau lindungilah mereka seperti mereka melingdungi aku, Engkau jagalah mereka sebagai mana mereka menjaga aku, Engkau golongkanlah mereka di kalangan hambamu yang beriman” pinta abdul  dengan hati yang tunduk di hadapan Sang pencipta. Hatinya tenang selepas mendirikan solat tahajjud.

        *****************************************************

           

             “Rijal,jaga diri kat universiti tu. Jangan kau bawak anak dara orang bila abi dah bagi binatang ni. Kalau tak nanti abi tolak balik binatang ni kat kedai pak abu tu” nasihat abi yang menyuruh abdul menggunakan motor yang dihadiahkannya dengan baik. Di badannya, tersemat perkataan yang teristimewa yang berwarna purple. Baju sejuk itu sangat cantik, ditambah lagi dengan sulaman benang yang tersulam dengan penuh kasih sayang. Baju itu seperti memberi kekuatan kepada Abdul Rijal. “ Umi, Abi hari ini abang ngah nak bagi tau rahsia yang terbesar dalam kamus hidup abang.





       Sebenarnya. Sebenarnya abang ngan ‘sayang umi dan abi.” Lantas abdul lari menuju laut di hadapan rumahnya. “wahai dunia, dengarlah aku bermadah. Aku  sayang dekat umi dan abi aku.” Abi dan umi hanya mencopkan senyuman di muka mereka. Ha.. anak ku, anak ku..

    { Ingatlah kawan-kawan, ibu bapa kita tak pernah meminta balasan atas jasa yang di diutusan kepada kita, yang mereka mahukan  kita bahagia dan menghargai jasa mereka. Mereka tidak pernah mengeluh untuk memenuhi keperluan hidup kita, jadi mengapa kita tidak boleh membalas jasa umi dan abi kita dengan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Adakah anda sudah berterima kasih kepada sepasang ibubapa kita. Jika belum, marilah kita ucapkan kepada mereka. SAYA SAYANG UMI DAN ABI.... mungkin kata-kata kita dapat mengembirakan hati mereka.}

1 comment:

  1. ada salah ejaan beberapa perkataan n salah penggunaan istilah.

    ReplyDelete