Dalam
dunia yang sangat moden ini semakin banyak petua-petua hilang kerana tidak
diamalkan. Orang dahulu apabila mengaji mereka sering mengkaji fadhail-fadhail
yang termaktub di kitab. Mereka akan istiqamah mengamalkan ilmu yang telah
dipelajarinya. Apabila anak mereka membesar maka tip-tip ini akan diturunkan
sehinggalah ia menjadi amalan turun temurun.
Kalau
diikutkan kebanyakan petua-petua ini memang sudah banyak terpateri di setiap
helaian kitab yang ditulis oleh ulamak mahupun wali Allah yang hidup berlandaskan
Al-quran dan hadis.
Antara tips
yang termaktub ialah
*Jika kita hendak tidur di tempat yang kita tidak
biasa kita tidur, maka kita bolehlah membaca bismillahirrahmanirrahim sebanyak
41 kali, insyaAllah kita mendapat pelindungan.
( baba pernah sewaktu dahulu tidur didalanm hutan
tetapi dia terhindar daripada dipijak gajah)
*anda semua mesti mengidam-idamkan suara yang merdu
bukan. Jadi.. beruslah lidah anda selepas perus gigi pada waktu pagi maka
nahtijahnya ia akan melembutkan lidah kita dan akan membuat kita membuang suara
yang semerdu puteri kayangan.
*selepas bangun pagi. Campakan air kedalam anak mata
anda. ai akan membuangkan selaput-selaput yang berlabuh di pintu anak mata
manusia. Sekali gus mengelokkan mata.
*kalau anda ada adik mahupun anak yang pemikirannya
kurang cekap. Maka eloklah anda membaca bismilah sebanyak 786 kiraannya,dan
meniupkan ke arah setadah air. Dan memberinya minum.
*kalau hendak membeli motor atau kereta belilah yang
mempunyai nombor yang menaik.
*carilah
kenderaan yang nombornya bila tambah kesemua angka dan tolak secara
berempat-empat ia akan berbaki 2. Contoh
(abc 3722) jumlahnya ialah 14. Jika kita tolak 4 jadi 10 dan kita tolak lagi
jadi 6 seterusnya kita tolak lagi maka akan menjadi 2. Nah inilah konklusinya.
~jika kita buat bakinya 1 maka kereta kita akan sering rosak
~jika bakinya tinggal 3 kesimpulannya pula akan menyebabkan
kereta rosak dan tidak boleh dibaiki lagi.
Sumber guru pondok pasir tumboh, kelantan.
*kalau kita ada hilang barang mahupun orang maka banyakkanlah
membaca laahaulawala.
(sahabat para zaman nabi, anaknya di culik. Beliau yang risau
akan keadaan anaknya bertemu dengan nabi dengan harapan nabi boleh
menyelesaikan masalahnya. Nabi menyuruh sahabat tadi supaya membaca
laahaulawala sebanyak 100 kali. Cuaca pun berubah maka si anak tadi berjaya
menyelamatkan diri dengan menaiki seekor unta. Dengan takdir Allah 99 ekor unta
yang lain juga mengikut anak sahabat ini tadi. Maka bila ditanyakan kepada
nabi, apakah yang perlu dilakukannya dengan unta yang di bawa balik si cilik ini, maka nabi pun berkata ia rezeki Mu.


No comments:
Post a Comment