Saturday, September 24, 2011

sewaktu kita merangkak bersama


               Hari ini seketul hati yang berwarna merah ini terasa rindu. Imbasan memori silam ini  seperti titisan air hujan yang turun tanpa isyarat mahu berhenti. “ Ana masih ingat masa pertama kali kita bersalam mata. Rizal adik yang baik tapi buas, Nazrul sahabat yang sentiasa ingat-mengingati. Baim kawan yang matang. Pak ya yang selalu meriuhkan suasana asrama yang sepi. Tua dengan gayanya yang tersendiri. Siam dalam nakal punya sikap yang mengambil berat dan ramai lagi batch 99 andersonian school.” Bisik perasaan ini dengan sepenuh air di lautan.



         Tanpa kita sedar, masa itu berlalu dengan begitu pantas. Seperti semalam kita berjumpa di dewan makan untuk menyertai minggu orentasi pelajar tingkatan 1.



         Sahabat, masih ingat tak waktu kita di atas mimbar function dahulu. Ramai antara kita banyak mengeluh, “wei! Aku tak puas hati ar. Aku tak buat salah pun kena jugak malam tadi.” Rupanya ada hikmah di sebaliknya. Peristiwa itu seperti ukiran gambar yang terpahat di sepohon pokok yang rendang. Apabila manusia berteduh di bawahnya, ia akan ketawa menatap lakaran sejarah kita. Dalam masa yang sama dia tenang apabila bertedung di bawah pohon sejarah kita.


         

         Ana mahu kita sama-sama berjaya di dunia dan akhirat. Ayuh kita sama-sama membuka langkah kita yang pertama ini menuju cahaya di hadapan. Jangan kalian toleh kebelakang melihat kabut gelap yang menghancurkan.

        

            Walaupun ana di sini, banyak rakan tetapi mustahil dapat menggantikan tempat anda semua. Kawan-kawan andersonlah yang membawa ana ke gelanggang dakwah, belajar, dan menjaga persahabatan. Sikap kalianlah yang menjadi angin yang membawa kapal layar ana ke sebuah pulau yang mengajar erti sebuah kehidupan.



         Mungkin hikmah ana menjejak kaki di pentas seratas ini ialah untuk belajar ilmu sains yang bertujuan menegakkan islam dengan memandang ilmu ciptaan Allah. Mungkin juga untuk belajar dari golongan wanita yang di umpamakan seperti tulang belakang bagi manusia. Tetapi tidak bermaksud untuk di wanita ini perlu  tatang.



         Di sini bertimbun ragam wanita yang ana jumpa. Ada sangat pemalu dan tidak kurang ada juga yang sangat sporting. Kadang-kadang ana ada terfikir, mampukah sang lelaki menahan nafsunya apabila digoda oleh wanita yang cantik, secantik puteri balqis.



         “Ya Allah, tetapkanlah hati hambamu ini agar tidak mencintai selain Engkau sendiri. Jika dengan wanita engkau uji hambamu ini maka janganlah sampai hati ini jasad ini jatuh ke lembah maksiat yang mendatangkan kemurkaanmu.”

      Walau apa yang berlaku, kenangan di anderson tidak dapat ana lupakan, sebab di situlah ana dan kawan-kawan merangkak mencari erti sebenar kehidupan sebagai seorang hamba. Mungkin dahulu nama anderson sangat ana benci tetapi sekarang andersonlah tempat yang sangat dirindui.  

>uhibbukumkafillah<

:Abdul Habib:

No comments:

Post a Comment