Banyak kali susunan konsunal ini berulak alik masuk ke
sepasang gegendang telinga kita. Apa sebenarnya hukum syarak ni ye??
Hukum syarak ialah peraturan Allah.
Terbahagi kepada 5. Wajib, sunat, makruh, harus dan haram.
MAKRUH
Makruh ialah perkara yang dibenci oleh AllAh. Perbuatan ini
seboleh-bolehnya mesti kita tinggalkan
supaya kita dapat menjejakkan kaki ini ke atas tanah syurga yang diidam-idamkan
oleh setiap insan.
Jika kita
hendak meninggalkan perbuatan yang makruh ini mesti atas niat lilahitaa’la. Jika tidak maka tinggalnya perbuatan makruh kita tadi
menjadi sia-sia, tidak mendapat sedikit pun mendapat ganjaran pahala.
Contoh kita
tidak suka makan belacan kerana ia makruh tetapi kita tinggalkan makan belacan
itu kerana kita menghidap resdung. Maka tinggalnya perbuatan meninggalkan
perkara makruh kita tadi bukan atas niat kerana Allah tetapi niat kerana kita
menghidap penyakit resdung.
Selain itu,
kita dengar orang cakap merokok itu makruh. Kita tidak mahu menghisap rokok
kerana timbul kesedaran daripada ceramah antimerokok yang menerangkan
kesan-kesan apabila kita merokok maka kita dengan hati yang cekal dan tetap
anda kata “saya tidak akan merokok.” Hentinya perbuatan tidak merokok kita
tadi bukan kerana Allah tetapi berniat
hendak menjauhi diri daripada mendapat kesan buruk seorang perokok maka kita
tidak akan mendapat pahala.
WAJIB
Kita mesti buat kalau
tinggal akan mendapat balasan dosa.
Contohnya tidak mahu mendirikan solat fardu maka apabila kita
mencecah akil balighr maka perbuatan meninggalkan solat kita tadi akan
menyebabkan akan berdosa. Sekali gus kita akan terbenam ke neraka jahanam.
Nauzubillah.
HARAM
Jika kita buat maka berdosa. Contoh kita mengetahui perbuatan
zina itu berdosa tetapi kita tetap mahu berzina juga maka hukumnya haram.
Perbuatan kita tadi akan menyebabkan kita tercampak ke gaung neraka yang sangat
pedih azabnya.
HARUS
Apabila kita buat, maka tidak akan mendapat apa-apa dan jika
kita tinggalkan juga tinggal akan berdosa. Tetapi harus ini boleh jadi sunat
dan boleh berubah wajib
Balaranya ialah
Mandi itu hukumnya harus, tetapi ia akan berubah sunat
apabila kita berniat mandi sunat jumaat, mandi sunat hari raya dan sewaktu
dengannya.
Selain itu,
ia boleh berubah wajib.
Makan itu hukumnya harus tetapi akan berubah wajib jika ia
boleh merbahayakan kesihatan kita. Jika kita tidak makan apa yang akan terjadi,
boleh jadi kita akan cepat meninggalkan dunia yang fana ini bukan maka hukum
harus kita tadi akan berubah menjadi WAJIB.
SUNAT
Jika kita
buat maka dapat pahala dan jika kita tinggal kita akan maka tidak akan mendapat
apa-apa.
Jika kita hendak mendirikan solat disunatkan supaya memakai
minyak wangi. Jadi barang siapa yang memakai minyak wangi maka dia akan
mendapat pahala dan siapa yang tidak memakai minyak wangi maka dia tia tidak
akan mendapat pahala laaa.
Ini antara ilmu yang ana ambil daripada tuan haji salleh bin
musa. Baba pondok tauhid, sik, kedah darul naim.UHIBBUKUMKAFILLAH
~Abdul Habib~
Dalam bilik di sik kedah
>sepasanghati19.blogspot.com



No comments:
Post a Comment