Zaman sekarang ini, kebanyakkan manusia mahu mengejar harta dan
pangkat. Mereka berfikir jika mereka memiliki pangkat masyarakat akan menzahirkan rasa hormat kepada pemimpin
tadi . Jika tidak pun mereka akan kata “aku nak pangkat kerana aku layak
memilikinya. “Tidakah mereka pernah terfikir amanat yang yang telah diberi oleh
Allah sebenarnya sudah cukup berat seberat bumi dan diisi langit.
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH
MENAWARKAN AMANAT KEPADA LANGIT, BUMI, DAN GUNUNG-GUNUNG ,TETAPI SEMUANYA
ENGGAN MEMIKUL AMANAT ITU DAN MEREKA KHAWATIR TIDAK AKAN MELAKSANAKANNYA
(BERAT), LALU DIPIKUL AMANAT ITU OLEH MANUSIA. SUNGGUH MANUSIA ITU SANGAT ZALIM
DAN SANGAT BODOH.
(33:72)
Wahai rakan sekalian,
Tidak malukah kita, langit, bumi mahupun gunung-gunung yang tidak
berakal ini mengambil jalan agar tidak menerima amanat daripada Allah. Maka
mengapa menusia masih mengejar pangkat yang sudah diketahui umum ianya sangat
berat lagi memberatkan. Adakah mereka berfikir mendapat pangkat adalah nikmat
yang sangat diidam-idamkan manusia yang bertakwa?
Abdul rahmat bin auf
bermati-matian tidak mahu menerima jawatan sebagai khalifah jadi mengapa insan
pada waktu ini sangat mengejar
kedudukan. Persoalannya, adakah kita layak menjadi pemimpin seperti nabi
muhammad S.A.W?
Jika ya. Sejauh mana kita dapat melaksanakan amanah sebagai seorang
khalifah dan pemimpin. Sejauh mana kita sudah mengerjakan amanat ini
di dunia ini atau setidak-tidaknya tahap manakah kita sudah beramal dengan
perbuatan yang disuruh oleh Allah.
Moga soalan-soalan yang terukir di sini dapat memberi kefahaman kepada
anda amanah itu tersangatlah berat. Janganah sampai amanah ini menyebabkan kita
jatuh ke lembah neraka yang azabnya sangat pedih.
Kini sudah masuk bulan 10 maka kebanyakkan SBP sudah bertukar tampuk
kepimpinan. Yang tingkatan lima akan berusaha memiliki kecemerlangan yang
tercalit di sehelai kertas. (SPM). Maka muka-muka baru inilah yan akan memipin
pelajar yang lain.
Menuju puncak
Para pemimpin ini boleh diumpakankan seperti sedang menaiki bukit
bersama-sama rakan tetapi dikehendaki
mengalas beg yang terisi dengan barang keperluan pelajar yang lain. Lagi jauh
kita menaiki bukit semakin terasa berat beg itu. Sedangkan kawan-kawan kita
mendaki bukit itu dengan mudah tanpa perlu bersusah payah membawa barang keperluan mereka. Pelajar-pelajar ini
hanya berharap si pembawa beg mereka ini akan selamat tiba di puncak bukit
bersama-sama gadjetmereka. Maka ditakdirkan Allah ada si hamba ini yang
tersungkur lagi terjatuh semasa mencapai
tangan mendaki yang bukit tadi yang tersegam tadi.
Maka layakkah anda kata “seronoknya jadi penawas sekolah?”
Patutkah terucap di mulut anda “seronakya jadi mpp?”
Bestnya kalau aku dapat jadi pengerusi kelab tu?
Tidak semudah itu wahai kawan.
Semua jawatan ini kelak akan
ditanya oleh Allah S.W.T. Maka bersyukurlah jika kita mendaki bukit tanpa perlu
membawa sebarang barang-barang kepunyaan kawan kita tadi. Janganlah anda
bermasam muka lagi cemburu apabila anda tidak ditawarkan jawatan kerna semua
itu ada hikmahnya yang tersendiri.
~Abdul Habib~
>sepasanghati19.blogspot.com<
Menuju CINTA ILAHI



No comments:
Post a Comment