Wednesday, September 7, 2011

Mencari ketenangan dengan bicara

RAHMAT ALLAH YANG LUAS



               
                   Dalam kesunyian malam yang indah seorang hamba Allah sedang khusyuk bersujud kepada Allah. Hatinya kelihatan di timpa segunung masalah. Seakan-akan dirinya senang menngadu kepada sang pencipta akan segala masalah dan dosanya. Mulut Razak berkumat-kamit membunyikan zikir yang memuji akan Allah yang sangat hampir denganNya. Tiba-tiba pipinya terasa hanyat seperti ada  titisan cecair sedang berjalan ke atasnya.



        Tanpa dia sedar seorang pemuda yang sebaya dengan Razak senang duduk bersila di belakangnya. “Engkau menangis?” lantas Razakmengelap butir cahaya yang melekat di sisi anak matanya. Hanya membalas soal dengan senyuman. “mengapa engkau menanggis wahai hamba?” perlahan suara yang dilepaskan oleh lelaki yang asing bagi Razak itu. Razak tidak membuka mulutnya. Hanya suara cengkerik yang memenuhi ruang masjid yang gelap.

           


                         “Ramadhan telah pergi meninggal kita.aku terfikir. Adakah Allah menerima amalan yang aku kerjakan selama sebulan aku berpuasa atau masa itu pergi tanpa apa-apa kebaikan ke atas diri aku. Entah mengapa aku rasa diri ini begitu banyak melakukan kemungkaran, maksiat dan dosa. Aku tidak tenang. Hati ini seperti kain yang berwarna hitam legap dan berbau nanah yang jijik.” Razak menunjukkan tangannya ke arah posisi hatinya. “ Allah tetap menyanyangi mu kawan. Sentiasa bersamamu walaupun kamu membuat dosa.” Tenang lelaki itu menasihati Razak.

           

                 Sabda Nabi s.a.w. mafhumnya begini. ‘ Barang siapa yang berpuasa di bulan ramadhan dengan penuh ketakwaan dan keimanan niscaya Allah akan menyediakannya syurga dan mengapunkan segala dosanya yang telah lalu.’ 



      “ Kalau engkau cakap begitu,mengapa Allah memberi aku ujian? mengapa hati aku tidak pernah tenang? Mengapa aku rasa keseorangan. Mengapa? Mengapa? Abdul memengang bahu laki yang penuh misteri itu sambil menggoncangkan badannya ke kiri dan kanan.



       “kerana Allah sangat sayang akan dirimu. Allah ingin memberikan keampunan keatas kamu lalu dia ingin menguji kau. Lihatlah sekarang. Apabila engkau menghadapi masalah lantas dirimu bangun berqiamulail. Berbanding orang lain yang dalam kesenangan langsung tidak ada sedetik dalam hati mereka untuk beribadah bertemu Allah pada satu per tiga malam seperti sekarang. Jadi jelaslah Allah sangat menyayangimu Razak.



       “Lantas kenapa bila aku berdoa supaya hati ini tenang tetapi sampai ke saat ini hati aku langsung tidak menumbuhkan tangkai ketenangan.” Razak bertanya dengan nada suara yang sangat tidak berpuas hati. Hatinya sangat memberontak. “Engkau fikirlah wahai sahabat, berapa ramai manusia yang hatinya tenang dalam masa tidak sampai satu hari. Ketenangan yang mereka capai hanya bersifat sementara. Ketenangan mereka seperti air hujan yang mencurah di padang pasir. Air itu hanya sedikit dan akan menaikkan lagi suhu sekeliling. Mungkin Allah ingin memberi kau ketenangan yang haqiqi. Ketenangan yang menjadi cahaya yang membawa kau kembali bertakwa kepadanya.

           Sebab itulah Allah  menangguhkan waktu untuk memberikan kau ketenangan ini.” Alunan lelaki itu seperti ombak yang menghempas pantai. Sekali gus menenangkan pasir hatinya yang sedang gusar. Kata-kata lelaki itu amat indah. Katanya seperti memberikan semangat dan nafas yang baru untuk Razak menjalani rutin harian hari itu.

            Razak memusingkan kepalanya kearah lelaki itu. Pakaian serba hitam dan alunan bicara lelaki itu berjaya menarik perhatian Razak untuk bertanyakan  akan asal usulnya.“siapakah gelaranmu wahai sahabat” ringkas soalan yang di ajukan kepada lelaki misteri itu. “abdul” lelaki itu menjawab dengan nada yang bersaja. “Ingatlah rahmat Allah itu sangat luas. Walaupun Ramadhan sudah berlalu tetapi rahmatnya langsung tidak pernah berkurang. Pahala yang dilipat gandakan pada hari Ramadhan itu tidak pernah akan mengurangkan kurniaan Allah kepada manusia.



“Akhirnya hati aku tenang jua. Benar katamu ab....” lelaki yang berpakaian serba hitam hilang dalam kegelapan rumah Allah yang penuh  akan ketenangan. Lantas Razak menyembamkan dahinya di atas segulung tikar sejadah yang berhadapan dengannya. “ ya Allah, aku bersyukur kerana akhirnya sepasang hati ini tenang dalam kekabutan masalah yang aku tempuhi. Razak bersujud tanda kesyukuran.  




No comments:

Post a Comment