Hati Halim seperti diganggu oleh satu rasa yang tidak
disenanginya. Majoriti orang yang berada di sekelilingnya saling berbisik
apabila melihat mereka sekumpulan. “ayah kenape depa tengok kita macam kita
buat salah je. Kerja yang kita buat ne salah he..” Halim menggaru kepalanya
walaupun sebenarnya kepalanya tidak gatal. Lantas ayahnya melihat Halim. “nak,
sebenarnya kerja kita buat ne tak salah, tetapi tak ramai orang nak buat kerja
seperti kita, tu yang nampak kita sangat pelik. Ramai manusia sekarang lebih
pentingkan dunia daripada pada akhirat.” Walaupun pak Aziz menerangkan kepada
anaknya tentang kerja ‘menyampaikan’tetapi anaknya seperti kabur-kabur dengan
kata-kata abinya.
“ Halim tak
paham lah abi.” Kau masih kecil nak, mungkin bila tiba waktunya kau akan faham
juga apa yang abi sedang cerita sekarang.
*********
Selama seminggu
Halim mengikut abinya, dia cuba memahami lantunan bicara abinya. Qiamulail, taa’lim,
membaca al-quran, bayan dan lain-lain cuba dia lakukan seperti rakanya yang
lain. Hatinya mula merasai keindahan kerja yang dilakukan. Sedikit demi sedikit
soalan yang sering berlayar di kepalanya terjawab. Hampir setiap cuti sekolah,
Halim akan mengikut abangnya ‘menyampaikan’
peringatan kepada saudara seislam yang terletak di negeri lain. Mereka selalu
keluar selama seminggu.Cacian, ejekan, menjadi pakaian mereka sekumpulan
apabila ‘menyampaikan’ islam. Demi islam,
mereka tetap tabah melalui ranjau dakwah.
“ Halim ambilah
kata-kata abang ini sebagai pendoman. Kerja dakwah yang acap kali kita lakukan
bukanlah dihamparkan kapet merah, ataupun perjalanan di jalan yang terisi
dengan wanginya. Kerja kita lakukan ini seperti melalui taman bunga yang penuh
dengan duri, jalan ini kita wajib lalui untuk terus ke taman bunga yang
mempunyai pemandangan yang mengasyikan, dimana tempat itu tidak pernah kita
pikirkannya, tak pernah kita dengar mahupun kita lihat.” Panjang nasihat yang
diberikan oleh abang abdul.
Sabda nabi
“Sampaikanlah dariku kepadamu walaupun sepotong ayat.”
Abang abdul memegang bibir Halim. “dakwah
tidak semestinya hanya di mulut tetapi pakaian kita juga dikira dakwah.” Sesungguhnya
pakaian takwalah sebaik-baik pakaian.
“Halim kekalkanlah dirimu dalam
dakwah walaupun ada segelintir kawan kau cakap kau ‘capub, cagelar.’ Jangan kau marah mereka kerana mungkin mereka tidak
mengetahui. Yang penting apa yang kita cari tidak lain dan tidak bukan keredhan
Allah s.w.t. walaupun hadir di dinding hatimu perasaan terasing, maka cekalkanlah
hatimu untuk mengerjakan kebaikan.
************************
“Tahniah Halim sebab kau dapat
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dan dapat tawaran ke sbp. Inilah masanya
kau untuk menyebarkan islam kepada
rakan-rakanmu agar kau menuju cinta ilahi. Jagalah imanmu ketika di sekolah
sebab setahu abang sekolah itu laki perempuan bercampur.” Kelihatan wajar
abang abdul yang bercahaya-cahaya ketika memberi nasihat kepada Halim. “baik
abang, insyaAllah saya akan terus menyampaikan.” Halim meletakan
tangan di hujung kening seperti seorang
askar yang ingin menuju ke medan perang.



No comments:
Post a Comment