Hati. Diceritakan bahawa setiap anggota badan manusia berasal dari tanah yang berbeza. Kaki berasal dari tanah india, tangan berasal dari tanah china tetapi hatilah yang paling istimewa kerna berasal dari tanah yang paling mulia. Iaitu dari tanah syurga firdaus. Syurga yang paling tinggi. Jadi hati mempunyai peranan yang cukup besar dalam hidup kita.
Ada sahabat ana yang boleh diberi pangkat abanglah bertanya kepada ana “habib macam mane nak tenangkan hati kita ye.” Saya terdiam seketika. Saya tak sangka perwatakan abang ini selalu dilihat gembira, ceria,orang putih cakap ‘happy gold lucky’ tetapi rupanya hatinya tidak tenteram. Allah sebenarnya sedang mengujinya. Biasalah manusia wajib menerima ujian, sebab itulah kita diciptakan di hamparan dunia ini. Yang membezakan ujian kita hanya tingkatan ketakwaan kita kepada Allah. Semakin tinggi iman kita semakin kuat ujian yang yang Allah curahkan kepada kita. Tetapi ujian ini bertujuan untuk mendekatkan diri kita sedekat dekatnya kepada Allah. Inilah tip yang anjurkan kepada saudara.
Banyakkan mengingati Allah
Mungkin kita sibuk dengan dunia sehinggakan lupa memlebihkan waktu kita mengingati Allah. Kita perlulah meningkatkan keimanan kita moga mendapat ganjaran ketenagan yang digambarkan dalam al-quran. Sabda nabi s.a.w
“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tentera dengan mengingati Allah. INGATLAH, hanya mengingati Allah hati menjadi tenteram.”
(Ar-radh 13:28)
Semua yang ada di dunia ini milik Allah
Kalau anda ada barang yang sangat berguna. Anda letak barang itu disuatu tempat dan pada masa yang telah ditetapkan anda mahu mengambil kembali harta kepunyaan anda. Layakkah orang di seliling anda mengecam anda. Kalau lah semua yang ada di dunia ini kepunyaan Allah bagai mana kita akan berasa sedih apabila barang itu pergi meninggalkan kita. Tidak lama lagi kita hambanya yang lemah ini akan pergi jua bertemu dengannya. Sedangkan malaikat izrail juga akan Allah ambil, jadi macam kita sedih dengan kehilangan sesuatu.
Setiap kesusahan pasti ada kesenangan
Ayat ini mungkin simple tetapi kalau kita hayatinya pasti boleh menenangkan hati kita. Mungkin kita rasa diri ini seperti tidak berguna lagi apabila apa yang kita bina untuk menggapai kebahagian itu hancur musnah dalam sekelip mata. Ana mungkin tidak tidak sampai lagi ke tahap manusia lain sudah terima beribu dugaan tetapi ingatlah bila sampai kemenangan Allah itu nikmat yang kita terima akan membalas kesusahan yang kita tantang.
Dugaan yang diterima oleh umat sebelum kita lebih hebat dari kita umat akhir zaman. Lagipun nabi pernah bersabda bahawa iman umat akhir zaman senipis kulit bawang, jadi tak mungkin Allah akan uji kita sehingga kita tidak dapat merentanginya. Allah itu tahu Maha adil.
“Mungkin kita rasa benda itu yang terbaik untuk kita tetapi tidak bagi Allah dan mungkin jua kita merasakan benda itu buruk buat kita tetapi yang sebenarnya ialah yang terrbaik bagi Allah.”
Mungkin Allah akan memberikan kita sesuatu yang terbaik, sesuatu yang tidak pernah bermain di minda kita. Jadi yang perlu kita lakukan hanyalah bersabar.




No comments:
Post a Comment