Saturday, August 6, 2011

salam cinta dari ku

                                   Pengakhiran sebuah cinta



                 Di sebuah pulau yang cantik lagi indah, tinggalah 4 makhluk yang hidup aman damai.­ Makhluk pertama bernama hati. Tubuhnya berbentuk hati dan badannya berwarna merah. Dia seorang wanita yang hidup sangat sensitif kepada keadaan sekeliling. Jika kawannya ceria, dia akan turut ceria dan kalau kawanya menghadapi sebarang masalah,hati jua akan turut bersedih.  Bak kata perpatah cubit peha kanan paha kiri juga terasa sakit. Hati berkawan rapat dengan  kaya, cantik dan pangkat. Cantik mempunyai sifat suka menjaga penampilan diri. Dialah makhluk yang paling tercantik antara kami. Cantik mempunyai ramai teman lelaki. Berlainan pula dengan kaya, dia berbadan wang kertas berwarna hijau yang tertulis RM1000. Ramai wanita akan mendekatinya kerana kekayaan yang dimilikinya. Tetapi dia tidak kisah kerana duitnya begitu banyak terkira. Berbentuk bintang dan berbadan emas yang berkilat jua kawan cantik. Dia bernama pangkat. Ramai orang akan menundukan kepala mereka apabila bertemu pangkat.



           





                Pulau yang mereka diami dipenuhi dengan nikmat Allah yang banyak tak terkata. Pemandangan yang cantik serta cuaca yang beriklim khatulistiwa. Di sekeliling rumah mereka dihiasi pokok bunga yang berwarna-warni. Hidup mereka seperti adik-beradik yang tidak boleh dipisahkan. Walaupun mereka bergaduh namun tidak lama selepas itu mereka akan berbaik semula. Suatu hari datanglah seekor burung yang mengabarkan bahawa akan datang satu banjir besar yang tidak pernah berlaku pada zaman ini. Maka ketika-tiga makhluk ini berusaha mencari kapal, sampan dan bot untuk dinaiki semasa banjir itu melanda. Pangkat hanya mengambil bot milik orang bawahanya. Oleh kerana cantik begitu cantik dan mempunyai ramai peminat maka dia telah dihadiahi sebuah sampan. Manakala kaya telah membeli sebuah kapal yang besar. Cinta tidak bersedia apa-apa kerana dalam kotak pemikiranya dia akan menumpang mana-mana kapal milik kawan untuk menyelamatkan diri. Jadi cinta pun terus selesa dibuai mimpi indah menikmati kehidupan sebagai seorang makhluk.


           











                       Maka tibalah hari seperti yang telah diberitakan. Hujan turun dengan lebat tidak berhenti-henti selama 5 hari. Angin bertiup kencang menebangkan pohon-pohon yang ada di sekitar pulau itu. Kilat sambar menyambar di sertakan ombak yang sentiasa menghempas daratan. Cinta yang dalam ketakutan lari ke pinggir pulau menunggu kawan-kawanya datang menyelamat yang sedang keseorangan. Air semakin menegelamkan cinta. Tidak lama selepas itu datanglah cantik menaiki sampan. Cantik ketika itu kelihatan sungguh berlainan. Bajunya koyak rabak, rambutnya kusut-masai dan mukanya dipenuhi dengan calar jemalar. Cantik seperti pengemis jalanan.” Cantik izinkan aku untuk menumpang sampanmu.” Hati melambai-lambai tangannya ke arah cantik yang sdang menangis. Setelah melihat hati, cantik terus menutup mukanya dengan sehelai sapu tangan. Dia malu. “tidak boleh keran a sekarang aku sudah cantik seperti dulu, mesti engkau sudah tidak mahu berkawan dengan aku.” Balas cantik.” Tidak aku masih setia menjadi kawanmu, percayalah cantik. Kitakan kawan.” Namun cantik tetap tidak mengedahkan kata-kata hati dan terus pergi meninggalkan pulau itu yang sedang dinaiki air banjir.


              
        



            Air semakin naik ke lutut cinta. Dia berharap makhluk lain akan menyelamatkan dia yang ingin terus hidup. Tiba-tiba lihat sebuah cahaya yang terang-menerang menghampirinya. Kelihatan susuk tubuh pangkaat sedang mengawal botnya menuju ke tempat yang selamat.” Pangkat, tolong selamatkan aku. Air di sini semakin bertambah kalau engkau tak selamatkan aku siapa lagi. Aku berharap sangat.” Cinta merayu. Kelihatan benih-benih suci terbit di celahan anak matanya yang kecil.” Tidak boleh kerena engkau hanyalah orang kebanyakkan sedangkan aku makhluk yang terkenal. Walaupun kita sudah lama bekawan tetapi aku tetap mahu menjaga gelaran aku agar tidak dipandang rendah oleh orang lain. Nama dan darjat lebih aku jaga daripada engkau yang hanya kawan biasa bagi aku.” Pangkat memaling kepalanya dengan penuh kesombongan. Pangkat menjadi semakin kecil. Kecil dan semakin kecil. Akhirnya hilang dari pandangan cinta. Hati cinta bagai di tusuk pedang yang diasah tajam. Hancur luluh hati cinta sebaik sahaja dia mendengar lantunan bicara pangkat.







                Dalam kebisingan derasan air hujan seperti tidak mahu berhenti dari mengalir itu, cinta terdengar bunyi kapal. Bunyi itu sangat kuat sehinggakan menyakitkan sepasang anak telinga cinta. Maka timbullah segunung harapan cinta apabila melihat kaya yang menjadi nahkoda kapal gergasi itu.” Oh.. kaya berilah aku naik kapalmu yang besar itu kerana cantik dan pangkat telah pergi meninggalkan aku. Engkaulah satu-satunya kawan aku yang masih tinggal.”cinta merayu. “Tidak boleh cinta, kerana kapal ini sudah aku penuhi dengan harta kekayaan aku. Tiada ruang untuk mu.” Perasaan hampa menyelimuti hati cinta. Segunung harapan itu seperti hilang disambar petir dalam sekelip mata sahaja. Membakar hati cinta yang sangat kecewa dengan semua sikap kawannya.



    

              

              Air menghinggap ke hidung cinta. Matanya mula samar-samar dan hampir tertutup.”oh.. tuhan ku, adakah ini pengakhiran hidup ku.” Bisik hati cinta yang lemah tak bertenaga. Tidak sampai satu minit terasa di tangan cinta ditarik oleh satu makhluk. Seorang pak cik tua yang mukanya ditutupi dengan sapu tangan manakala kepalanya dilitupi topi yang besar. Cinta hanya dapat melihat susuk tubuh pak cik itu yang kurus lagi kering. Mata cinta terus terlelap di atas sampan. Apabila cinta sedar dari pengsan dia hanya dapat melihat sampan pak cik tua itu yang berada di hujung laut. “ siapakah orang tua itu?? Tanya cinya kepada makhluk lain yang sedang mengelilinginya. “Dialah insan bernama kesedihan.” Hidupnya hanya keseorangan tidak berteman. Hanya kesedihan yamg kerap bertaut pada hati. Tetapi dialah makhluk yang sangat menjaga ukhwah  dan tidak mementingkan diri. Sabda nabi



     “SEBAIK-BAIK UKHWAH IALAH MELEBIHKAN KEPENTINGAN SAHABAT MELEBIHKAN DIRI SENDIRI DAN SELEMAH-LEMAH UKHWAH IALAH BERBAIK SANGKA”





              Hatinya sangat cekal menempuhi setiap dugaan yang turun daripada Allah. Dialah makhluk yang paling baik di alam fantasi ini tetapi ramai makhluk yang membencinya kerana sifatnya yang selalu sengsara dan sedih.




              Fitrah manusia memang  suka bercinta. Tambahan para remaja yang sedang membesar. Ketahuilan rakan-rakan, cinta yang kalian hamparkan dan berpaksikan 3 ta hanya akan mengecewakan hati kalian. Sesungguhnya waniTA, tahTA, dan harTA hanyalah sementara tetapi cinta kepada Allah ialah untuk selama-lamanya. Jika kalian tetap mahu bercinta dengan cinta yang palsu nantikanlah kesedihan yang menjadi sahabat kalian. UHIBBUKUMKAFILLH.

sepasanghati19.blogspot.com






No comments:

Post a Comment