5 bonus
Khas Ramadhan
Abu hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud “umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat yang terdahulu ketika Ramadhan iaitu;· Bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi daripada kesturi di sisi Allah.
· Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.
· Allah memperindahkan syurga-Nya setiap hari dan berfirman; “Hampir-hampir hamba-hambaku yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu. (Mereka sanggup bersusah payah didunia demi kebahagian di dunia dan akhirat)
· Syaitan-syaitan dibelenggu dan tidak dibiarkan lepas pada bulan Ramadan
· Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam “(orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan merekan setelah selesai melaksanakannya)”
Mengenai bonus kelima ini , ada sahabat yang bertanya kepada Baginda s.a.w “ ya Rasullulah, adakah itu berlaku pada malam lailatulqadar?” Baginda menjawab; Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalnya,” (Riwayat ahmad)

No comments:
Post a Comment