Sebuah Kitab Koperasi
“Dua belas ringgit tiga puluh sen.Bakinya seringgit tiga puluh sen.Terima kasih,datang lagi.Lembut antonasi yang dilantunkan Jamal kepada pelanggan yang mengunjungi koperasi SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH.Jamil merupakan pengerusi kelab koperasi dan seorang yang “Happy Go Lucky”.Sikap Jamil sangat disenangi oleh guru mahupun rakan sekelasnya.Walaupun sibuk menguruskan koperasi tetapi ia bukanlah faktor penghalang Jamil mendapat semua A dalam setiap ujian yang diadakan oleh pihak sekolah mahupun SBP.Selain aktif dalam kelab koperasi,Jamil juga seorang Guru Muda yang ditugaskan mengajar pelajar tingkatan tiga yang bakal mengambil Penilaian Menengah Rendah(PMR).Dia terkenal dengan kata-kata nasihat yang dapat menaikan semangat dalam kalangan rakan-rakan yang sering gagal dalm hidup.Katanya seperti air setitis yang dapat memadamkan api yang marak,bak baja yang menyuburkan tanaman yang hampir layu, dan seperti pelampung yang menyelamatkan orang yang sedang hanyut dibuai mimpi yang indah.Tidak heranlah kalau ada senior di asrama memberi dia gelaran “Taiko” kerana keberkesanan dia syaiko orang.
Tercium suatu bau yang sangat wangi,Jamil seperti sudah dapat mengagak siapa yang bakal muncul disebalik pintu koperasi yang sedang terbuka luas.Bau itu semakin dekat dan hampi muncul di hadapan koperasir.”ASSALAMUAALAIKUM.”Suara itu menyelinap masuk dan mengisi setiap ruang kosong yang terdapat di dalam koperasi.”waalaikummusalamwarahmatullah.’Tekaan Jamal tepat.Fatah menghulurkan tangan kepada Jamil yang sedang berdiri sambil memegang penyapu.Lantas sepantas kilat Jamal berjabat tangan dengan Fatah dan melepaskan penyapu di tangannya.Tiba-tiba Fatah berubah memek muka.Timbul persoalan di fikiran Jamil.”Mengapa?”Ringkas soalan yang ditanyanya.”Mal,kenapa enta menyapu sampah?Bukan ini tugas yang pengawas wanita yang bertugas pada hari ini? Serius Fatah bertanya.Jamal yang sedang menundukan kepala untuk menyapu di bawah meja terus berdiri.Kedua-duanya senyap seketika dan saling berpadangan.Hanya dapat mendengar bunyi kipas.”Fatah,walaupun ana pengerusi kelas koperasi tak bermakna ana tidak perlu menyapu sampah yang jelas-jelas terpampang di depan mata ana.Lagipun,kebersihan itu sebahagian dari iman.Betul tak al fadhil ustaz Fatah bin marzuki.”Jamil menunjukkan ibu jarinya kepada Fatah.”Aku setuju dengan kata Jamil tu.” Mior sedang bersandar sambil memengang komik ’Naruto’.Ha....pandai pun cik Mior.Anda dapat 10 markah.”Jamal bersuara manja”Fatah dan Mior terus meletakan tangan di dada dan membuat aksi seperti hendak muntah.”uar....” Ketiga-tiga mereka terus tergelak.Jelas terpancar sinar ukhwah yang kuat di antara mereka.
“Wei, apa bising-bising dalam koperasi ne, ingat ini pasar malam ke.Satu suara yang tajam tersumpit di ketiga-tiga pasang anak telinga Mior,Fatah dan Jamil.’Dah datang dah minah pengkid SERATAS.”Mior memerli zainab yang tiba-tiba muncul di koperasi tidak memberi salam.”Cakap sekali lagi”Zainab terus berubah wajah.”Minah pengkid se..ra..tas.Faham” Mior menggelengkan kepala ke arah Zainab.’Tak sedar diri.Engkau tu longjong,longjong.. longjong.”Zainab menjelir lidah kearah Mior.Jamal dan Mior hanya dapat melihat gerak-geri mereka.Meraka umpama kucing dan anjing kalau bertemu pasti akan bergaduh.Dua-duanya ada ego mereka yang tersendiri.”Zainab kalau free sekarang baik kau tolong masukan botol air tu ke dalam peti ais.” Jamal menunjukan jari telunjuk ke arah satu ruang kotak yang berada di sebelah peti ais.”Malaslah kalau ada galah yang mengacau dalam koperasi ini.” Zainab menjelir Mior lantas pergi meninggalkan mereka.Tubuhnya semakin kecil.Dan Kecil Akhirnya hilang dari pandangan Jamil.”Mior kau ada hati dengan Zainab ke?Jamil bersuara kecil.Mior senyap seribu bahasa dan meninggalkan koperasi.
*******************************************************************************************************************
Jamil sering berkawan dengan pelita tak kala pulang ke rumahnya.Keadaan rumah yang uzur tinggalan arwah datuknyalah tempat mereka sekeluarga berteduh dari terik panas.Rumah itulah tempat Jamil dan adik-adiknya mendengar laungan azan dan iqamat yang pertama sebaik saja lahir dimuka bumi ini.Kemiskinan bukan faktor penghalang baginya tetapi pendorong Jami luntuk terus belajar untuk memperolehi kejayaan yang diidamkan oleh semua makhluk yang bernama manusia.Jamil masih ingat saat dan ketika dia menunjukan keputusan semua A dalam (PMR) kepada emak.Emaknya langsung bersujud syukur kerana dikurniakan anak yang bijak.Kelihatan benih-benih suci berderai di pipi emaknya tetapi adiknya hanya melihat gerak-geri merek kerana pada masa itu mereka tidak mengerti apa yang berlaku.”Jamil,alhamdulilah kerana ada hamba ALLAH yang baik memasukkan duit dalam akaun emak.Berkat duit itu Jamil boleh menyambungkan pelajarannya ke SERATAS selepas UPSR.Jamil hanya diam.Dia tidak pernah bertanya siapa yang memberi wang kepada emaknya?Dimana ayah mereka berada sekarang?Dia tidak mahu membuka kitab hidup ibunya yang telah lama ditutup.Persoalannya mengapa ayahnya tidak pernah menjenguk mereka. Kalau ayahnya sudah pergi meninggalankan dunia yang fana ini,dimana tanah perkuburannya?
*********************************************************************************************************************
“Mari dekat-dekat.Gerai kami ada menjual burger dar,sosej,ayam goreng.Kalau haus kami juga ada menjual air.Mari dekat jangan malu-malu.”Para ahli koperasi sedang berusaha mempromosikan gerai makanan ringan mereka.”Jamil tolong ambilkan cikgu bekas duit syiling dalam koperasi sebelah mesin fotokopi.”cikgu Johari mengarahkan Jamil yang sedang leka melihat rakannya bermain bola sepak.Pantas Jamil berdiri dan terus menuju ke koperasi tanpa memberi sebarang alasan mahupun merungut.Tiba-tiba, sejenis benda bulat terbang dari arah belakang Jamil. “pung.”Jamil tersungkur di atas dataran kejat.Tangannya terluka akibat tergesel dengan seketul batu. Duit syilingnya berterabur tak kenal tempat, ada yang masuk dalam longkang dan ada yang mendarat berdekatan kaki Jamil.”Sori-sori.”satu suara menerpa Jamil yang dalam kesakitan.Dua budak perempuan datang untuk membantu kerana merekalah yang menjadi punca bola itu terkena kepala Jamil.Jamil berdiri tetap walaupun dalam kesakitan kerana ingin berlagak macho,lalu dia mengutip kembali duit-duit yang bertaburan.Semasa Jamilah hendak memasukan syiling ke dalam bekas yang dipegang Jamil,mereka secara tidak sengaja tersentuh satu sama lain.Masa umpama berhenti seketika.Mereka saling berpandangan,mengoyakkan senyuman.”erm....erm....”Nabila pura-pura batuk.Mereka bertukar pandangan ke arah lain.Seperti ada tarikan antara mereka berdua atau dipanggil “chemistry”.Muka Jamilah ketika itu berubah warna kemerah-merahan kerana malu.Lantas Jamilah menarik tangan Nabila dan membuka langkah seribu meninggalkan Jamil yang seperti sedang mengelamun.”Wei bang....”buat pe tu?Suara itu seperti seketul batu yang keras memecahkan cermin lamunan indah Jamil.”tak ada ape.Jomlah pergi gerai.” Di dasar hati Jamil muncul satu perasaan yang agak asing baginya.Perasaan ini muncul secara tiba-tiba.Perasaan ini dapat mengubati kesakitan luka yang dialami Jamil.Inikah cinta???
***********************************************************************************************************************
Jamil sedang memerah otaknya untuk merancang aktiviti yang boleh dilakukan Jamil ketika sambutan Hari Koperasi Semalaysia peringkat kebangsaan.Seratas telah diberi penghargaan untuk menjadi tuan rumah buat julung-julung kalinya dianjurkan di perak.Satu penghormatan buat pengetua cemerlang Seratas Pn,Rahimah binti Sura yang akan bersara tahun ini.Mior diberi tugasan untuk membalut hadiah.”Mior tolong ambilkan buku nota dan pen dalam stor.”Ringkas arahan yang dikeluarkan Adilah.Sesampainya Mior kearah simpang menuju stor.Kakinya kaku.Matanya seperti tidak percaya dengan apa yang sedang dilihatnya.Hatinya turut tersentak.Jamil sedang mengeluarkan makanan dan sedikit pakaian dari koperasi.Gerak geri Jamil sangat mencurigakan. Mior tetap berbaik sangka kerana
“SELEMAH-LEMAH UKHWAH IALAH BERBAIK SANGKA DENGAN SAHABAT DAN SEKUAT-KUAT UKHWAH IALAH MELEBIHKAN SAHABAT DARIPADA KEPERLUAN KITA SENDIRI.”
Agak-agaknya siapa yang mencuri duit hasil jualan hari koperasi hari itu ye?”Mior mendengar perbualan Adilah.RM 3,000 duit jualan koperasi tiba-tiba lesap sebaik sahaja mereka mengemas gerai untuk pulang ke rumah. Mior yang buntu itu terus meninggalkan mereka berdua tanpa berkata apa-apa.“Abang Jamil baik betul.tak sangka dia mahu belanja kita makan nasi ayam.Semua ahli kelas 2 iman lagi.Moga Allah murahkan rezeki dia dan hidup dalam keredhaan Allah.”Adik tingkatan 2 sedang bersembang sambil menyuapkan nasi ke dalam mulut masing-masing.Pelik? Dari mana Jamil dapat duit?Adakah dia yang menjadi punca duit gerai koperasi hilang.
***************************************************************************************************************************
Jamal berkata dengan nada suara yang lembut agar dapat membaiki hati Nabila yang hancur luluh kerana ditinggalkan kekasih yang dicintai.”Tiada Cinta seagung cinta kita kepada Allah dan Rasul.Cuba fikir?Walaupun kita sering menzalimi diri kita tetapi Allah tidak pernah pergi meninggalkan kita keseorangan.Takala kita sering melakukan dosa tetapi Allah tetap setia menutup setiap aib makhluk ciptaannya.Sebenarnya kita yang ingin hidup kita bersendirian.” Ketika Jamal sedang rancak melantunkan nasihat kepada Nabilah, dalam diam Nabilah menatap wajah Jamal dengan penuh perasaan. “Hensem. Kalaulah dia dapat jadi suami aku. Insyaallah aku akan hidup bahagia bersamanya.” Bisik hati Nabilah.Mustahil aku akan kahwin dengan dia.Lagipun dia abang aku. Kini hati Nabilah tenang. Jadi kesimpulannya carilah keredhaan Ilahi.Dunia tidak selalu indah tetapi di dalamnyalah terletaknya keindahan dunia.Memperbanyakkanlah mengingati Allah.Sabda nabi dalam surah Ar-rad 13:28
Orang-orang yang beriman itu hatinya tenteram apabila mengingati Allah.Ingatlah dengan mengingti Allah hati menjadi tenteram.
Jamil tersenyum.”Asalamua’laikum.”Jamilah melangkah masuk ke dalam koperasi.Dari raut perubahan muka Jamil trserlah dia ada menyimpan perasan kepada Jamilah.Muka jamilah yang putih ala-ala cina dan memakai tudung labuh adalah salah satu ciri yang dicari Jamil untuk diambil sebagai isteri.”Nah saya belanja awak 100plus.”Jamil tetap buat muka selamba.
“Barang siapa yang jatuh cinta, lalu menyembunyikan serta menahan diri dengan penuh kesabaran nescaya Allah akan memberi ampun kepadanya dan memasukannya kedalam syurga.”
Inilah antara hadis nabi yang telah dihafal Jamil bagi mengelakkan dia terjatuh dalam lembah cinta manusia yang palsu lagi sia-sia”Jamilah saya tak sengaja hari tu.”Jamilah hanya mengaguk dan terus meninggalkan koperasi.Dia seperti memahami apa yang ingin disampai Jamil.Ketidaksengajaan tempoh hari.
*********************************************************************************************************************
“Awak jadi gunting dalam lipatan.Tak sangka anak seorang ustaz sanggup mencuri.Cikgu Johari meniggikan suara.””Hantar ke balai polis cikgu.”Satu cadangan dari seorang pelajar.Jamil yang ingin menuju ke kelas terus membatalkan niatnya kerana ingin mengetahui siapakah yang mencuri di koperasi selama ini.Jantung Jamil seakan-akan terhenti seketika apabila melihat yang kena tangkap ialah Fatah.”oh...engkah yang mencuri selama ini.Kenapa kau mencuri, bukan ke kau anak orang kaya.”Mior bertanya dengan nada suara yang penuh mengeluh.”Aku buat ne sebab nak nak berseronok.”air mata penyesalan terbit di celah-celah anak mata Fatah.Kesian,mungkin Fatah dikelilingi duit yang banyak tetapi dia tetap miskin dengan dengan nilai kasih sayang.Selepas berbincang dengan pengetua. Cikgu Johari memberi peluang ke-2 kepada Fatah untuk berubah.Mereka pun bersurai.
“Jamil aku ingatkan engkau yang mencuri di koperasi.Kenapa hari tu aku tengok kau ambil barang koperasi dalam keadaan yang mencurigakan dan tergesa-gesa.”Mior ingin mengetahui apa yang berlaku.”o.. hari tu pak cik ana datang mengejut dan ajak keluar dan masa tu ana sedang balut hadiah saguhati.Mana kau dapat duit belanja budak tingkatan 2iman.” “Duit koperasi sebab depa ditugaskan untuk membalut hadiah.Barang yang ana ambil tulah hadiah yang perlu dibalut.”Jamil bernada semangat
************************************************************************************************************************
Jamil berjabat tangan dengan Cik Kasim menandakan tanda setuju.Cik Kasim telah membeli lima buah kereta mewah milik syarikat Jamil yang murah dan berkualiti tinggi.Sebaik saja mendapat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),dia bertekad untuk membuka syarikat memjual kereta mewah.selepas 3tahun bekerja di Singapura akhirnya Jamil pulang ke Malaysia membawa modal untuk perniagaannya langsung membawa Jamilah yang berstatus isteri kepada Jamil. Kelainan syarikat yang dibuka Jamil ialah semua pekerjanya terdiri daripada anak yatim yang berumur 18 tahun keatas,ibu tunggal yang dalam kesusahan dan penagih dadah yang benar-benar sudah insaf dan ingin mengubah diri mereka ke arah kebaikan.Di samping itu,tujuan utama Jamil inginberniaga ialah untuk menyahut seruan Nabi Muhammad s.a.w bahawa:
Alhamdulillah berkat usaha dia mengharungi segala rintangan dalam bidang perniagaan telah menyebabkan dia tersenarai antara 10 orang yang paling kaya di asia tenggara . Jamilalah orang yang banyak memberi nasihat dan menaikkan semangat Jamal ketika perniagaannya hampir bankrap kerana ditipu kawannya sendiri . Hasil percintaan antara jamil dan jamilah atas tali Allah berdasarkan ketakwaan dapat menarik mereka untuk sama-sama beradu di atas mahligai indah .Mereka dikurniakan 7 orang cahaya hati. Zainab berubah dari seorang penkid kepada seorang uztazah . Mior sebenarnya telah meminati Zainab sejak dibangku sekolah lagi cuma dia jual mahal .Perjumpaan kembali kawan-kawan lamalah yang berjaya meluahkan rasa hati mereka yang dipendam selama mereka menjadi pelajar. Akhirnya mereka kejunjung pelamin jua Nabilah sebenarnya adalah adik tiri Jamil . Selepas Nabilah memberitahu kepada ayahnya tentang kesusahan kesusahan yang ditanggungngi oleh Jamil dan emaknya .Akhirnya Encik Mahmud mengaku bahawa dia ialah ayah kepada Jamil sekeluarga.Rupa-rupanya Jamil adalah anak kepada isterinya yang pertama yang telah lama ditinggalkan ayahnya . Jamil membawa bapanya bertemu dengan Puan Saffa . Bapanya membawa Puan Saffa sekeluarga ke rumahnya yang terletak di Bukit Merah untuk memulakan satu hidup baru dan membuka sebuah lembaran sebuah kehidupan . Mereka hidup bahagia disana . Fatah melanjutkan pelajarannya ke Mesir dan mendalami ilmu feqah . Selepas dia ditangkap mencuri , ibu bapanya mula memberi perhatian kepada Fatah dan meluangkan lebihan masa kepada Fatah yang sentiasa keseorangan. Jamil berjaya menjadi usahawan yang beriman berkat ilmu yang dipelajarinya sepanjang menjadi pengawas koperasi . Di koperasilah tempat dia menceduk sebanyak-banyaknya air pengalam supaya dia berubah menjadi seorang pelajar yang matang dalam mengenal kehidupan mahupun dalam bidang perniagaan .


No comments:
Post a Comment