Manusia memang dicipta untuk menerima ujian dari Allah. Allah hendak melihat sejauh mana kita beriman dan bertakwa kepadanya ketika diuji. Adakah kita akan bertambah dekat denganNya atau semakin jauh dari sinaran hidayahNya.
Ramai manusia yang mengeluh apabila menerima ujian Allah. Apabila diuji mereka berasa bahawa Allah seperti tidak sayang kepadanya, seperti Allah mahu melihat dirinya susah, umpama Allah mahu menzalimi dirinya. Sebenarnya ujian Allah ialah cara Allah untuk menyeru hambanya untuk bertaubat. Allah tidak sanggup melihat diri kita yang sedang menuju jalan ke api neraka. Jadi ia panggil kita dengan ujian agar kita beriman semula. Sebenarnya orang yang beriman melihat ujian sebagai hadiah yang teristimewa buat dirinya yang diselimuti dosa. Dari nabi s.a.w
“wahai rasullulah, sesungguhnya aku mencintaimu! Rasulullah s.a.w berkata; cubalah kamu minta jadi miskin lagi ia berkata; sungguh aku mencintai Allah! Beliau menjawab; cubalah minta agar diberi ujian kembali”
(hadis riwayat imam ar-Tarmizi dari Abdullah bin mughfal)
Adakah masih mengatakan Allah zalim. Sebenarnya diri kita yang menzalimi kita sendiri. Apabila senang langsung tidak berdetik di hati ini rasa mensyukuri nikmatnya dan sebaik sahaja susah mulalah kita mengeluh kesah kepadanya.
Ingatlah wahai manusia Allah tidak akan membebankan cubaan yang tidak dapat kita angkat. Cubaan itu hanya sedikit berbanding umat-umat yang terdahulu dari kita. Jadi hargailah ujian Allah kerana ia merupakan anak- anak tangga kita menuju kepada keredhaanNya yang diidam-idamkan oleh makhluk yang bernama hamba.



No comments:
Post a Comment