Friday, August 19, 2011

Harga sekilo ramadhan

                             
Tip.. top.. tip.. top... masa terus berlalu. Alhamdulilah  sekarang kita sudah berpuasa selama 2minggu. Rasa macam baru semalam mula bulan  ramadhan kan... Betul cakap perpatah arab masa itu umpama pedang kalau kita tidak menjaganya pasti ia akan mencederakan kita.

Kita ialah antara “The chosen one” yang dipilih untuk meneguk nikmat Ramadhan,bulan yang penuh barakah ini. Ada orang yang meminta dengan penuh harapan agar Allah memberikan dia kesempatan untuk menambahkan amalan semasa bulan Ramadhan ne, tetapi Allah tidak perkenankan. Allah mematikan dia. Allah tarik nikmat kesihatannya. Lihatlah, Allah sangat sayang kepada kita yang sedang hidup di bulan Ramadhan ini. Dia bagi kita masa dan peluang untuk bertaubat kepadaNYA, kembali mencari pancaran cahayaNYA yang tidak pernah malap. Jadi kita mestilah membalas kasih sayang Allah ini dengan meningkatkan amalan kebaikan bukannya terus melakukan maksiat atau mengagap bulan ini seperti bulan biasa. Yang berfikir perbezaan bulan ini dengan bulan lain ialah tidak boleh makan ketika siang hari. Ana, anda dan kita semua sedang bergelumang dengan dosa. Jadi marilah kita sama-sama membersihkan diri ini daripada dosa. Sadba nabi S.A.W

“Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan serta keikhlasan maka diampunkan dosa-dosanya yang lalu”

                                                                        (Riwayat ibnu majah dan sinai)


                Ambillah peluang ini untuk kita ‘merenovate’ hati ini supaya dekat dengan Allah sehinggakan kita takut untuk melanggar perintah dan terus meningkatkan ibadah kita walaupun Ramadhan pergi meninggalkan kita. Ingatlah bulan Ramadhan ini sangat istimewa bagi orang yang ingin bertaubat kerana didasarnya tersimpan satu benda. Sangat berharga. Pengandaan amalan kita yang tidak dikurniakan selain dari umat nabi Muhammad. Moga Ramadhan ini merupakan titik tolak kita menjadi hamba yang sebenar-benar hamba kepada Allah yang Maha Penyayang. Hargailah bulan Ramadhan ini. UHIBBUKUMKAFILLAH.


No comments:

Post a Comment