BUKAN TINGGI HIDUNG TAPI PELINDUNG
Wanita memang telah dilahirkan dengan bermacam-macam kelemahan berbanding jejaka.Hatinya mudah berubah apabila diberikan sesuatu yang diingini.Tetapi disebalik lautan kelemahan ini Allah mengurniakan mereka faktor penarik yang dapat memikat hati orang yang boleh dikahwininya. Tarikan wanita sangat kuat, Kerna wanitalah Qabil sangup membunuh adiknya yang Habil yang lemah.Fitnah wanitalah yang menyebabkan Nabi Yusuf masuk ke dalam penjara kerana dituduh ingin merogol Zulaika yang merupakan ibu angkatnya.Namun tidak dinafikan bahawa wanitalah yang sama-sama menaikan syariat Islam.Seperti Siti Khadijahlah yang banyak membantu dan memberi semangat kepada penghulu kita Nabi Muhammad yang hidupnya tidak kering dari hujan ujian yang menguji ketakwaan.Hawa jualah yang dapat mengembirakan hati Adam yang hidup keseorangan didalam syurga.Maka Allah mecipta wanita untuk menguji para lelaki dan untuk melengkapkan kelemahan yang ada pada suami.
“Penulis pernah berjumpa dengan seorang lelaki yang menjaga pergaulan antara dia dan wanita.Sampai satu tahap lelaki ini diberi gelaran ‘ponyo,sombong dan tinggi hidung ‘ kerana tidak suka bercakap dengan perempuan kecuali keadaan yang memaksa.Pada masa yang sama lelaki ini sebenarnya ramai ‘secret admire’ yang ingin memikatnya kerana dia antara orang yang paling kacak dikolejnya.Bila ditanya kenapa dia tidak banyak bergaul dengan wanita, dia mengatakan”Ana sebenarnya bukanlah tinggi hidung seperti yang digebar-gemburkan tetapi lelaki yang ingin menjadi pelindung kepada kaum hawa yang lemah.Ingin menjaga kesucian wanita yang tidak boleh dibeli oleh wang ringgit mahupun segunung emas yang besar lagi tinggi.”
Adakah lelaki itu pelindung?
Jika selalu bermesej dan bertanya khabar sehingga pasangannya jatuh cinta lantas menyerahkan dirinya kepada lelaki yang cuma mahu mengambil kesempatan pada kelemahan kaum hawa.
Adakah lelaki itu pelindung?
Jika dia menyebabkan wanita membelakangi ibubapa sehingga menitis air mata ibunya maka jadilah dia si tanggang.
Adakah lelaki itu pelindung?
Jika dia melalaikan wanita untuk menutut ilmu fardu ain mahupun fardu kifayah sehinggakan dia dibawak ke lautan madu yang diisi dengan kesenangan dan akhirnya wanita itu karam kerana tengelam di sebabkan lubang yang dia buat sendiri buat pada waktu lapang,
Ketahuilah lelaki yang soleh tidak akan cuba untuk mendekati wanita dengan lebih rapat walaupun dia mensucikan niatnya kerana kerana dia tahu bahawa syaitan sedang tunggu untuk menjatuhkan para lelaki yang bertakwa. Selain itu lelaki yang bertakwa juga ialah orang yang malu untuk memandang anak mata dan tubuh badan walaupun mempunyai kesempatan kerana dia tahu bahawa wanita itu bukan miliknya dan dia sangat takut akan kemurkaan Allah. Wahai sekalian wanita, lelaki yang suka melindungi kesucian wanita ialah orang yang suka menyembunyikan perasaan dia kepada wanita untuk mengelakkan perzinaan.Dalam satu hadis nabi Muhammad bersabda
“Barang siapa yang jatuh cinta, lalu menyembunyikan perasaannya dan menahan diri dengan penuh kesabaran nescaya Allah akan mmberi ampun kepadanya lalu memasukkan dia kedalam syurga”
Lelaki yang solen boleh membawa dan menuntun isteri serta anaknya ke jalan yang diredhai Allah s.w.t. Maka tinggi hidung bukan bermakna lelaki/ wanita itu sombong tetapi mungkin ingin melindungi wanita dengan tidak mengenalinya dengan rapat supaya kedua-duanya tidak saling mencintai.


No comments:
Post a Comment