Hikmah sehelai tudung
“Dan katakan kepada para wanita yang beriman,agar mereka menjaga pandangan dan memelihara kemaluan,dan janganlah menampakan perhiasan(aurat) kecuali yang biasa terlihat.Dan hendaklah mereka menudung kain kerundung ke dadanya dan janganlah menampakan perhiasan.AN-NUR 31
Setiap manusia yang bernama insan pasti ada aurat yang perlu mereka jaga untuk mengelakkan perzinaan. Antara aurat yang paling berat dikalangan manusia ialah perempuan. Mereka perlu menutup seluruh tubuh selain muka dan telapak tangan. Manakala lelaki cukup hanya menutup bahagian pusat hingga lutut.” Alah biasalah perempuan mestilah ikut fesyen semasa” itulah antara luahan hati para wanita yang suka mengikut trend semasa. Ketahuilah Islam tidak pernah melarang penganutnya berfesyen tetapi mesti ada had serta batasan yang perlu dipatuhi semasa berpakaian.
Sejak kebelakangan ini saya melihat ramai wanita yang memakai tudung tetapi tidak cukup syarat sebab kain tudungnya sangat jarang lagi nipis. Fungsi tudung sebenarnya ialah untuk melindungi diri daripada di pandang oleh dengan pandangan nafsu sehingga lelaki itu membuat sesuatu yang di luar jangkaan. Para wanita, tukarkanlah niat anda semasa memakai tudung. Jangan memakai tudung kerana ikut kawan atau malu sebab kawan-kawan lain pakai tudung. Niatlah memakai tudung itu untuk menegakkan syariat Islam dan menyahut seruan al-quran. Aurat wanita itu sangat privacy dan tidak dapat dapat boleh dilihat oleh orang lain melainkan suaminya. Aurat itu umpama sebutir permata yang sangat cantik,putih, dan ia dibalut dengan sehelai kain yang bersih serta di simpan di dalam peti besi. Tiada siapa yang boleh melihatnya melainkan orang kaya yang betul-betul mempunyai duit bagi permata yang masih belum di sentuh oleh orang lain. Lihatlah, begitu islam sangat mengambilberat tentang maruah wanita muslim.
Saya sebagai saudara Seislam anda tidak mahu para wanita ini masuk ke neraka.Selagi ada tenaga di dalam badan ana ini, akan ana berusaha mengubah anda ke arah kebaikan, ke arah jalan yang disuluh cahaya oleh ilahi. Tetapi jalan yang terang ini mestilah anda sendiri laluinya kerana saya tidak boleh mamapah kaum hawa apatah lagi mendukung anda yang ajnabi bagi saya. Berjalanlah dan teruslah perjalanan anda kerana saya masih tetap di belakang anda sehingga anda tidak memerlukan saya. Maka hamba ini akan menghilangkan diri dan tetap akan meneruskan dakwaahnya kepada orang lain. Pejamkanlah mata anda, dan fikirlah. Tidak takutkah anda kepada api neraka. Dalam sebuah hadis mengatakan
“JIKA API NERAKA ITU TERDEDAH DENGAN BUMI WALAUPUN SEBESAR HUJUBG JARUM, NESCAYA BUMI INI AKAN HAUS TERBAKAR”
Sangupkah anda mendiami neraka yang sangat panas ini.Firman Allah
“WAHAI ANAK CUCU ADAM!SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENYEDIKAN PAKAIAN UNTUK MENUTUP AURATMU DAN UNTUK PERHIASANMU. TETAPI PAKAIAN TAKWA, ITULAH YANG LEBIH BAIK. DEMIKIANLAH TANDA-TANDA KEBERSARAN Allah, mudah-mudahan mereka ingat.”
Mengikut kajian yang di buat oleh doktor yang Amerika, memakai tudung boleh mengelakan seorang wanita menerima penyakit rambut, kulit kepala dan kanser. Pada tahun 1998 seramai 2000 orang wanita di Amerika mati kerana penyakit kulit ini. Penyakit kulit ini dinamakan ‘syuomus cell carcinoma’ bagi setiap 75 wanita 1 positif penyakit ini. Lihatlah wahai pembaca sekalian, maka benarlah apa yang tertulis di alquran 14000 tahun dahulu.
“DEMIKIANLAH TANDA-TANDA KEKUASAAN ALLAH”
Orang yang menolak al quran pasti akan mendapat kemurkaan allah. Maka di sini saya menyeru supaya semua orang yang membaca artikel ini agar kita sama-sama menaikan ketakwaan kita kepaDa ALLAH .UHIBBUKUMKAFILLAH


No comments:
Post a Comment