Harga Setitis Nikmat ALLAH
Menghirup udara dan lepas.Sedut dan lepas.Kalau kita ditarik nikmat untuk bernafas dalam masa 5 minit, macam mane kita rasa? Kalau mata ini buta 1 hari bagaimana kesusahan yang akan ditangguh oleh kita.Mesti susahkan untuk kita menjalani kehidupan seharian. Betul ke tidak.Mesti ramai akan membetulkan kata-kata yang dilantunkan oleh saya.Tetapi,apabila nikmat ini sudah selalu kita nikmati maka rata-rata manusia akan lupa kepadaNYA,lalai dalam mengigatinya.
Seperti 2 buah gudang yang besar.1 gudang dibanjiri emas yang terlampau banyak sehingga menjadi sebuah bukit yang tinggi melangit.Andai kata kita berdiri di hadapanya pasti kita tidak dapat melihat penghujungnya.Fitrah manusia, pasti akan menggunakan harta itu sebaik yang mungkin dan kalau harta itu hilang sedikit, kita pasti tidak menyedarinya.Berlainan pula dengan gudang yang satu lagi.Hartanya cuma memenuhi satu per sepuluh dari keluasan gudangnya.Pasti hamba itu akan menjaga dan menghargai emas itu.Jikalau ada emas yang hilang,dengan bersemangat sia akan berusaha mencarinya kembali.NAH, begitulah manusia yang dikelilingi nikmat dunia yang terlampau banyak.Sampai ALLAH mengingati orang yang mendapat nikmat dalam al-quran
"Nikmat yang mana yang engkau dustakan"
Kita yang dilahirkan dengan cukup sifat dan sempurna ini sepatutnya lebih mengingati ALLAH S.W.T.Menggunakan segala nikmat ke arah kebaikan dan di redhaiNYA bukan ke arah lautan kegelapan.
Sesungguhnya, segala nikmat yang dikurniakan ini pasti akan ditanya pada hari perhitungan kelak.Adakah hati ini selalu digunakan untuk mengingati ALLAH atau bertindak kufur terhadapNYA.Bagai mana rasanya, kalau kita seorang hamba yang hina berdiri dihadapan sang khaliq tetapi membawa pahala amalan yang begitu sedikit.Tidak wujudkah setitis perasaan malu kita semasa menghadapNYA.Tujuan kita hidup di bumi yang fana ini tidak lain tidak bukan hanyalah beribadah kepadaNYA.Ingatlah bahawa ALLAH S.W.T pernah berfirman
"TIDAK AKU CIPTAKAN JIN DAN MANUSIA MELAINKAN UNTUK BERIBADAH
KEPADAKU"
Marilah kita sama-sama meningkatkan ketakwaan kita kepada ALLAH S.W.T. Supaya, apabila di akhirat kelak wajah kita memancarkan cahaya kegembiraan kerana berjaya membawa sejuta amalan-amalan yang dikerjakan ikhlas kerana ALLAH S.W.T.UHIBBUKUMKAFILLAH

No comments:
Post a Comment