ISLAM DAN IMAN
"ALLAHUAKHBARULLAHUAKHBAR" seruan azan menulusuri sepasang anak telinga.Langungan azan ini memenuhi setiap ruang kosong di sebuah bilik yang tenang.Menitis air mata kegembiraan muazin apabila melihat anak yang digendongnya.Maka lahirlah seorang khalifah yang bakal mentadbir dunia yang fana dan dipenuhi pelbagai ujian.Sebenarnya ujian ini yang bakal mendekatkan diri seorang hamba yang lemah kepada tuhan ynag menciptanNa.Setidak-tidaknya khalifah ini bakal memimpin dirinya sendiri.Alunan suara ini dapat mengubati kesakitan yang dirasai oleh seorang wanita yang bergelar ibu.Gembiralah anak kecil ini kerana ISLAM agama yang dianutinya.Tidak semua ALLAH S.W.T. pilih untuk menjadi pengamal ajaran agama LANGIT.Inilah antara detik waktu yang amat berharga bagi sepasans suami isteri.Waktu yang tidak akan pernah dilupai oleh setiap hamba yang bergelah Umi dan Abi.
Kebanyakan kita sungguh beruntung kerana beragama ISLAM yang merupakan agama yang diredhai oleh ALLAH S.W.T. Tidak seperti manusia yang beragama selain agama ISLAM.Mereka perlu berusaha mencari kebenaran dan menolak segala kebatilan yang menjadi teman sejak NON-MUSLIM ini dilahirkan.Mereka perlu berjalan menuju cahaya yang cukup terang yang dipancarkan oleh ILAHI agar bertemu dengan kejayaan yang dicari-cari oleh semua penduduk bumi.Kita yang beragama ISLAM ini sepatutnya mengngamalkan semaksimun yang mungkin perbuatan yang diwahyukan ALAH melalui nabi kita untuk menujukan contoh yang terbaik kepada golongan Kafir.Moga-moga setiap amalan kita dapat menarik minat mereka untuk menganuti agama ISLAM.Cahaya ISLAM ini perlulah kita gunakan untuk menyuluh kegelapan yang menyelubungi sekeliling kita agar kita mendapat syurga yang mengalir sungai di bawahnya.Sesungguhnya islamlah agama yang benar,syumul lagi benar.Agama yang tiada keraguan didalamnya.Firman allah dalam surah almaidah ayat2
"SESUNGGUHNYA PADA HARI INI, AKU TELAH SEMPURNAKAN AGAMA MU"
Sudah jelas agama islam itu telah sempurna.IMAN pula berfungsi sebagai kasut yang melindungi kita ketika menulusi duri-duri yang bertebaran di sekeliling tanah yang juga jalan untuk diri ini menuju gerbang kejayaan.Iman merupakan alat yang penting buat kita.Ia seperti udara yang membantu manusia untuk terus hidup, cahaya yang membantu tumbuhan untuk membesar dan ibubapa yang berfungsi menjaga seorabg bayi yang baru lahir.Anda lihat sendiri bertapa pentingnya iman.
Takwa berperanan sebagai kunci bagi pintu kita untuk menyelesaikan setiap masalah yang datang di setiap detik kehidupan.Jika tingi ketakwaan kita kepada ALLAH maka kita akan menggagap segala yang ada disekeliling kita ialah milik mutlak Sang Pencipta.Jika barang yang dipinjam ini ditarik oleh ilahi maka kita akan meredhainya.Maka inilah antara peranan hati yang menjadi sultan di badan manusia. Sabda nabi MUHAMMAD S.A.W
"KETAHUILAH OLEH KAMU,SESUNGGUHNYA DI DALAM BADAB ANAK ADAM ADA SEGUMPAL DARAH.JIKA BAIK DARAH INI MAKA BAIKLAH TUBUH BADANYA DAN JIKA KOTOP DARAH ITU MAKA JAHATLAH TUBUH BADANNYA.KKETAHUILAH BAHAWA DARAH ITU IALAH HATI"
Ketakwaan itu muncul dari yang yang suci serta ikhlas dalam beribadah kepada ALLAH S.W.T.Maka kita mestilah menjaga hati ini supaya tidak dicemari oleh titik-titik hitam yang bertitik ketika seorang hamba melakukan maksiat.Rugilah jika seorang manusia yang terus menerus melakukan dosa kepada ALLAH tanpa menyedari bahawa hatinya sedang keras dan hitam kerna banyak titik hitam yang bertompok pada sultan manusia ini tadi.Marilah kita sama-sama meningkatkat ketakwaan kita kepadaNYA.


No comments:
Post a Comment