Tak kala Ku membuat sesuatu,
Ku ingin seperti Mu,
Cara Mu yang lembut,
Mengikat hati,
Sifat Mu yang pemaaf,
Menyebabkan Ku menangis,
Menangis kerna,
Kagumnya Ku pada diriMU
Ku menadah tangan,
Meminta agar,
Ku dapat mencintai Mu,
Dapat sentiasa merindui MU,
Ku berusaha menghidupkan sunnahMu
Kerana apa?
Kerana Ku amat mencintai Mu.
Tanpa Mu
Ku berada dalam kejahilan,
Ku tidak dapat bercinta dengan Mu,
dan Sang Pencipta.
Apabila Ku membaca sirah Mu,
Ku sedar,
Bahawa Ku seorang hamba,
Yang hidup dengan,
Kesenangan,
Berbanding Mu yang hidup dengan,
Perasaan rindu akan akhirat.
MUHAMMAD namaMu,
Nama yang terpuji,
Keimanan yang penuh teruji.
Ya ALLAH,
Ku memohon padaMU,
Agar Ku dapat,
Mencontohi kekasihMu,
Muhammad s.a.w.
Agar, agar,
Ku dapat mendekatiMu,
Mendekati Muhammad,
Dan menjadi kekadihMu,
Yang Engkau redhai.

No comments:
Post a Comment