
Mengapa
surah yasiin??? Bagi penulis sebab kejadian berlaku pada 8/3/2014. Penulis mengambil tarikh 8/3. Surah yasiin ada 83 ayat
kesemuanya. Mengapa ambil ayat 41?? Sebab kejadian berlaku pada pukul 12: 41. Kalau
kita tukarkan kepada system 24 hours maka tercatatlah pukul 0041. Sama dengan
waktu kapal terbang MAS hilang. Selain dari dalil di atas, bagi penulis kemungkinan
besar MH370 tergelam kedalam laut amat tinggi. Jika ia mendarat cemas di
daratan maka semestinya sudah lama kita dapat menjumpai kapal tersebut. Sebab itu
ayat 43 menyatakan ‘kami tenggelamkan mereka’
Alhamdulilah,
segala puji bagi allah tuhan sekalian alam. Penulis masih lagi diberi nikmat
islam dan iman. Nikmat yang tiada tolok bandingnya. Nikmat yang paling bernilai
bagi kita yang beragama islam.
Sekali lagi... alhamdulilah.
Terasa seperti keyboard lap top ini
sudah berhabuk. Mungkin sudah lama tidak singgah ke ruang maya ini. Kalau lihat kembali posting penulis
yang last sekali ialah bulan January. Ini pun jari terasa semput sebab lama
tidak ‘berlari-lari’ di atas taman huruf dan abjad.
Sebagaimana
semua maklum, jika kita melihat media massa kini semuanya bercerita tentang
MH370 yang hilang. Dari satu hari ke satu hari pelbagai spekulasi timbul. Ada
yang mengatakan tentang ‘konspirasi’ untuk menjatuhkan atau mematikan politik
satu individu. Ada yang mengatakan untuk menutup hukuman yang dijatuhkan kepada
beliau.
Jika kita akhbar pula pelbagai
perkara yang bagi penulis sangat lawak. Ada tok bomoh datang ke KLIA untuk
memberitahu tempat sebenar kedudukan kapal terbang MAS. Sampai dia gunakan
buluh sebagai teropong. “sebenarnya MH370 tersangkut di antara tiga Negara.
Tersangkut atas awan.” Kata bomoh itu.
“apa
tidak tanya pada AYAH PIN yang dahulunya kata mempunyai kerajaan langit. Sampai
satu tahap bila ditanya di mana ayah pin pengikut dia kata telah pergi naik ke
langit. Mungkin kapal terbang itu ‘transit’ sekejap di langit kot..” aneka
spekulasi yang pelik dan tidak masuk akal keluar dari mulut manusia. Hebatnya
Malaysia...
Ada yang bawa tikar. Macam cerita
laksamana do re mi..
Seperti mana selalu, penulis ada
membuka tafsir al-quran. Mencari angka yang berkait dengan MAS370.
Mula-mula
penulis lihat nombor 370. Lihat muka surat tidak jumpa apa-apa. Lihat pada
surah pun masih samar. Jika hendak ‘related’ dengan juzuk tidak mungkin dapat
‘clue’ sebab dalam al-quran cuma ada 30 juzuk. Pencarian ini menjadi semakin
susah dan samar. “erm nampaknya ia sesusah seperti hendak mencari bangkai kapal
terbang. Semua cara digunakan masih tidak dapat juga pentunjuknya.”
Kemudian
penulis melihat kembali tarikh masa kejadian. MAS MH370 hilang pada 8/3/2014.
Pada waktu pagi. Pukul 12:41 pagi. Sidang pembaca yang dihormati. Jika kita
lihat kembali surah YASIIN. Surah ini mempunyai 83 ayat. Dan ayat yang ke 41
berbunyi bergini
41: Dan suatu
tanda (kebesaran allah) bagi mereka adalah bahawa kami angkut keturunan mereka
dalam kapal yang penuh muatan,
42: dan kami
ciptakan (juga) untuk mereka (angkutan lain) seperti apa yang mereka kenderai
43: dan jika
kami kehendaki, kami tenggelamkan mereka. maka tidak ada penolong bagi mereka,
dan tidak (pula) mereka diselamatkan,
44: melainkan
(kami selamatkanmereka) karena rahmat yang besar dari kami dan untuk member
kesenangan hidup sampai waktu yang tertentu.
Ayat diatas
penulis ambil daripada tafsir al-quran. Ini bukan penulis yang a’rub atau
tasrif dengan menggunakan aqal fikiran penulis.
Jika
kita lihat dari sudut bahasa arab sangat menakjubkan. Kita akan merasai
kemanisan iman apabila tahu ilmu nahu dan tafrif..
Dalam satu tafsir al-quran angkutan/kenderaan lain itu termasuklah kapal terbang dan
pelbagai lagi kenderaan lain.
Mengapa
surah yasiin??? Bagi penulis sebab kejadian berlaku pada 8/3/2014. Penulis mengambil tarikh 8/3. Surah yasiin ada 83 ayat
kesemuanya. Mengapa ambil ayat 41?? Sebab kejadian berlaku pada pukul 12: 41. Kalau
kita tukarkan kepada system 24 hours maka tercatatlah pukul 0041. Sama sengan
waktu kapal terbang MAS hilang. Selain dari dalil di atas, bagi penulis kemungkinan
besar MH370 tergelam kedalam laut amat tinggi. Jika ia mendarat cemas di
daratan maka semestinya sudah lama kita dapat menjumpai kapal tersebut.
Begitu hebatnya ayat al-quran. Betullah
kepercayaan kita ahli sunnah wal jamaah beri’tikaq bahawa al-quran uthmani ini
ialah mukjizat nabi Muhammad S.A.W yang tidak dapat kita sangkal walaupun satu
patah perkataan.
Semoga
dengan ilmu yang penulis kongsikan ini dapat menaikkan keimanan kita kepada
allah kerana kita ini umat akhir zaman. Terlampau banyak ujian yang allah
berikan kepada kita. Hanya orang yang benar-benar beriman sahaja yang Berjaya di
dunia mahupun di akhirat.




as'salam...
ReplyDeletemaaf... boleh saya tahu siapa yang mengesahkan bahawa surah yasin tersebut mengenai kapal terbang yang terhembas...??? bukan kah ia mengenai bahtera Nabi Noh...? maaf kalau saya silap... disini saya mohon utarakan siapa yang mengesahkan surah yasin itu berkaitan dengan flight ni... kalau tiada pengesahan... mohon artikel ini dipadam kan. (iz)