Ahli Majlis Fatwa Darul Mustofa, Yaman.
Habib Umar merupakan Mudir Darul Mustofa.
Alhamddulilah dapat bersalaman dengan beliau. Moga allah
dapat menurunkan keberkatan walaupun sebesar atom kepada penulis. Amiiin
Hidup di syurga ini tidak seperti di dunia. Hidup
di dunia penuh dengan masalah, kesusahan, ujian. Jika senang hidup di dunia pun
tidak selama-lamanya. Kesenangan itu hanya sementara. Kita semua akan menuju
kepada hari pembalasan. Hari yang penuh keadilan. Setiap kebaikan kita walau sebesar zarah
sekali pun akan di ambil kira.
Wahai
sahabatku sekalian,
Ketahuilah kehidupan di syurga kelak penuh dengan
nikmat. Nikmat ini pula tidak dapat kita bayangkan bagaimana. Terlampau besar
nikmatnya.
Kita mungkin tertanya-tanya mengapa kita tidak
dapat bayangankan?? Sedangkan banyak hadis yang menceritakan tentang nikmat di
syurga kelak..
Sebab
nikmat yang ada di dunia tidak dapat di samakan dengan di akhirat. Lagi pula
tiada kesenangan di syurga wujud di dunia. Jadi bagaimana kita dapat bayangkan.
Apa yang ada di dalam kotak pemikiran kita itu bukanlah nikmat syurga yang
sebenar. Ia hanyalah ilusi yang menipu. Bahkan nikmat syurga lagi besar lagi
berbanding ilusi kita.
Kehidupan di syurga kelak semakin hari semakin
baik. Setiap hari bertambah baik. Tidak tetap. Tidak seperti di dunia. Jika
kita tengok buah-buahan di syurga hari ini cantik dan sedap. Esoknya apabila
kita lihat buah tadi lagi cantik dan sedap berbanding semalam. Seterusnya
begitu. Bertambah hari bertambahlah kebaikannya.
Jika kita buat graph maka kita akan dapat the
conclusion.
KESENANGAN directly proportional to KEHIDUPAN.
Kesenangan jadi manipulated manakala
kehidupan menjadi responding.
Hukum
ini akan berterusan sampai bila-bila. Tiada penghujung. Inilah nikmat bagi
orang yang betul-betul beriman kepada allah dan rasul..


No comments:
Post a Comment