Friday, November 4, 2011

Nasihat sahabat se‘penyampaian’



Ketika dalam bas, kebetulan masa itu ana duduk kerusi paling belakang. Ketika bas hendak meluncur ke jalan raya, dua orang pemuda indonesia lantas menempatkan diri di dalam bas. Salah seorang daripada mereka melabuhkan punggung betul-betul di belakang kerusi yang sedang ana beradu.


`          



“assalammua’laikum” ana membuka bicara. Langsung pemuda tadi menjawab “waa’laikumusalamwarahmatullah.” lantas mengecopkan senyuman manis. “Abg asal indonesia ke? Kalau indonesia dekat mana?” ana saja nak memastikan asal-usul pemuda tadi. “sumatera.”  Ringkas jawapan lelaki tadi. Ana lihat perwatakan kedua-dua pemuda tadi sungguh tenang. Walaupun pakaian yang dikenakan ke atas diri mereka kelihatan asing, tetapi mereka langsung tidak mengedahkan pandangan orang di sekeliling.

           



“menyampaikan?” soalan yang ana lantunkan. Lelaki itu menganguk tanda benar. Ketika ini ana rasa iman ini semakin berkurangan. Mungkin berkata-kata dengan pemuda ini dapat mengecas kembali iman dan takwa dalam hati ana.  Jadi ana pun mendengar bicara pemuda yang bernama ‘Hanzalah’ ini.. “abg dah keluar berapa hari?” soalan pertama yang dipanahkan ke arah gua telinganya. “sudah 6 bulan. Abg duduk dekat ulu-perak. Menoreh getah sebab nak cari duit duduk di malaysia ini. kami duduk berdua saje.” Sambil menujukan jari kearah rakannya.





“abg duduk dekat pondok di indonesia tak lama Cuma 1o tahun. Ni abg pingin bangat hendak keluar 1 tahun.  Sekarang abg nak hendak beraya di rumah  teman.  Ustaz hafiz. Tinggal di sekolah tahfiz.” Ana dapatlah mengenal pemuda ini kerana di memperkenalkan diri secara terprinci.  Walaupun suasana di dalam bas agak bising.





“ carilah dunia seperti kamu akan hidup selamanya dan carilah akhiratmu seakan kamu akan mati keesokan harinya. Apa yang adik lakukan kalau esok kamu akan mati. Pasti adik akan beribadah sama Allah dengan bersungguh-sungguh. Dan kalau adik sudah diberi kesempatan untuk hidup di dunia selama-lamanya pasti adik akan berkerja keras untuk mencari wang kosnya di dunia, betul kan? Jadi pasti  adik.. itu ambil akhirat sebab esok adik akan mati. Pasti juga.. akan adik menanggis betul-betul supaya Allah mengampunkan dosa adik. Kerana adik rasa adik banyak dosa sama Allah. adik harap Allah bagi ampun pada adik.” Suana dalam bas sunyi. Ketika itu jugak bas sedang bertapak di hadapan lampu isyarat. Menunggu untuk berjalan kembali.




 kita bukannya menolak dunia tetapi hanya mengambil dunia seadanya.” Lancar kata-kata pemuda tadi. Seberti perwatakannya juga.

           

           

Kata-kata orang yang asing ini betul-betul seperti ‘hammer’ yang sedang mengetuk-ngetuk pintu hati ini. ana sangat tenang mendengar nashat orang ini. hati ini seperti seorang yang banyak melakukan dosa. Dosa yang menghitamkan hati. “Siapalah diri ini jika dibandingkan dengan kamu.” Sedikit hati ana berkata-kata.

           

“Berapa umur.. adik?” soalan pertama yang ditujukan kepada ana memecahkan cermin yang lamunan yang sedang bermain-main di kotak fikiran in. Ana Cuma cakap “16 tahun.”  “Adik masih muda, seperti umur adik saya. ” sambung bicaranya dengan di sulam senyuman. Wajah lelaki ini seperti bercahaya dan sangat berseri.

           

“ikan yang tinggal di laut yang luas jika kamu letakan di sungai pasti ia akan mati. Betul kan... Begitulah kita sebagai manusia dik. Kalau Allah sudah tetapkan kita manusia yang bahagia dengan agama. Jadi kalau kita mencari agama pasti hati kita tenang. Pasti kita akan succes.” Bicaranya dengan  agak yakin.

           

Jika dahulu rasul  lihat batu yang sedang mengalirkan air mata. Lantas rasul berdoa supaya dapat berbicara engan batu itu. rasullulah bertanya kepada batu “ hai batu, mengapa kau menangis.” Lantas saja batu itu bercakap “rasullulah aku takut, kerana Allah akan menjadikan aku bahan api neraka.” Rasullulah pun berdoa agar batu ini tidak masuk ke dalam neraka. Selepas itu batu itu pun tetap mengeluarkan air mata. Makanya rasullulah bertanya “ wahai batu mengapakah engkau masih menangis.” Aku sangat bersyukur, ya rasullulah kerana engkau mendoakan aku.”



 Kita lihat, walaupun batu itu bukanlah manusia, tetapi ia tetap menangis kerana takut kelak allah akan mencampakkanya ke dalam neraka. Mengapa kita sebagai khalifah di muka bumi ini tidak menanggis kerana mungkin kelak kita akan menjadi bahan bakar api neraka? Jika kita diberi nikmat, mengapa kita tidak menangis seperti batu ini?” soalan-soalan yang ditujukan kepada ana. Cerita yang sangat memberi pengajaran kepada ana. Batu yang menanggis.

           

Tiba tiba bas berhenti. Rupanya sudah tiba di destinasi. Kami bertukar-tukaar nombar telefon. Kemudian pemuda ini terus menaiki sebuah kereta yang di letakan berdekatan bas station. Kereta itu meluncur laju meninggalkan ana.




~Abdul Habib~

>Menuju CINTA ILAHI<

9.05 A.M.


No comments:

Post a Comment