Kita semua pernah mendirikan solat. Solat merupakan rukun
islam yang ke-2. “betul ke tidak?” Rijal bertanya kepada kepada rakan
sehalaqahnya. Ini ialah sesi tadabbur al-Quran. “tetapi pernahkah timbul
perasaan takut kita ketika solat.
Ada satu
hadis. Mafhumnya berbunyi bergini
“Ingatlah
jika Allah itu itu sentiasa dekat dengan kita ketika solat, jadi mengapakah
kita mahu menjauhkan diri dengan Allah
semasa menjanani kehidupan seharian. Yakinlah
dalam hati bahawa satu hari nanti, semua
amalan kita allah dihintung. Dihintung bukan antara allah dan malaikat tetapi
dihadapan semua manusia. Masa ini semua amalan kebaikan kita mahupun kejahatan
akan terbongkar. jika insan itu sering melanggar perintah allah maka dia akan mendapat balasan keburukan. Amalan
kebaikan manusia yang soleh pula akan mendapat balasan kebaikan.
Perhintungan
allah itu sangatlah teliti. Semua anak mata
memangandang tepat kearah Rijal. Anak mata ini seakan akan pistol yang
sedang diacukan kepada sang penjenayah. Mereka memandang insan yang sedang
tadabbur al-quran itu dengan penuh khusuk.
“Walaupun
sebesar zarah kebaikan kita kelak akan Allah pasti akan membalasnya, penegasan
ana di sini walaupun sebesar zarah akan Allah hintung.”
Rijal menggunakan kebijaksanaan dalam mensyiko rakan
sehalaqahnya. “ Kita belajar dalam ilmu sains bahawa setiap benda di dunia ini
terdapat berjuta bahkan berbilion zarah-zarah yang tersusun. Agaknyalah sebanyak manalah pahala kita jika
dibanding dosa yang kita lakukan setiap setik waktu yang berlalu. Beratkah zarah
pahala kita jika allah timbang sedetail itu.” Ayat-ayat yang dilontarkan oleh
Rijal seperti hammer yang sedang penetuk pintu para hadirin yang berada dalam
masjid Al-hidayah. Cukup memberi bekas kepada para jemaah yang sedang berada di
alam perbicaraannya
Dalam surah
sajdah yang kita selalu baca ketika subuh jumaat. Ayatnya berbunyi begini
Dan (alangkah
ngerinya), jika sekiranya kamu melihat orang-orang yang berdosa itu menundukan
kepalanya di hadapan allah.
Jelas tertulis dalam al-quran bahawa manusia yang berdosa
begitu ngeri ketika berdiri di hadapan Allah. Jadi, mengapakah ketika solat perasaan
ini tidak pernah timbul di dalam hati para jemaah sekalian.” Soalan yang
bertubi-tubi ini masuk ke dalam sepasang anak telinga mereka. Di bahagian atas
masjid, kadangkala terdengar suara tangisan jemaah wanita. Memang begitulah
keadannya. Setiap kali menyampaikan tadabbur pasti kebanyakkan hadirin yang tersentuh ialah
daripada kalangan wanita.
“Jadi saya
seru disini, anggaplah setiap kali kita solat, umpama kita berdiri di hadapan
sang pencipta, Moga kelak solat kita lebih berkualiti. Jika solat kita
berkualiti maka kita akan berusaha pulak menambah kuantitinya. Maka dengan izin
allah solat itu akan mencegah kita semua termasuklah ana daripada melakukan
kejahatan.” Rijal mengecopkan senyuman
di bibirnya. Moga Allah redha. Itulah yang timbul di hatinya.
>menuju CINTA ILAHI<
(di rumah sendiri)



No comments:
Post a Comment