Friday, July 18, 2014

Perang al-kubra.. al-mahadi hampir muncul..



Penulis dapat melihat bahawa dunia kita diambang fitnah akhirzaman.

Terbaru kapal terbang mas MH17 jatuh pula..
Kali ini membabitkan rusia-ukraine..
Sebelum ini berkait dengan china..

Kedua-dua negara ini merupakan antara kuasa besar dunia..

Penulis melihat kejadian ini seperti mahu memasukkan malaysia dalam peperangan al-kubra.. Perang akhir zaman..

Tidak lupa sekarang ini di sabah pun tidak stabil..

Berfikir lah wahai manusia yang mempunyai aqal..

Tatkala kita lalai dunia sedang merancang untuk peperangan dunia ke-3 yang tak dapat dielak..

Hanya sedikit pandangan penulis yang dhoif..

Friday, July 11, 2014

FIFA,JOKOWI DAN ISIL

Alhamdulilah..
Penulis baru saja mengitai paparan di dada akhbar..

Ye sibuk memang sibuk..
Seperti yang dijangka...

Jika kita perhatikan kembali apabila musim piala dunia israel pasti akan menyerang gaza..
Kenapa?? 

Sebab masa ini kebanyakkan manusia tumpu kepada bola sepak..

Jika 2010 israel serang mavi marmara ketika fifa ,2014 tetap sama.. Ketika fifa israel serang gaza..

Rugilah kalau kita tak fikir taktik permainan zionis..

Sejak mula lagi penulis dapat rasakan jokowi tetap akan menang kerusi presiden indonesia.. Amerika syarikat sudah tentukan siapa yang bakal menjadi boneka indonesia..

Tahu tak..
Ini semua permainan licik..
Tengok balik muka jokowi dengan obama.. Sama kan.. Mereka nak tunjuk bagaimana hidden hand sudah kuasai dunia..

Timbul kumpulan ISIL..
Ye.. Peperangan dunia ke-3 sudah hampir...
Mungkin ISIL YANG SEBENAR MENEGAKKAN HAQ
ATAU REKAAN AMERIKA UNTUK MENJADI ALASAN PEPERANGAN..


Sunday, June 29, 2014

bintang Ramadhan

Alhamdulilah...

Penulis yang hina lagi dhaif masih lagi diberi peluang untuk menikmati hidangan bulan ramadhan yang lazat lagi berkhasiat..

Semoga setiap menu dalam masakan ramadhan ini dapat menyehatkan rohani dan jasmani penulis yang fakir..


   Walaupun amalan kebajikan penulis seperti sebutir bintang yang malap menunggu masa untuk hilang punca cahayanya tetapi tidak sangka allah masih memberikan  peluang penulis melihat  keindahan bintang-bintang di sekeliling yang semakin berkilat cahayanya..

Walaupun diri penulis akan hilang pancaran sinarnya cahayanyan tetapi hati ini sentiasa gembira apabila bintang-bintang yang lain dapat menyanyi dan menari atas pentas alam semesta..

Friday, March 28, 2014

Wakaf Ulang Tahun






Semalam genaplah umur penulis 19 tahun..

Hari berganti hari..

Minggu berganti minggu..

Waktu ini bergerak dan terus bergerak.. bahkan tidak pernah jemu untuk berlari.. kita manusia sentiasa terikat dengan masa. Bahkan dengan masalah kita dapat mengatur langkah melukis pelangi kejayaan dunia dan akhirat..
         
               Ya..

Kini penulis sudah berumur 19 tahun..


Ketika umur begini sultan Muhammad al-fatih sudah menjadi panglima perang.. Nabi Muhammad ketika menjadi seorang yang digelar al-amiin. Ahmad Ammar sudah mencorak halatuju..


          Jadi penulis berfikir..

Bagaimana dengan kita semua..


Sehingga kini kita hidup, pernah ke tidak kita memikir walaupun satu saat untuk masalah umat. Cara untuk menerangkan kembali syiar islam.


          Pernah ke kita menanggis kerana melihat umat islam di luar daripada Malaysia semakin dihimpit kesusahan.. seperti sekarang..


Rampasan kuasa di mesir..

Kekejaman basyar arsyat

Penghapusan etnik rohingha..

Begitu juga di afrika tengah..

Islam terrorist..

          Kita terus melihat.. mendengar berita dari jauh tanpa dapat memberi bantuan secara zahiriah.. menolong secara reality. bukan hanya dapat posting di alam maya..


Ala kita bukan tidak tolong... kita juga mereka dengan cara kita berdoa.. dekat fb tu kalau ada promote wallpapers dakwah kami tolong share.. kami tukar profile kami macam peristiwa rabi’i di mesir ari tu!!!

Friday, March 14, 2014

MH370 MAS AIRLINES dalam Surah *****





 




Mengapa surah yasiin??? Bagi penulis sebab kejadian berlaku pada 8/3/2014. Penulis mengambil  tarikh 8/3. Surah yasiin ada 83 ayat kesemuanya. Mengapa ambil ayat 41?? Sebab kejadian berlaku pada pukul 12: 41. Kalau kita tukarkan kepada system 24 hours maka tercatatlah pukul 0041. Sama dengan waktu kapal terbang MAS hilang. Selain dari dalil di atas, bagi penulis kemungkinan besar MH370 tergelam kedalam laut amat tinggi. Jika ia mendarat cemas di daratan maka semestinya sudah lama kita dapat menjumpai kapal tersebut. Sebab itu ayat 43 menyatakan ‘kami tenggelamkan mereka’

       
          Alhamdulilah, segala puji bagi allah tuhan sekalian alam. Penulis masih lagi diberi nikmat islam dan iman. Nikmat yang tiada tolok bandingnya. Nikmat yang paling bernilai bagi kita yang beragama islam.
Sekali lagi... alhamdulilah.


Terasa seperti keyboard lap top ini sudah berhabuk. Mungkin sudah lama tidak singgah ke ruang  maya ini. Kalau lihat kembali posting penulis yang last sekali ialah bulan January. Ini pun jari terasa semput sebab lama tidak ‘berlari-lari’ di atas taman huruf dan abjad.
         
       Sebagaimana semua maklum, jika kita melihat media massa kini semuanya bercerita tentang MH370 yang hilang. Dari satu hari ke satu hari pelbagai spekulasi timbul. Ada yang mengatakan tentang ‘konspirasi’ untuk menjatuhkan atau mematikan politik satu individu. Ada yang mengatakan untuk menutup hukuman yang dijatuhkan kepada beliau.


              Jika kita akhbar pula pelbagai perkara yang bagi penulis sangat lawak. Ada tok bomoh datang ke KLIA untuk memberitahu tempat sebenar kedudukan kapal terbang MAS. Sampai dia gunakan buluh sebagai teropong. “sebenarnya MH370 tersangkut di antara tiga Negara. Tersangkut atas awan.” Kata bomoh itu.
         



             “apa tidak tanya pada AYAH PIN yang dahulunya kata mempunyai kerajaan langit. Sampai satu tahap bila ditanya di mana ayah pin pengikut dia kata telah pergi naik ke langit. Mungkin kapal terbang itu ‘transit’ sekejap di langit kot..” aneka spekulasi yang pelik dan tidak masuk akal keluar dari mulut manusia. Hebatnya Malaysia...



       Ada yang bawa tikar. Macam cerita laksamana do re mi..



Seperti mana selalu, penulis ada membuka tafsir al-quran. Mencari angka yang berkait dengan MAS370.
   

       Mula-mula penulis lihat nombor 370. Lihat muka surat tidak jumpa apa-apa. Lihat pada surah pun masih samar. Jika hendak ‘related’ dengan juzuk tidak mungkin dapat ‘clue’ sebab dalam al-quran cuma ada 30 juzuk. Pencarian ini menjadi semakin susah dan samar. “erm nampaknya ia sesusah seperti hendak mencari bangkai kapal terbang. Semua cara digunakan masih tidak dapat juga pentunjuknya.”
   

       Kemudian penulis melihat kembali tarikh masa kejadian. MAS MH370 hilang pada 8/3/2014. Pada waktu pagi. Pukul 12:41 pagi. Sidang pembaca yang dihormati. Jika kita lihat kembali surah YASIIN. Surah ini mempunyai 83 ayat. Dan ayat yang ke 41 berbunyi bergini

41: Dan suatu tanda (kebesaran allah) bagi mereka adalah bahawa kami angkut keturunan mereka dalam kapal yang penuh muatan,

42: dan kami ciptakan (juga) untuk mereka (angkutan lain) seperti apa yang mereka kenderai

43: dan jika kami kehendaki, kami tenggelamkan mereka. maka tidak ada penolong bagi mereka, dan tidak (pula) mereka diselamatkan,

44: melainkan (kami selamatkanmereka) karena rahmat yang besar dari kami dan untuk member kesenangan hidup sampai waktu yang tertentu.

Ayat diatas penulis ambil daripada tafsir al-quran. Ini bukan penulis yang a’rub atau tasrif dengan menggunakan aqal fikiran penulis.


          Jika kita lihat dari sudut bahasa arab sangat menakjubkan. Kita akan merasai kemanisan iman apabila tahu ilmu nahu dan tafrif..
Dalam satu tafsir al-quran angkutan/kenderaan lain itu termasuklah kapal terbang dan pelbagai lagi kenderaan lain.



          Mengapa surah yasiin??? Bagi penulis sebab kejadian berlaku pada 8/3/2014. Penulis mengambil  tarikh 8/3. Surah yasiin ada 83 ayat kesemuanya. Mengapa ambil ayat 41?? Sebab kejadian berlaku pada pukul 12: 41. Kalau kita tukarkan kepada system 24 hours maka tercatatlah pukul 0041. Sama sengan waktu kapal terbang MAS hilang. Selain dari dalil di atas, bagi penulis kemungkinan besar MH370 tergelam kedalam laut amat tinggi. Jika ia mendarat cemas di daratan maka semestinya sudah lama kita dapat menjumpai kapal tersebut.





Begitu hebatnya ayat al-quran. Betullah kepercayaan kita ahli sunnah wal jamaah beri’tikaq bahawa al-quran uthmani ini ialah mukjizat nabi Muhammad S.A.W yang tidak dapat kita sangkal walaupun satu patah perkataan.


          Semoga dengan ilmu yang penulis kongsikan ini dapat menaikkan keimanan kita kepada allah kerana kita ini umat akhir zaman. Terlampau banyak ujian yang allah berikan kepada kita. Hanya orang yang benar-benar beriman sahaja yang Berjaya di dunia mahupun di akhirat.

Sunday, January 12, 2014





Ahli Majlis Fatwa Darul Mustofa, Yaman.

Habib Umar merupakan Mudir Darul Mustofa.

                     Alhamddulilah dapat bersalaman dengan beliau. Moga allah dapat menurunkan keberkatan walaupun sebesar atom kepada penulis. Amiiin

Hidup di syurga ini tidak seperti di dunia. Hidup di dunia penuh dengan masalah, kesusahan, ujian. Jika senang hidup di dunia pun tidak selama-lamanya. Kesenangan itu hanya sementara. Kita semua akan menuju kepada hari pembalasan. Hari yang penuh keadilan.  Setiap kebaikan kita walau sebesar zarah sekali pun akan di ambil kira.

       
                Wahai sahabatku sekalian,



              Ketahuilah kehidupan di syurga kelak penuh dengan nikmat. Nikmat ini pula tidak dapat kita bayangkan bagaimana. Terlampau besar nikmatnya.
Kita mungkin tertanya-tanya mengapa kita tidak dapat bayangankan?? Sedangkan banyak hadis yang menceritakan tentang nikmat di syurga kelak..
        

              Sebab nikmat yang ada di dunia tidak dapat di samakan dengan di akhirat. Lagi pula tiada kesenangan di syurga wujud di dunia. Jadi bagaimana kita dapat bayangkan. Apa yang ada di dalam kotak pemikiran kita itu bukanlah nikmat syurga yang sebenar. Ia hanyalah ilusi yang menipu. Bahkan nikmat syurga lagi besar lagi berbanding ilusi kita.


              Kehidupan di syurga kelak semakin hari semakin baik. Setiap hari bertambah baik. Tidak tetap. Tidak seperti di dunia. Jika kita tengok buah-buahan di syurga hari ini cantik dan sedap. Esoknya apabila kita lihat buah tadi lagi cantik dan sedap berbanding semalam. Seterusnya begitu. Bertambah hari bertambahlah kebaikannya.


           Jika kita buat graph maka kita akan dapat the conclusion.
        

     KESENANGAN  directly proportional to KEHIDUPAN.


Kesenangan jadi manipulated manakala kehidupan menjadi responding.
        Hukum ini akan berterusan sampai bila-bila. Tiada penghujung. Inilah nikmat bagi orang yang betul-betul beriman kepada allah dan rasul..
 

Friday, December 13, 2013

Tanpa Tujuaan itulah kemahuan



Melihat sekeling
Memerhati tanpa mengetahui
Apa yang mahu dikatakan
Hati ini terlampau buntu
Sebenarnya apa yang kau mahukan
Berada di sekeliling yang penuh kebingitan
Adakah itu yang kau mahu
Jika jawapannya ya…
Mengapa ‘your liver’ still tidak kena
Ada sesuatu yang dicari tetapi masih tidak ditemui

Sejauh mana perjalanan ini
Masih tidak tahu jalanannya
Kesepian
Kesunyian



Melihat cermin
Rambut sedikit di sikat menggunakan jari
Boleh arr..
Lalu kakiMU melangkah
Hati menafikan tetapi qudrat terus berkerja
Berjalan menuju ke destinasi yang tidak pasti
Ditemani angin malam yang menyapa muka

Mengapa setiap detik yag berlalu
Masih tidak dapat mendapat suasana
Yang dimahukan
Suasana yang amat dirindui

Ye..
Itu yang kau mahukan
Bukan mahu tetapi tujuan
Simpang ini yang patut kau rempuh
Jadi mengapa kau terlajak
Kan ada signboard tadi
Sana pergi ke mana
Sini pergi ke mana
Macam mana boleh sesat
Adakau mata kau buta
Telinga kau sudah tuli
Jika telinga tuli masih boleh difahami

Yang confuse
Bola anak mata kau
Mengapa bergerak ke satu tempat tanpa tujuan
Buat habiskan beras  je…
Hasil bukannya ada

Abdul habib
Malam yang hilang arah
Sajak yang ‘entahpepe’